Drama bersiri Janji Arissa akan disiarkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116 bermula 25 September 2019

Perkahwinan Muhammad dan Siti tidak berkekalan apabila Muhammad mendapati Siti berlaku curang. Setelah bercerai, Siti telah melahirkan anak perempuan mereka bernama Arissa. Sebenarnya ini adalah perancangan jahat yang dilakukan oleh Abdul Rahman, pemilik syarikat AR Holdings. Apabila dewasa, Arissa menyimpan dendam terhadap ayahnya. Arissa berkomplot dengan Fendi untuk menjatuhkan Muhammad. Namun semakin Arissa mengenali Muhammad, Arissa semakin dalam dilema apabila mendapati Muhammad ialah seorang yang baik dan merupakan mangsa keadaan. Konflik demi konflik, namun bagaimanakah kesudahan dendam Arissa?

Drama bersiri Janji Arissa akan disiarkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116 bermula 25 September 2019, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 9 malam.

Lakonan Jann Nick, Jeffry Catz, Fir Rahman, Farhana M Noor, Wahyu Rahman, Yaya Hamid, Salif Hardie, Sharifah Shahora, Sani Hussein, A Mahady, Aric Hidir, Susila Devi ...


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini