Petua Mudah Untuk Bangun Pagi
Bangun pagi yang dimaksudkan di sini bukan pagi yang dah nampak matahari.Bangun pagi yang sebetulnya sekitar jam 3 pagi sehingga 5 pagi. Dalam erti kata yang lain bangun pagi sebelum subuh.
Saya masih berusaha untuk bangun pagi. Saya harap pembaca lebih baik dari saya.Lebih awal dan lebih mudah.
Diakui bangun pagi punyai cabaran besar.Lebih besar cabaran apabila tidur di tempat yang sangat selesa, sejuk dan ada seseorang di sebelah.Orang solo atau single lain cerita la.
Saya tinggalkan cerita tersebut.Saya hendak kongsikan petua untuk mudah bangun pagi.Petua ini saya perolehi dalam buku The Monk Who Sold The Ferarri.Mari kita cuba dan usahakan.Doakan juga saya berjaya juga untuk mengikuti petua ini dengan sebaik yang mungkin.
1.Kurang makan
Bab makan saya boleh lepas walaupun kebiasaan saya makan dengan kerap dalam sehari.Saya makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.Lebihkan sayur-sayur dan buah-buahan.Nasi,daging dan ikan memang sangat minima sekali.
Saya pernah tidur ketika perut lapar namun liat juga nak bangkit pagi.Saya pernah juga tidur ketika perut kekenyangan namun masih liat juga nak bangun pagi.
Alahai.
Mengikut teori tersebut, orang yang kurang makan akan mudah untuk bangun pagi.Betul tak ?
2.Banyak membaca
Bagi mereka banyak membaca macam saya tidak juga mudah untuk bangun pagi.Membaca banyak menyebabkan otak semakin aktif dan tidak mudah dijinakkan untuk tidur.Akibatnya sukar tidur dan sukar bangun hehehe.
Untuk hal demikian saya perlu banyak lagi membaca.Gandakan usaha supaya dapat membaca lebih banyak bahan bertulis yang baik dan berkualiti supaya mudah untuk bangun pagi jika bersandarkan kepada teori tersebut.
1 comments:
nice sharing... betul gak tu kena kurangkan makan.... semoga dpt kita bgn pagi
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!