September 05, 2019

SYNOPSIS DRAMA SETELAH KU DIMILIKI

SYNOPSIS DRAMA SETELAH KU DIMILIKI

Mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, Adriz yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali Saraffia.
Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah. Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya.
Drama 28 episod adaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry akan disiarkan di Slot Akasia TV3 oktober nanti.
Lakonan Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan dan ramai lagi.

Setelah Ku Dimiliki (Novel Diadaptasi ke Drama)

Sarrafia terkejut selepas kali pertama diperkenalkan dengan lelaki yang bernama Adriz itu. Lelaki yang buat tak tahu meskipun sudah melihat wajahnya. Pelik. Lantaklah, kalau tak kenal, lagi bagus. Lebih mudah. Dia pun bukan lagi perempuan terhegeh-hegeh serupa dulu.
“Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya.” - Adriz
Sarrafia naik menyampah apabila Adriz kerap mengekorinya.
Kalau tak kenal sudahlah, yang nak mengekor tu apa hal. Gila! Pula tu selalu Adriz cakap dia berasa tak tenang. Lagi gila, sudah dia tak tenang nak ajak orang lain tak tenang juga.
“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” - Adriz
“Gila! Nak tebus apanya. Guna duit atau nak guna badan saya sekali lagi?”- Sarrafia
Kedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar untuk difahaminya sendiri. Sarrafia idak mahu bahagia, tetapi dalam hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz. Bahagia ataupun tidak biarlah masa yang menentukannya...

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!