Sinopsis Anak Perjanjian Syaitan

Sinopsis Anak Perjanjian Syaitan

Anak Perjanjian Syaitan mengisahkan tentang Zaidy dan isterinya, Azlinda yang sudah tujuh tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Mereka berdua sentiasa ditekan oleh ibu Zaidy iaitu Rahmah yang terlalu mendesak mereka untuk segera menimang cahaya mata.

Pasangan itu tinggal di rumah pusaka nenek Zaidy. Rumah pusaka yang terpencil dan menyeramkan itu dijaga oleh tukang kebun, Pak Man dan sudah tidak didiami selama lebih lima tahun.

Sejak berpindah ke rumah tersebut, Azlinda sering menerima gangguan berupa suara bayi dan kanak-kanak bermain yang sering menghantuinya sehingga dia histeria dan pengsan.

Apabila dibawa ke klinik, Azlinda telah disahkan hamil oleh doktor.

Bagaimanapun, setelah disahkan hamil, Azlinda masih sering diganggu lagi, mimpi yang aneh dan perutnya yang tiba-tiba membesar secara luar biasa.

Sehingga suatu hari semasa diganggu Azlinda berlari keluar dan hampir dilanggar oleh jirannya yang misteri.

Akan ditayangkan pada 24 Oktober 2019.

Lakonan Nadzmi Adhwa, Cha Cha Maembong, Jasmin Hamid, Badrul Muhayat ...


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”