MACAM MANA USAHA DAKWAH DENGAN MANHAJ PARA SAHABAT NABI SAW NI BOLEH WUJUD SEMULA ?

MACAM MANA USAHA DAKWAH DENGAN MANHAJ PARA SAHABAT NABI SAW NI BOLEH WUJUD SEMULA ?
Di dalam suatu majlis di India, seorang wanita tua mengumpulkan wanita-wanita lain dan memberi fikir..

Ketika itu masih Zaman penjajahan Inggeris. Katanya: "Wahai saudara-saudaraku..! Hari ini anak-anak kita sudah menyukai sekolah-sekolah orang kafir, sekolah-sekolah orang Inggeris. (sekolah umum maksudnya). Anak-anak kita sudah tidak mau lagi pergi ke Madrasah untuk belajar. Jika ini terjadi dan dibiarkan, maka nanti akan habis ulama-ulama di India ini. Jika ulama habis maka agama akan hilang dari India ini. Bagaimana pendapat kamu semua?”
Maka wanita-wanita di majlis itu memberikan usul-usul. Salah satu usul yang diberikan adalah mereka sedia menikahkan anak mereka dengan ulama agar lahir keturunan-keturunan yang mencintai agama.
Supaya anak-anak mereka yang lahir dapat dididik untuk kepentingan agama.
Seorang wanita mengajukan,.
“Saya punya anak gadis yang sedia saya nikahkan dengan orang Alim.” Maka hasil mesyuarat wanita ini disampaikan ke majlis lelaki di sebelahnya.

Maka para ulama di majlis sebelah hairan kerana pada zaman seperti ini, masih ada seorang wanita yang memiliki kerisauan dan fikir agama seperti itu.
Akhirnya orang lelaki di sebelah ditanya kesediaan mereka yang alim untuk berkahwin.
Semua ulama yang hadir pada waktu itu mengaku sudah menikah semuanya, kecuali seorang ulama yang duda, iaitu Maulana Ismail Rahimahullah.
Maka Maulana Ismail pun berkata,
“Saya ini duda..! Jika ibu tersebut bersedia mengahwinkan anaknya kepada saya, maka saya sedia bernikah dengan anak puterinya.”

Maka disampaikanlah kesediaan Maulana Ismail tadi kepada ibu yang sedia menikahkan anaknya kepada seorang ulama.
Akhirnya bernikahlah Maulana Ismail Rahimahullah dan puteri dari ibu tadi.
Hasil dari pernikahan Maulana Ismail ini lahirlah 2 orang anak :

(1) Muhammad Yahya Al Khandalawi Rahimahullah, Ayah Maulana Zakaria Rahimahullah
(2) Muhammad Ilyas Al Khandalawi Rahimahullah, Ayah Maulana Yusuf Rahimahullah
Dari Maulana Ilyas ini lahirlah semula usaha dakwah yg telah diwariskan oleh para sahabat yg umumnya telah terkubur 1400 tahun..
Dari Maulana Yusuf lahirlah kitab Hayatus Sahabah dan tertib-tertib dakwah yg diambil daripada sirah dan hadis2 nabi..
Dari jalur keturunan Maulana Yahya lahirlah seorang Muhadith terbesar di zamannya iaitu Syeikh Maulana Zakaria Rahimahullah. Penyusun dan pengarang kitab Fadail Amal, Best Seller, kitab dakwah yang terlaris jualannya di seluruh dunia dan dibeli hingga kini.
Asbab kitab Fadail Amal ini, lahirlah banyak hafidz-hafidz Quran, yang ghairah membaca tentang kelebihan Quran dari kitab ini.
Jadi, lahirnya semula usaha dakwah di seluruh dunia, tersebarnya kitab-kitab fadhilah amal dan anak-anak dihantar menjadi hafidz-hafidz di Temboro, di Pakistan, di India, di Madinah di mana-mana juga, asbab fikirnya seorang wanita tadi.
Jadi, semua pahala ini, pahala Maulana Ilyas rah., pahala Syeikh Yusuf rah., pahala Maulana Zakaria rah., semua pahala hafidz-hafidz yang timbul dari membaca fadhilah amal, semua pahala-pahala orang dalam dakwah ini, mengalir kepada siapa?
Tentunya, kepada wanita di majlis tadi yang punya fikir Agama tersebut.

Yaa Allah jadikanlah fikir kami sebagaimana fikirnya Rasulullah saw dan jadikanlah anak-anak kami dan keturunan kami hafidz-hafidz Qur'an, ulama-ulama yang mengamalkan ilmunya, wajah-wajah yang berseri, da'i-da'i yang menyeru manusia untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya,, Aamiin....
Subhanallah..! Alhamdulillah.. ! Laailahaillallah..! Allahuakbar..!
SOLDIER OF ALLAH

Drama Setiaku Di Sini (Salam HD, 113 Unifi TV)

Setiaku Di Sini

Drama bersiri 13 episod 'Setiaku Di Sini' disiarkan mulai 3 April 2020, setiap Jumaat pukul 6 petang di Salam HD, saluran 113 Unifi TV

Lakonan Risteena Munim, Fadlan Hazim, Muaz Fitri, Khalida Balqis, Zack Kool, Aishah Atan, Dilla Ahmad, Puteri Ateeqah, Ainaa Azhari, Mahmud Ali Bashah, Azhar Amir, Ayu Azlina, Nada Nurshuhada, Effa Alhabsyee, Nur Natasha ... 

SINOPSIS IRONI KASIH

Ironi Kasih

SINOPSIS IRONI KASIH

Kasih yang pada awalnya bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan telah digaji untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia. Kasih menjalankan tugasnya dengan baik, mereka menjadi semakin mesra. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh. Johan yang merasa tercabar terus menceraikan Emilia. Rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas penceraian. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya?

Drama bersiri 15 episod, Ironi Kasih lakonan Fauziah Ahmad Daud , Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana dan Fizz Fairuz disiarkan bermula 2 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3

SINOPSIS BADI SELENDANG MERAH

Badi Selendang Merah

SINOPSIS BADI SELENDANG MERAH

Setelah gagal dalam perniagaan, Helmi membawa isterinya, Fatin pulang ke kampung untuk tinggal di sana. Fatin kini berbadan dua dan hanya menunggu masa untuk kelahiran. Dalam perjalanan pulang, mereka menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang wanita berselendang merah. Kejadian tersebut menghantui Helmi dan mula membongkar rahsia-rahsia gelap yang disembunyikan.

Telefilem 'Badi Selendang Merah' lakonan Sharifah Sakinah, Nazim Othman dan Salina Saibi disiarkan pada 4 April 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.

Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, dan Ungku Hariz dalam Drama Jodoh Tersasar Alamat

Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, dan Ungku Hariz dalam Drama Jodoh Tersasar Alamat

Jodoh Tersasar Alamat

Drama bersiri 13 episod 'Jodoh Tersasar Alamat' menampilkan lakonan Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, dan Ungku Hariz disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.30 malam mulai 16 Februari 2021 (Selasa) di TV1.

SINOPSIS JODOH TERSASAR ALAMAT
Kisah Muluk dan Iskandar yang cuba meramaikan Jemaah Surau dengan pelbagai cara. Dalam masa yang sama, Iskandar telah jatuh hati dengan Nasha tanpa mengetahui Nasha adalah tunangan orang.

Pernahkah Anda Menghadiahkan Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri?

Inspirasi, Al Quran, AlFatihah

Sahabat ... hari ini saya ingin berbagi sesuatu untuk anda semua, tapi saya mau tanya dulu, pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah kepada diri sendiri...?

Jika jawabannya belum, maka lakukanlah mulai hari ini karena itu adalah makanan yang baik bagi ROH kita,, yaitu Zikir-zikir dan Al-Fatihah adalah sebaik-baiknya hadiah untuk Rohani kita.


CARANYA YAITU: 
Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur, berilah salam pada diri sendiri dulu,, lalu panggil nama lengkap kita dengan lembut 3x kali, dan kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan :

" ALHAMDULILLAH."

Kemudian katakanlah :
"Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriku sendiri, Zahir dan Bhatinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini..,, Lindungi hamba-Mu,, Jadikanlah hamba Penjemput Rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
Aamiin Aamiin Yaa Allaah. lalu " Al-Faatihah 1x.

Lakukan sekarang karena barangkali sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan Nikmatilah RASA nya…

Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)
Aamiin Aamiin ya Rabbal'alamin

Wallahu'alam bishawab.

Semoga bermanfaat..


sumber WAG

KREDIT : https://iniceritainspiratif.blogspot.com/2018/12/pernahkah-anda-menghadiahkan-al-fatihah.html?m=1

Haiwan kedua covid-19

Hong Kong: Badan Kebajikan Haiwan Hong Kong mengesahkan seekor lagi anjing yang dipelihara penghidap  Covid-19 dijangkiti virus itu.

Baka German Sheperd berusia dua tahun itu dipelihara suami isteri tinggal di Jalan Pok Fu Lam, di sini dan sudah dikuarantin pada Ahad bersama seekor lagi anjing baka campuran.

South China Morning Post melaporkan pemiliknya seorang wanita berusia 30 tahun disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Paris dan London pada 27 Februari lalu, manakala suaminya, mengalami simptom dan berada di hospital.

Anjing peliharaan mereka kini ditempatkan dalam kurungan berasingan di fasiliti kerajaan.

Sampel air liur dan hidung anjing berkenaan diambil untuk ujian pada Rabu dan semalam dengan keputusannya positif virus bagi baka German Shepherd, tetapi negatif untuk seekor lagi anjing.

ANJING Pomeranian yang hasil ujian beberapa kali menunjukkan positif lemah mati pada Isnin lalu. FOTO Facebook.
ANJING Pomeranian yang hasil ujian beberapa kali menunjukkan positif lemah mati pada Isnin lalu. FOTO Facebook.

Bagaimanapun anjing itu tidak menunjukkan simptom Covid-19, namun Jabatan Pemuliharaan, Perikanan dan Agrikultur Hong Kong memaklumkan akan memantau rapi kedua-dua anjing berkenaan dan menjalankan ujian berterusan.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Haiwan Profesor Vanessa Barrs daripada City University menggesa orang ramai supaya tidak panik kerana tiada bukti menunjukkan manusia boleh dijangkiti koronavirus daripada haiwan peliharaan.

Selain itu, katanya, berdasarkan pengalaman berdepan wabak SARS pada 2003 menunjukkan anjing dan kucing tidak mudah jatuh sakit dan tidak juga memindahkan virus kepada manusia.

Profesor Malik Peiris iaitu ahli virologi di University of Hong Kong yang banyak membantu kerajaan menganalisis spesimen berkata, ujian darah perlu dilakukan tetapi sampel perlu diambil sekurang-kurangnya 10 hari selepas jangkitan awal.

“Besar kemungkinan dua kes positif itu contoh jangkitan yang berlaku daripada pindahan manusia kepada haiwan.

“Kami juga akan melakukan siasatan susulan ke atas anjing baka campuran yang keputusan awalnya negatif,” katanya.

Selain dua anjing itu, empat kucing turut menjalani kuarantin dan tidak dibenarkan dilawati sesiapa.

Anjing pertama mati pada Isnin lalu adalah baka Pomeranian yang 
berusia 17 tahun yang menunjukkan keputusan ‘positif lemah’ selepas beberapa kali ujian koronavirus.

https://www.hmetro.com.my/global/2020/03/556554/anjing-kedua-dijangkiti-covid-19

AKU POSITIVE COVIDE-19


AKU POSITIVE COVIDE-19😭😭
(Moga dijauhkan)
.
.
Aku cuma keluar rumah hilangkan boring.
Pergi pasaraya, jalan-jalan cuci mata,
Beli barang bukan keperluan pun..
just nak lepaskan rasa BOSAN

Sungguh aku memberontak
Dek pentingkan diri sendiri hanya kerna mahukan kebebasan
Aku ingkar pada perintah kerajaan..
Tanpa memikirkan risiko terhadap insan tersayang di rumah
Yang konon aku cinta dan sayang selama ini

Siap sempat aku singgah lepak dengan kawan-kawan
Sebelum balik rumah..

Petang pula aku order
FOOD PANDA/GRAB FOOD

Balik rumah dah malas
Nak masak di rumah...

Tahu-tahu...positive😭😭😭

aku tak tahu aku dapat virus dari mana..
-hand senitizer dah pakai..
-facemask dah pakai..
-nak kata basuh tngan pun kerap

Mungkin sebab aku sentuh rak makanan di pasaraya,
Mungkin sebab aku sentuh pemegang trolly
Mungkin sebab ada pada plastik bag
Mungkin sebab ada pada tombol pintu tandas
Mungkin sebab ada pada butang lift
Mungkin sebab ada pada mesin ATM
Mungkin sebab ada pada wang baki dari cashier
Selebihnya aku tak ingat sentuh apa lagi..😔

Atau
Runner yang hantar makanan semalam
Yang menjangkiti aku..?

Atau
Mungkin dalam kalangan kawan-kawan aku
Ada yang positive..?

Mungkin juga..
Berjangkit melalui Bungkusan aku beli melalui online yang dihantar ke alamat rumah ku..?

Tambahan pula, aku juga kadang tidak sedar..
Kerap usap rambut, garu mata, hidung, telinga,
Hurmmm.. confirm virus dah masuk melalui rongga badan ku😭😭

SUMPAH AKU TAK INGAT..
BERJANGKIT BERMULA DARI MANA...😭😭

Tapi tak boleh salahkan runner Delivery atau kawan2...
Sebab dia pun tak sedar yang mereka positive jugak..

MENYESAL SANGAT² SEBAB DEGIL
TIDAK PATUH PERINTAH
😭😭😭

Dengan rasa seronok
Aku dapat berkongsi makanan
bersama family..

Semasa makan bersama tu aku juga ada suap anak² buah..
Peluk mak ayah..gurau senda cubit tampar dengan adik beradik..

AKU RISAUKAN SANGAT
ORANG RUMAH KU...

LINDUNGI KELUARGA AKU
YA ALLAH..

apa jadi dengan family di rumah..
Apakah mereka juga dijangkiti
Apakah mereka juga positive
Anak² buah aku macam mana..?
Mereka masih kecil untuk hadapi semua ini
Ibu ayah aku yang dah tua tu pula macam mana?

MAAFKAN AKU
Kerana kedegilan aku..
kamu juga turut terdedah dengan risiko.

Sekarang
Aku terpisah daripada keluarga ku..😭😭
Tiada siapa boleh melawat aku pada masa ini
Entah berapa lama aku dalam wad..
Dapatkah nyawa aku diselamatkan dari penyakit ini

Semuanya TAK PASTI..
sebab doctor cakap belum ada VAKSIN dan UBAT
untuk melawan virus Jahat ini..

Ada juga pesakit nampak sihat..
Tapi dia tetap positive... betapa halusnya virus ini boleh
MEMBOHONGI dan MEMBUNUH kita..

Bila fikir balik....
tujuan kuarantin atau larangan keluar rumah (PKP) ni
Bukan perkara main-main yang disengajakan kepada kita.

Adalah semata-mata
Untuk PUTUSKAN RANTAIAN.
agar tak berjangkit dan
merebak kepada sesiapa lagi.

Oleh sebab
AKU DEGIL.. MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNA..

Perintah kawalan Pergerakan
Dah Hari ke-13
Tapi keluar berita
Kes semakin meningkat.

INGAT..!!
VIRUS JAHAT INI
MEREBAK dan TERUS BERJANGKIT MELALUI SENTUHAN.
.
.
Maaf..

BUKAN NAK MENDOAKAN BENDA YANG TAK BAIK
PADA DIRI SENDIRI..

MUNGKIN INILAH SENARIO YANG BERLAKU KEPADA
PESAKIT KALAU BERDEGIL..

KALAU BERDEGIL MUNGKIN IA MENJADI REALITI KAN..??

ALHAMDULILLAH
saya dan keluarga dalam keadaan sihat²

Ini cuma kata² yang bermain dalam buah fikiran ku..
Aku taknak jadi macam ni..
Aku sayang family aku..
Aku masih ada impian dan cita-cita untuk mak ayah..
Kalau aku berdegil juga..
menyesal dikemudian hari tak berguna.

Tolong JAGA DIRI dan LINDUNGI KELUARGA.
Stay di Rumah. Walaupun bosan bagai nak gila.

Share kepada
Kawan yang degil ...pesan TOLONGLAH DUDUK RUMAH..

Moga kita semua dijauhkan dari penyakit ini dan terus dibawah lindunganNya..Amiinn.

By : Anni Arullah

Nama MAK CIK KIAH dari sudut tatabahasa Arab dan Sirah

Nama MAK CIK KIAH dari sudut tatabahasa Arab dan Sirah _ IG PU AZMAN

Mak Cik Kiah adalah nama yang sinonim dengan nama kampung yang harmoni.
.

Barangkali penama ini mendapat gelaran daripada nama penuh RUKIAH / RUQIAH atau RUQAYYAH. .
Kesemua nama di atas membawa maksud yang baik.
.
RUKIAH atau RUQIAH bermaksud jampi atau penawar.

Dalam hadis Nabi riwayat Muslim yang merupakan doa atau jampi untuk merawat penyakit, ada Nabi sebut perkataan yang menjadi dasar kepada nama RUQIAH.
.

باسم الله أرقيك من كل شيء يؤذيك، من شر كل نفس أو عين حاسد الله يشفيك.
.

Maksud : "Dengan nama Allah aku meruqyahkan kau daripada segala yang menyakitimu daripada segala kejahatan jiwa dan mata yang hasad dengki, semoga Allah menyembuhkan kau".
.
Dalam hadis Nabi sebut perkataan أرقيك.
.

Perkataan RUQOYYAH berasal daripada perkataan IRTIQO' (الإرتقاء) bermaksud kemajuan / menaik / kreatif.
.

Dari segi tatabahasa Arabnya, perkataan RUQAYYAH merupakan isim tasghir daripada perkataan RIQYAH. .

Dari sudut sirah, RUQAYYAH adalah nama agung yang diberikan kepada salah seorang puteri Rasulullah yang juga merupakan isteri Saidina Uthman khalifah Islam ketiga.

RUQAYYAH juga adalah nama cicit Rasulullah iaitu anak kepada Saidina Hussain permata kesayangan Nabi.
.

Jadi nama KIAH tu mungkin dari singkatan RUQIAH ATAU RUQAYYAH.
.

Macam ZUBAIDAH orang panggil BEDAH. .

AMINAH orang panggil MINAH.
.

AZMAN orang panggil WOOK, dan begitulah seterusnya.




View this post on Instagram

Mak Cik Kiah adalah nama yang sinonim dengan nama kampung yang harmoni. . Barangkali penama ini mendapat gelaran daripada nama penuh RUKIAH / RUQIAH atau RUQAYYAH. . Kesemua nama di atas membawa maksud yang baik. . RUKIAH atau RUQIAH bermaksud jampi atau penawar. Dalam hadis Nabi riwayat Muslim yang merupakan doa atau jampi untuk merawat penyakit, ada Nabi sebut perkataan yang menjadi dasar kepada nama RUQIAH. . باسم الله أرقيك من كل شيء يؤذيك، من شر كل نفس أو عين حاسد الله يشفيك. . Maksud : "Dengan nama Allah aku meruqyahkan kau daripada segala yang menyakitimu daripada segala kejahatan jiwa dan mata yang hasad dengki, semoga Allah menyembuhkan kau". . Dalam hadis Nabi sebut perkataan أرقيك. . Perkataan RUQOYYAH berasal daripada perkataan IRTIQO' (الإرتقاء) bermaksud kemajuan / menaik / kreatif. . Dari segi tatabahasa Arabnya, perkataan RUQAYYAH merupakan isim tasghir daripada perkataan RIQYAH. . Dari sudut sirah, RUQAYYAH adalah nama agung yang diberikan kepada salah seorang puteri Rasulullah yang juga merupakan isteri Saidina Uthman khalifah Islam ketiga. RUQAYYAH juga adalah nama cicit Rasulullah iaitu anak kepada Saidina Hussain permata kesayangan Nabi. . Jadi nama KIAH tu mungkin dari singkatan RUQIAH ATAU RUQAYYAH. . Macam ZUBAIDAH orang panggil BEDAH. . AMINAH orang panggil MINAH. . AZMAN orang panggil WOOK, dan begitulah seterusnya.
A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

MASK PROTECTION EFFICIENCY


MASK PROTECTION EFFICIENCY

N95 - STRONGEST PROTECTION

VIRUS - 95%
BACTERIAL - 100%
DUST - 100%
POLLEN - 100%

SURGICAL MASK - MEDICAL USE

VIRUS - 95%
BACTERIAL - 80%
DUST - 80%
POLLEN - 80%

FFP1 MASK - ISOLATE SUSPENDED PARTICLES

VIRUS - 95%
BACTERIAL - 80%
DUST - 80%
POLLEN - 80%

ACTIVATE CARBON - STOP DOOR

VIRUS - 10%
BACTERIAL - 50%
DUST - 50%
POLLEN - 50%

CLOTH MASK - DIY

VIRUS - 00%
BACTERIAL - 50%
DUST - 50%
POLLEN - 50%

SPONGE MASK - FASHION USE

VIRUS - 0%
BACTERIAL - 05%
DUST - 05%
POLLEN - 05%

Denda RM10,000, penjara 3 bulan - Semoga ianya menjadi satu pengajaran.

Denda RM10,000, penjara 3 bulan - Semoga ianya menjadi satu pengajaran.
GADIS yang memuat naik status menghina polis kerana marah diarahkan pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops COVID-19 didenda RM10,000 dan penjara tiga bulan.
Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui aplikasi Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hukuman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia ditahan dan jika gagal membayar denda, gadis tersebut  akan dihukum penjara dua bulan. _ SM

Mahkamah Sesyen Alor Setar menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.



Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.


Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui aplikasi Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Drama HERO Musim 2, 7 April 2020 (TV2)

Indah Pada Waktunya - Rizky Febian & Aisyah Aziz

Indah Pada Waktunya - Rizky Febian & Aisyah Aziz

Dalam harapku dan inginku
Kau ada di sana
Di setiap langkahku dan mimpiku
Kau ada di sana
Mungkin suatu saat nanti
Kau dan aku bersama
Berdua kita jalin kasih
Dalam satu ikatan cinta
Oh Tuhan, tolong
Jaga dirinya di sana
Aku disini 'kan menunggu
Hingga diriku dan dirinya
(Indah pada waktunya)
Oh Tuhan, tolong
Jaga dirinya di sana
Aku disini 'kan menunggu
Hingga diriku dan dirinya
Indah pada waktunya
Kaulah hasratku dan cintaku
Kaulah segalanya
Izinkan diriku bersamamu
Kerna sesungguhnya
Kurindukan dekapanmu
Kujanjikan setia
Berdua kita jalin kasih
Dalam satu ikatan cinta
Oh Tuhan, tolong
Jaga dirinya di sana
Aku disini 'kan menunggu
Hingga diriku dan dirinya
(Indah pada waktunya)
Oh Tuhan, tolong
Jaga dirinya di sana
Aku disini 'kan menunggu
Hingga diriku dan dirinya
Indah


Indah Pada Waktunya - Dewi Persik

Indah Pada Waktunya - Dewi Persik
Aku memang belum beruntung
Gagal dan selalu gagal lagi
Hatiku tetap dekat
Dan takkan menyerah
Aku masih belum beruntung
Salah dan selalu salah lagi
Di bawah teriknya matahari
Aku tumpahkan isi hatiku
Ingin kuteriak, ingin 'ku menangis
Tapi air mataku sudah tiada lagi
Walau lelah hatiku takkan aku mengeluh
Biarlah hanya Tuhan yang tahu
Sebelum sisa umurku habis
Takkan pernah aku menyerah
Kutetap bermimpi dan bermimpi
Sampai indah pada waktunya
Ingin kuteriak, ingin 'ku menangis
Tapi air mataku sudah tiada lagi
Walau lelah hatiku takkan aku mengeluh
Biarlah

Egois

harusnya tak begini
di antara kau dan aku
sama-sama bertahan
hanya karena satu ego sendiri

sering kita sembunyi
di balik sikap dan kata
padahal hati kita
tak ingin saling menyakiti

mengapa tak mencoba jujur pada hati kita, kasih
bahwa sesungguhnya engkau dan aku takut berpisah
seandainya saja mau sedikit mengalah, kasih
pertengkaran ini tak mungkin ada selamanya

sering kita sembunyi di balik sikap dan kata
padahal hati kita tak ingin saling menyakiti

mengapa tak mencoba jujur pada hati kita, kasih
bahwa sesungguhnya engkau dan aku takut berpisah
seandainya saja mau sedikit mengalah, kasih
pertengkaran ini tak mungkin ada selamanya

Wadah Terkini