Pages

April 04, 2020

SINOPSIS IRONI KASIH

Ironi Kasih

SINOPSIS IRONI KASIH

Kasih yang pada awalnya bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan telah digaji untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia. Kasih menjalankan tugasnya dengan baik, mereka menjadi semakin mesra. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh. Johan yang merasa tercabar terus menceraikan Emilia. Rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas penceraian. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya?

Drama bersiri 15 episod, Ironi Kasih lakonan Fauziah Ahmad Daud , Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana dan Fizz Fairuz disiarkan bermula 2 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!