
Semalam sepasang suami isteri dan seorang anak kecil yg menaiki motorsikal di lebuhraya telah ditahan oleh anggota keselamatan barisan hadapan dalam sekatan jalanraya.
Sewaktu disoal, si suami menjelaskan bahawa mereka dari Puchong menuju ke Kuala Perlis untuk balik ke Langkawi.
Beliau juga menunjukkan surat buang kerja dari majikan dan dia sudah putus punca pendapatan akibat PKP serta mengambil keputusan nekad untuk pulang ke kampung di Langkawi.
Menitis air mata petugas menahan sebak melihat kepayahan keluarga muda tersebut dengan anak kecil yg masih belum mengerti kesusahan yang ditanggung kedua ibubapanya.
Mereka dilepaskan untuk meneruskan perjalanan mereka.
Semoga mereka selamat sampai ke destinasi.
-Kisah ini diceritakan sendiri oleh anggota berkenaan-
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”