April 20, 2020

Ulama Kritik Lirik Lagu ‘Aisyah Istri Rasulullah’. Rupanya ada yg tak betul

Ulama Kritik Lirik Lagu ‘Aisyah Istri Rasulullah’. Rupanya ada yg tak betul
Lagu ‘Aisyah Istri Rasulullah’ memang disukai oleh ramai orang. Bermula dari Nisa Sabyan, Via Valeen, sehinggalah Dato Sri Siti Nurhaliza membuat cover lagu ini.
Di akaun YouTube Siti sahaja, setakat ini terdapat 1 juta penonton selepas 3 dimuatnaik. Lagu itu menggambarkan kisah cinta antara Aisyah, ummu al mukmin, ibu kepada orang-orang yang beriman.
Aisyah adalah satu-satu isteri Rasulullah dengan status anak dara atau gadis.
Lirik lagu menggambarkan keindahan cinta antara Rasulullah dan Aisyah, seperti yang digambarkan dalam lirik seperti di bawah:
Aisyah romantisnya cintamu dengan nabi Dengan baginda kau pernah main lari-lari Selalu bersama hingga ujung nyawa Kau di samping rasulullah
Aisyah sungguh manis oh sirah kasih cintamu Bukan persis novel mula benci jadi rindu Kau istri tercinta ya Aisyah ya Humairah
Rasul sayang kasih rasul cintamu
Lirik Dikritik Kerana Bersifat Manusiawi
Namun, lagu Aisyah Isteri Rasulullah juga mendapat kriti1kan dari sebilangan pihak. Lagu ini dianggap tidak sesuai kerana menggambarkan ciri fizikal Sayyidah Aisyah.
Mulia indah cantik berseri, Kulit putih bersih merah dipipimu, Dia Aisyah putri Abu Bakar, Istri Rasullullah, Sungguh sweet Nabi mencintamu, Bila lelah Nabi baring di jilbabmu, Seketika kau pula bermanja, Mengikat rambutnya
Dipetik dari REPUBLIKA, eorang pendakwah berasal dari Indonesia, KH Yahya Zainal Ma’arif atau lebih senang dipanggi Buya Yahya percaya bahawa tidak ada niat bvruk dari pencipta yang mencipta lagu tersebut.
Dalam ceramah di TV Al Bahjah, Buya Yahya menyebutkan bahawa lagu ini mempunyai kelebihannya, iaitu mengajak orang ramai untuk mengenali Sayyidah Aisyah.
Adapun jika ada kekurangan pada puisi, disebut Buya Yahya sebagai manusiawi, sehingga lagu ini juga tidak perlu dihujat.
Buya Yahya juga menasihatkan agar tidak mencirikan badan ketika bercakap mengenai isteri baginda Rasulullah. Menurutnya, penyebutan fizikal yang sangat peribadi boleh membuatkan para lelaki membayangkannya.
Menyambut cadangan Buya Yahya, Yusuf Subhan cover lagu ini dengan versi lirik Buya Yahya. Berikut lirik lagu Sayyidah Aisyah versi Buya Yahya:
Mulia berani lembut hati
Amat cerdas ilmu seluas samudera. Yaa Sayyidah putri Abu Bakar istri Rasulullah. Sungguh Nabi memuliakanmu
Hingga Nabi minum di bekas gelasmu. Bila marah, nabi kan memanja.
Sejukkan hatinya. Ummana sungguh terpuji akhlakmu dengan Nabi. Dengan Baginda bunda slalu berseri-seri. Selalu. bersama hingga ujung nyawa kau di samping Rasulullah. Sayyidah Aisyah sungguh manis shirah cintamu.
Bukan persis novel yang kadang cerita semu. Kau istri mulia,. yaa Aisyah Ummanaa Allah Rahman pilih Rasul untukmu
“Aisyah” dilancarkan pada Mei 2017 di bawah naungan label muzik Media Asia Production Sdn Bhd (Map Music) dari Malaysia. Manakala pencipta dan penulis lirik lagu “Aisyah” adalah Razif bin Zainuddin dari Projector Band.
Lagu ini dinyanyikan semula dan dirombak liriknya menjadi versi agama oleh YouTuber Malaysia bernama Hasbi Haji Muh Ali aka Mr. Bie.
Dia kemudian memuat naik video tersebut di akaun YouTubenya yang bernama Mr. Bie pada bulan Ogos 2017. Versi Mr Bie kini lebih dikenali sebagai lagu “Aisyah Istri Rasulullah”.

Peminat Peluk Islam Selepas Dengar Siti Nyanyi ‘Aisyah Istri Rasulullah’

Seorang peminat mendedahkan dia telah memeluk agama Islam selepas mendengar lagu Aisyah Istri Rasulullah dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di YouTube.
Perkara itu dikongsikan di ruangan komen saluran YouTube Siti Official Video baru-baru ini.
“Saya minat CTDK (Siti) ini. Sejak mendengar lagu ini, saya memeluk Islam. Saya baru saja tiga hari memeluk Islam. Saya tanya ustaz adakah lagu ini punca saya memeluk Islam.
“Ustaz berkata, lagu nyanyian CTDK ini adalah ‘asbab’ saya memeluk Islam. Allah salurkan hidayah pada saya melalui indah pada maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK.
Semoga saya terus kuat mencintai sosok nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK,” katanya.
Mengulas mengenai perkara itu, Siti berkata, dia berdoa semoga peminatnya itu akan terus istiqomah.
“Saya dapat tahu hal ini kerana ditulis di ruangan komen video lagu Aisyah Isteri Rasulullah yang saya nyanyikan semula.
Bagi saya, Allah sudah memberikan dia hidayah dan lirik lagu itu mempunyai kebaikan dan keistimewaan yang menggerakkan hatinya. Semuanya Allah yang mengatur.
“Apa saja kebaikan yang berlaku, saya sangat bersyukur kerana ada perkara yang kita lakukan memberi dorongan kebaikan kepada orang lain. Doa saya supaya dia akan istiqamah kerana menjadi insan terpilih mendapatkan hidayah Allah,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Siti, sebagai penyanyi dia sentiasa berusaha menerapkan nilai baik dan positif dalam lagu nyanyiannya.
“”Secara jujur, sebagai penyanyi, saya juga berusaha menerapkan nilai-nilai baik dan positif di dalam lagu-lagu saya. Inilah yang saya usahakan kerana saya tahu, siapa pun kita, masing-masing ada peranan untuk mendorong orang lain menjadi insan yang lebih baik, bersemangat, tidak mudah putus asa serta bangkit,” katanya.
Komen peminat yang ditulis empat hari lalu itu mendapat tanda suka mencecah 2,000 dan hampir 200 komen.
Video yang dimuatnaik pada 10 April lalu yang terlebih dahulu dirakamkan di aplikasi Smule itu mencecah 2 juta tontonan.
Lagu asal Aisyah nyanyian Projector Band itu dinyanyikan semula dalam versi lirik Islamik hasil sentuhan Ustaz Hasbi Muh Ali pada 2017 menggunakan tajuk Aisyah RA.
Selepas tiga tahun, lagu itu tular baru-baru ini selepas dinyanyikan semula beberapa penyanyi Indonesia dan Malaysia antaranya Sabyan, Via Vallen dan Siti.

1 ulasan:

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut