Pages

April 29, 2020

SINOPSIS DRAMA DEGUP CINTA (ASTRO)

Degup Cinta

SINOPSIS DRAMA DEGUP CINTA

Pertemuan dua hati yang lara dalam situasi yang tidak disangka. Reza membawa diri setelah setelah kematian isterinya, Jasmin akibat kemalangan. Apabila Reza pulang semula ke Malaysia, dia bertemu Zahlia yang pengsan di kawasan chaletnya. Zahlia patah hati setelah melihat tunangnya, Haikal bersama gadis lain

Zahlia sebenarnya mempunyai sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Zahlia curiga siapa Reza yang tinggal di chalet mak ciknya, Ana.

Zahlia pergi ke majlis perkahwinan sahabatnya dengan Reza sebagai kekasih baru untuk membalas dendam pada bekas tunangnya, Haikal.

Haikal mencari kembali Zahlia dan mengupah orang untuk menyiasat siapa Reza. Zahlia dan Reza meneruskan lakonan mereka sebagai kekasih dihadapan Haikal.

Drama 26 episod 'Degup Cinta' adaptasi daripada drama Turki berjudul Ruzgarin Kalbi disiarkan mulai 27 April 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria HD saluran 104 dan Astro Ria saluran 124.


Lakonan Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaryn Min, Laila Nasir, Faez Nick, Hanif Safuan, Sahronizam, Ruzana Ibrahim, Cinta Deline, Shuhanty Hanafiah, Zalfa Zin ...

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!