Denda RM10,000, penjara 3 bulan - Semoga ianya menjadi satu pengajaran.
GADIS yang memuat naik status menghina polis kerana marah diarahkan pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops COVID-19 didenda RM10,000 dan penjara tiga bulan.
Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui aplikasi Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hukuman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia ditahan dan jika gagal membayar denda, gadis tersebut akan dihukum penjara dua bulan. _ SM
Mahkamah Sesyen Alor Setar menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.
Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui aplikasi Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.
2 comments:
Mudah2an memberikan kesedaran kepadanya
Allahuakbar. Tak mampu nak komen pape. Moga sedar dan insaf!
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!