Pages

Pengakuan

Mac 18, 2020

Andai Malaysia lockdown macam negara lain yang teruk kena coronavirus, apa kita kena buat?

Andai Malaysia lockdown macam negara lain yang teruk kena coronavirus, apa kita kena buat?

First.. Tenang.. Dan bertindak sewajarnya..

Lockdown ni terkurung sikit je.. Bukan macam Palestin yang kena kurung, makanan dan perlindungan semua tak ada, ada musuh nak bom, tembak, rogol famili kita.

Kita just kena duduk rumah.. Still ada sumber air, makanan, elektrik, internet.. Hospital semua still running, just kena stay kat rumah je.

Masih boleh beli makanan, cuma leceh sikit lah.. Tokleh gi shopping dengan geng ke apa. Beli barang kene sorang, siap mask dan sanitizer contohnya. Untuk kurangkan risiko.

Rasanya poslaju semua still beroperasi. Still boleh shopping online. Silap-silap foodpanda, grabfood, online grocery delivery segala macam still run macam biasa. 

Jadi, jangan mengelabah shopping macam lepas ni tokleh beli barang.. Sampai keropok, sabun, tisu diborongnya bertroli-troli.

Kalau beli barang tu, just beli barang macam biasa.. Just utamakan barang penting dan tahan lama.

Supaya.. jika berlakunya lockdown, tak perlu selalu keluar rumah.. Itu je..

Ikutkan logik, beras sekampit tu pun kalau buat bubur hari-hari still boleh je hidup tahan berbulan.

So jangan panik beli barang banyak-banyak.. Orang lain nak beli barang jugak.. Orang lain nak layan keropok jugak, ni keropok pun habis kena borong 😅

Kalau kena lockdown pun, still syurga dunia bagi orang Palestin, Syria, Rohingya.. 

So tenang.. Alert boleh, tapi jangan panic. Kalau diri kita dijangkiti virus pun still kena tenang. Jangan panic.

Kemudahan disediakan.. KKM dah sediakan saluran jika kita dijangkiti..
33
2-3% sahaja yang fatal bila dijangkiti coronavirus, selebihnya selamat dan badan jadi lebih kuat untuk menangani virus ini jika keluar semula.

Ajal maut ditangan tuhan. Cabaran hidup yang buatkan hidup kita bermakna. Bergantung pada bagaimana kita laluinya.

Ini kalau lockdown lah.. Sebaiknya tak lockdown, dengan syarat, masyarakat alert.. Kena saling ingat-mengingati.. Kita kena kuarantin diri sendiri.. Kalau gi kerja, ambil langkah sewajarnya..

Kalau kenalan/keluarga kita buat tak tau, tegur dan ingatkan mereka. Baru la mantap masyarakat..

Virus ni bukan kita hadapi sorang-sorang. Semua lapisan masyarakat sampai pemerintah perlu bekerjasama.

Ok?

Subscribe www.youtube.com/beranibuat
#beranibuat

Kredit : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2601908493471207&id=2053287911666604

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!