Pages

Mac 31, 2020

AKU POSITIVE COVIDE-19


AKU POSITIVE COVIDE-19😭😭
(Moga dijauhkan)
.
.
Aku cuma keluar rumah hilangkan boring.
Pergi pasaraya, jalan-jalan cuci mata,
Beli barang bukan keperluan pun..
just nak lepaskan rasa BOSAN

Sungguh aku memberontak
Dek pentingkan diri sendiri hanya kerna mahukan kebebasan
Aku ingkar pada perintah kerajaan..
Tanpa memikirkan risiko terhadap insan tersayang di rumah
Yang konon aku cinta dan sayang selama ini

Siap sempat aku singgah lepak dengan kawan-kawan
Sebelum balik rumah..

Petang pula aku order
FOOD PANDA/GRAB FOOD

Balik rumah dah malas
Nak masak di rumah...

Tahu-tahu...positive😭😭😭

aku tak tahu aku dapat virus dari mana..
-hand senitizer dah pakai..
-facemask dah pakai..
-nak kata basuh tngan pun kerap

Mungkin sebab aku sentuh rak makanan di pasaraya,
Mungkin sebab aku sentuh pemegang trolly
Mungkin sebab ada pada plastik bag
Mungkin sebab ada pada tombol pintu tandas
Mungkin sebab ada pada butang lift
Mungkin sebab ada pada mesin ATM
Mungkin sebab ada pada wang baki dari cashier
Selebihnya aku tak ingat sentuh apa lagi..😔

Atau
Runner yang hantar makanan semalam
Yang menjangkiti aku..?

Atau
Mungkin dalam kalangan kawan-kawan aku
Ada yang positive..?

Mungkin juga..
Berjangkit melalui Bungkusan aku beli melalui online yang dihantar ke alamat rumah ku..?

Tambahan pula, aku juga kadang tidak sedar..
Kerap usap rambut, garu mata, hidung, telinga,
Hurmmm.. confirm virus dah masuk melalui rongga badan ku😭😭

SUMPAH AKU TAK INGAT..
BERJANGKIT BERMULA DARI MANA...😭😭

Tapi tak boleh salahkan runner Delivery atau kawan2...
Sebab dia pun tak sedar yang mereka positive jugak..

MENYESAL SANGAT² SEBAB DEGIL
TIDAK PATUH PERINTAH
😭😭😭

Dengan rasa seronok
Aku dapat berkongsi makanan
bersama family..

Semasa makan bersama tu aku juga ada suap anak² buah..
Peluk mak ayah..gurau senda cubit tampar dengan adik beradik..

AKU RISAUKAN SANGAT
ORANG RUMAH KU...

LINDUNGI KELUARGA AKU
YA ALLAH..

apa jadi dengan family di rumah..
Apakah mereka juga dijangkiti
Apakah mereka juga positive
Anak² buah aku macam mana..?
Mereka masih kecil untuk hadapi semua ini
Ibu ayah aku yang dah tua tu pula macam mana?

MAAFKAN AKU
Kerana kedegilan aku..
kamu juga turut terdedah dengan risiko.

Sekarang
Aku terpisah daripada keluarga ku..😭😭
Tiada siapa boleh melawat aku pada masa ini
Entah berapa lama aku dalam wad..
Dapatkah nyawa aku diselamatkan dari penyakit ini

Semuanya TAK PASTI..
sebab doctor cakap belum ada VAKSIN dan UBAT
untuk melawan virus Jahat ini..

Ada juga pesakit nampak sihat..
Tapi dia tetap positive... betapa halusnya virus ini boleh
MEMBOHONGI dan MEMBUNUH kita..

Bila fikir balik....
tujuan kuarantin atau larangan keluar rumah (PKP) ni
Bukan perkara main-main yang disengajakan kepada kita.

Adalah semata-mata
Untuk PUTUSKAN RANTAIAN.
agar tak berjangkit dan
merebak kepada sesiapa lagi.

Oleh sebab
AKU DEGIL.. MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNA..

Perintah kawalan Pergerakan
Dah Hari ke-13
Tapi keluar berita
Kes semakin meningkat.

INGAT..!!
VIRUS JAHAT INI
MEREBAK dan TERUS BERJANGKIT MELALUI SENTUHAN.
.
.
Maaf..

BUKAN NAK MENDOAKAN BENDA YANG TAK BAIK
PADA DIRI SENDIRI..

MUNGKIN INILAH SENARIO YANG BERLAKU KEPADA
PESAKIT KALAU BERDEGIL..

KALAU BERDEGIL MUNGKIN IA MENJADI REALITI KAN..??

ALHAMDULILLAH
saya dan keluarga dalam keadaan sihat²

Ini cuma kata² yang bermain dalam buah fikiran ku..
Aku taknak jadi macam ni..
Aku sayang family aku..
Aku masih ada impian dan cita-cita untuk mak ayah..
Kalau aku berdegil juga..
menyesal dikemudian hari tak berguna.

Tolong JAGA DIRI dan LINDUNGI KELUARGA.
Stay di Rumah. Walaupun bosan bagai nak gila.

Share kepada
Kawan yang degil ...pesan TOLONGLAH DUDUK RUMAH..

Moga kita semua dijauhkan dari penyakit ini dan terus dibawah lindunganNya..Amiinn.

By : Anni Arullah

1 comments:

Hsna Rahman berkata...

Yes please semua. Duduk kat rumah dan kita sama-sama putuskan chain covid 19 ni..kata nak puasa dan raya sama-sama kan.. so please together we fight this virus dengan kerjasama kita semua! Patuh PKP!

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!