Pages

Mac 04, 2020

SINOPSIS ALERGI MAMAT ROMANTIK

Alergi Mamat Romantik

SINOPSIS ALERGI MAMAT ROMANTIK

Kisah Nurul Kaisara seorang penulis novel yang alergi dengan lelaki romantik. Kaisara merahsiakan identiti dia sebagai penulis novel. Diugut oleh Arjuna peguam baru ditempat kerjanya, Kaisara terpaksa mengajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. 

Sambil belajar menjadi romantik, Arjuna cuba memikat Kaisara. Kaisara cuba menidakkan rasa yang mula muncul dalam hatinya. Kaisara dan Arjuna akhirnya berkahwin dan ujian datang melanda. Tanpa kurniaan seorang anak, Kaisara merasakan dirinya kekurangan sehingga menyuruh suami berkahwin lain.

Drama 20 episod adaptasi novel Alergi Mamat Romantik karya Ezza Mysara akan menemui penonton pada bulan Ramadan nanti di TV Okey.

Lakonan Zara Zya, Fadlan Hazim, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Jasper Supayah, Zera Hariz, Sazrin Aizul, Zalfa Zin, Puteri Khareeza, Zulkifli Ismail ...

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!