
SINOPSIS SATU KAMPUNG DUA ORANG
Tahun 1977, sebuah banjir besar menenggelamkan sebuah perkampungan di tepi sungai Pahang, menyebabkan semua penduduk kampung tersebut diarahkan berpindah ke kampung lain. Pun begitu, Buyung yang baru saja kematian isteri enggan berpindah dari situ lalu adiknya, Juang mengambil keputusan untuk menemani Buyung. Tinggal lah cuma mereka berdua di kampung tersebut selama 40 tahun. Suatu hari, rumah mereka didatangi Bidin, seorang pemuda yang melarikan diri ke kampung mereka setelah melakukan sebuah kesalahan berat. Kedatangan Bidin telah membuka rahsia di antara Buyung dan Juang yang melibatkan insiden kematian arwah isteri Buyung, Milah, beberapa dekad lalu.
Telefilem 'Satu Kampung Dua Orang' disiarkan pada Sabtu, 21 Mac 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.
Lakonan Sabri Yunus, Eman Manan, Aedy Ashraf, Amar Asyraf, Fatin Farhana, Saidi Sabri, Rashid Jaafar ...
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”