SINOPSIS BICARA CINTA
Anis Sofea kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga.
Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai.
Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.
Drama adaptasi novel 'Bicara Cinta' karya Missa J disiarkan bermula 2 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.
Lakonan Emma Maembong, Adi Putra, Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof, Khaty Azian ...
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!