Biodata Ustaz Ebit Lew

* Biodata Ustaz Ebit Lew

Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Umur: 36 Tahun 
Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Bangsa : Cina
Agama: Islam
Status : Berkahwin
Pendidikan :

SK Bukit Ridan (1991-1996)
SMK Muadzam Shah (1997-1999)
SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
Universiti Putra Malaysia (UPM)

*Ustaz Ebit Liew*
*21 Pesanan Bermakna Dari Beliau*
Posted on April 21, 2020 

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

*Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew*

Nurul - Bito Beyto

Nurul - Bito Beyto

Hancur Lena Ku Setiap Malam
Ku Teringat Kan Wajahnya
Adakah Di Sama
Merindui Ku

Berharap Engkau Kan Mendengar
Lagu Ini Dariku
Lama Sudah Tak Ku Dendangkan Untukmu

Slalu...
Kau Menghiburkan Malam Ku
Kini...
Kau Tiada Lagi

Kau Bagai Bulan Bintang Dihatiku
Yang Slalu Menyinari Hidupku
Ingin Ku Slalu Melihat Dirimu Kasih Ku

Ku Doakan Agar Kau Bahagia
Bersama Dengan Si Dia
Nama Mu Slalu Dalam Ingatanku
Nurul

Haaaaaaa
Haaaaaaa

Berharap Engkau Kan Mendengar
Lagu Ini Dariku
Lama Sudah Tak Ku Dendangkan Untukmu


Slalu...
Kau Menghiburkan Malam Ku
Kini...
Kau Tiada Lagi

Kau Bagai Bulan Bintang Dihatiku
Yang Slalu Menyinari Hidupku
Ingin Ku Slalu Melihat Dirimu Kasih Ku

Ku Doakan Agar Kau Bahagia
Bersama Dengan Si Dia
Nama Mu Slalu Dalam Ingatanku
Nurul

Nama Mu Slalu Dalam Ingatanku
Nurul

Nama Mu Slalu Dalam Ingatanku
Nurul

Dan Kini Ku Sendiri
Puisikan Lagu Ini
Sebagai Kenangan Untukmu
Nurul

WORD 224

WORD 224

Bila darurat baru la kita tau siapa yang penting dala hidup kita seharian ...

Menitis air mata petugas menahan sebak

Image may contain: night

Semalam sepasang suami isteri dan seorang anak kecil yg menaiki motorsikal di lebuhraya telah ditahan oleh anggota keselamatan barisan hadapan dalam sekatan jalanraya.

Sewaktu disoal, si suami menjelaskan bahawa mereka dari Puchong menuju ke Kuala Perlis untuk balik ke Langkawi.

Beliau juga menunjukkan surat buang kerja dari majikan dan dia sudah putus punca pendapatan akibat PKP serta mengambil keputusan nekad untuk pulang ke kampung di Langkawi.

Menitis air mata petugas menahan sebak melihat kepayahan keluarga muda tersebut dengan anak kecil yg masih belum mengerti kesusahan yang ditanggung kedua ibubapanya.

Mereka dilepaskan untuk meneruskan perjalanan mereka.

Semoga mereka selamat sampai ke destinasi.

-Kisah ini diceritakan sendiri oleh anggota berkenaan-

WORD 223 : 01 RAMADHAN 1441H

WORD 223 : 01 RAMADHAN 1441H


Marhaban ya Ramadhan.


Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadhan kembali menjelang,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan.

Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2020(1441 Hijrah)

Salam Ramadhan Mubarak - M Boutique Family of Hotels | Official ...

Word 222

Word 222

“Ajar hati untuk sangka baik. Biar sentiasa tenang dan bahagia. Jadikan penglihatan kita seperti mata lebah,mencari madu dan penawar walau ditempat sampah,bukan seperti mata lalat yang suka melihat kotoran walau dimana dia berada”., tulis Pu Amin

Insan ini dihina. Insan ini dicemuh. Insan ini disindir. Insan ini dimaki.

Coretan dari FB Mohd Fadli Salleh

Insan ini dihina. Insan ini dicemuh. Insan ini disindir. Insan ini dimaki.
Kerana apa?
Kerana beliau membantu orang. Kerana beliau turun padang. Beliau dicerca. Dituduh semua perbuatannya itu haram. Tuduhan pula oleh seorang yang kononnya ustaz.
Tindak tanduk beliau dikecam. Kereta yang beliau pakai dipertikaikan.
Mereka hendak dia pakai kereta Datsun buruk yang aircond pun tiada, meter pun rosak. Mereka fikir, orang yang turun membantu orang, orang yang berjuang dijalan kebajikan harus papa kedana juga.
Mereka fikir dia tidak boleh nikmati apa-apa kemewahan walau dari titik peluh dan usaha dia sendiri.
Tuduhan dan fitnah dilemparkan. Dikatakan mencari populariti. Dikatakan meraih simpati. Dikatakan menyalah guna sumbangan untuk kepentingan sendiri.
Apa beliau berhenti?
Tidak. Beliau tahu dan benar-benar faham jalan ini penuh ujian.
Beliau tahu sangat ramai orang berharap menjadi seperti beliau, tapi mereka tidak mampu. Maka mereka akan menjadi pendengki.
Beliau tahu, sebaik beliau berhenti mereka akan menang dan beribu orang akan kebuluran.
Beliau tahu, saat beliau melayan semua tohmahan, semua kebajikan yang beliau jalankan akan turut sama terkesan.
Maka beliau senyum dan diam.
Beliau berdakwah dengan tindakan. Turun dan menyantuni.
Beliau berdakwah dengan kata-kata. Saat beliau turun menegur dan menyapa.
Dan beliau memberi inspirasi kepada jutaan manusia diluar sana untuk sama-sama menurut jejak beliau.
Membantu sesiapa tanpa syarat. Menyebar kasih sayang yang sarat.
Diam beliau bukan kerana tidak mampu menjawab. Tapi diam beliau kerana beliau singa seperti syair Imam As Syafie :
“Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah satu jawapan.
Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan,
tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayan kerenah anjing."
Sahabatku Ustaz Ebit Lew...
Jalan ini tidak mudah. Penuh dengan ranjau dan duri. Penuh dengan caci maki. Penuh dengan orang yang dengki.
Aku tahu kau lebih mengerti. Dan aku juga kini mengerti. Kerana kita sama-sama berada dijalan ini.
Terus kuat sahabat. Kuat seperti biasa. Dan terus saja menjadi singa.
Ikhlas dari,
Mohd Fadli Salleh,
Presiden Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

21 Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew

21 Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

Sebab ape kebenaran tu diberi kepada ketua keluarga?

Arahan sepanjang PKP hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan,
Sebab ape kebenaran tu diberi kepada ketua keluarga?
Penolong ketua keluarga x berkaliber ke nak membeli barang keperluan sedangkan selama ni urusan pembelian penolong ketua keluarga yang uruskan,
Sebenarnya PM kita dah nampak dah situasi yang akan jadi bila penolong ketua keluarga yang keluar membeli,
Contohnya dalam senarai ada 10 barang yang hendak dibeli,
Maka penolong pun bersiap sedia membuat pembelian,
Dalam kepala dia dah ada pelan susun atur rak2 barangan di pasaraya tersebut,
Dia pun masuk ke lorong rak yang menjual tepung gandum,
Dia amik tepung gandum yang memang ada dalam senarai barangan yang hendak dibeli,
Tiba2 dia terpandang serbuk koko,
Dia terfikir ,
Resepi kek marble azlina ina yang dia share petang tadi belum buat lagi,
Sedap jugak makan kek marble petang2 sambil minum air kopi,
Dia pun amik serbuk koko,
Nak buat kek kena guna baking powder,
Dia amik pulak baking powder,
Selesai urusan kat rak tepung,
Dia pegi pulak kat rak mee kuning,
Dalam senarai barangan ada tertulis mee kuning,
Dia amik mee kuning,
Sebelah rak mee kuning dia nampak pulak kuetiau dok tergolek2 kat tepi tu,
Tiba2 dalam kepalanya terbayang wajah anak keduanya ,
Kak ngah suka makan kuetiau goreng,
Kalau masak kuetiau goreng bertambah2 dia makan,
Jadinya mee pun dia amik kuetiau pun amik,
Dia pegi pulak kat lorong sayur,
Dalam senarai ada sayur sawi je yang hendak dibeli,
Dia pun amik sayur sawi,
Eh, segar2 pulak kangkung dengan bunga kobis ni,
Geram pulak tengok sayur segar2 ni,
Akhirnya selain sawi,kangkung n bunga kobis pun dia amik,
Begitulah keadaannya bila dia masuk ke lorong jual ayam dan lorong2 yang lain2 nya,
Sedar tak sedar penuh troli barang yang hendak dibeli,
Dia pun beratur nak bayar ,
Sambil beratur tu dia dok scan lagi barang ape yang dia blom beli,
Alamak!!
Milo lupa nak amik,
Dan sesungguhnya dia sanggup keluar barisan untuk amik sepeket milo tersebut,
Rupanya senarai barangan yang ditulis tu ada sambungannya,
Kat mana sambungannya,
Sambungannya dalam kepala dia,
Ada ke dia risau duit x cukup bila nak bayar,
Jarang terjadi x cukup duit masa nak bayar sebab dia dah tahu perkara ni akan terjadi n dia standby duit lebih awal2 lagi,
Jadi nampak tak kenapa PM hanya benarkan ketua keluarga yang keluar beli barang,
Sebabnya kebanyakan penolong menghadapi kesukaran untuk patuh kepada senarai barangan yang tertulis pada kertas,
Langkah penjimatan sangat susah nak dibuat bila penolong yang berbelanja,
Setuju tak pendapat ni.
Sebab tu memang ketua keluarga ja yg tlg shopping la ni. Memang real mcm cerita ni 

#copypaste

Seni 'air brush' dedikasi buat wira negara!



Mohd Rozamil menunjukkan lakaran pada helmet dan penutup tangki minyak.
A
A

KUALA TERENGGANU - Terharu dengan sumbangan dan kecekalan pemimpin negara serta petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi wabak koronavirus (Covid-19), seorang pelukis menzahirkan penghargaan kepada wira-wira negara itu menerusi karyanya.
Menggunakan teknik 'air brush', Mohd Rozamil Mohd Yatim, 34, mengabadikan potret wira-wira negara itu pada helmet sebagai kenangan dan ucapan terima kasih atas perjuangan mereka memerangi Covid-19.
Dia bagaimanapun tidak menyangka idea kreatifnya itu menarik perhatian ramai setelah memuat naik hasil kerjanya di laman sosial.
"Idea ini datang secara spontan dari isteri saya, Tuan Rohaya Tuan Ali, 38, yang minta saya membuat lakaran wira-wira negara ini, sementara kedai ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohd Rozamil menyiapkan lakaran pada penutup tangki minyak.

Mohd Rozamil menyiapkan lakaran pada penutup tangki minyak.
"Saya hanya ambil masa selama dua hari untuk menyiapkan lakaran pada sebuah topi keledar dengan menggunakan teknik 'air brush'.
"Potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan pasukan barisan hadapan yang dilukis itu turut disertakan dengan kata-kata semangat seperti 'We Stand With You', 'Stay At Home Malaysia' dan doa," katanya ketika ditemui di kediamannya di Chendering di sini.
Jelas Mohd Rozamil, setelah memuat naik hasil kerja tangannya itu, dia mendapat banyak tempahan dari kaki-kaki motor seluruh negeri Terengganu yang bukan sahaja mahukan lakaran pada topi keledar, malah dia turut diminta membuat lakaran tersebut di penutup tangki minyak motor mereka.

Bersama sebahagian daripada hasil kerja tangannya.

Bersama sebahagian daripada hasil kerja tangannya.
Hasil kerjanya juga menarik minat sebuah syarikat di ibu negara yang mahu bekerjasama dengannya bagi mengeluarkan 5,000 biji topi keledar yang sudah siap dilakar untuk tujuan amal.
"Saya buat semua ini bukan untuk mencari keuntungan tetapi sebagai penghargaan kepada barisan hadapan yang sanggup bergadai nyawa bagi memastikan wabak Covid-19 ini dapat dihapuskan.
"Golongan macam saya ni dan budak-budak motor, tidak banyak yang kami boleh sumbangkan. Jadi saya gunakan bakat yang dianugerahkan ALLAH ini, dengan memberi sokongan dan penghargaan kepada barisan hadapan yang banyak membantu negara mengekang wabak ini.

Lakaran pada helmet yang menarik perhatian ramai.

Lakaran pada helmet yang menarik perhatian ramai.
"Walaupun ia hanya pada sebiji helmet, tapi ia akan menjadi sejarah untuk tatapan generasi akan datang," katanya.
Mohd Rozamil yang mula berkecimpung dengan lakaran menggunakan teknik 'air brush' sejak 2005 lagi berkata, dia banyak menghasilkan lakaran pada helmet, kayu golf, penutup tangki minyak, telefon dan pelbagai lagi mengikut permintaan pelanggan.
Malah, hasil kerja tangannya sebelum ini turut mendapat perhatian Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan pelumba basikal dalam dan luar negara.

Mohd Rozamil Mohd Yatim

Mohd Rozamil Mohd Yatim

Tiada lagi operasi 24 jam ATM

Kerajaan hari ini mengumumkan operasi 24 jam bagi penggunaan mesin ATM tidak lagi dibenarkan.
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, waktu operasi penggunaan mesin ATM kini dihadkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam, bagi menghalang orang ramai menggunakannya sebagai alasan untuk keluar lewat malam dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Ulama Kritik Lirik Lagu ‘Aisyah Istri Rasulullah’ – Apa Sebenarnya Yang Dipersoalkan?

Ulama Kritik Lirik Lagu ‘Aisyah Istri Rasulullah’ – Apa Sebenarnya Yang Dipersoalkan?

Lagu Aisyah Istri Rasulullah pernah menjadi fenomena besar di dunia muzik Nusantara. Namun di sebalik popularitinya, muncul juga perdebatan apabila sebahagian ulama memberi pandangan bahawa terdapat elemen dalam lirik yang perlu diperhalusi.

Kenapa Lagu Ini Jadi Viral?

Lagu ini bukan sahaja popular di Indonesia, malah turut dinyanyikan oleh artis besar Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza. Versi cover tersebut mencatat jutaan tontonan dan menjadikan lagu ini semakin tersebar luas.

👉 Internal link: Baca juga versi asal & sejarah lagu ini untuk faham bagaimana ia bermula.

Isu Yang Dipersoalkan Ulama

Sebahagian ulama menegur beberapa bahagian lirik yang dianggap terlalu menggambarkan fizikal Sayyidah Aisyah RA secara terperinci.

Mereka menekankan bahawa tokoh isteri Rasulullah SAW seharusnya lebih dihormati melalui akhlak, ilmu dan kedudukan spiritual — bukan gambaran fizikal.

💡 Fakta viral: Lagu ini pernah mencetuskan perdebatan besar di media sosial kerana perbezaan pandangan antara seni, dakwah dan sensitiviti agama.

Pandangan Yang Lebih Seimbang

Sebahagian pendakwah seperti Buya Yahya menjelaskan bahawa niat pencipta lagu tidaklah buruk, bahkan ia boleh menjadi jalan memperkenalkan sirah Nabi SAW.

Namun beliau menasihatkan agar pendekatan lebih berhati-hati digunakan apabila melibatkan tokoh wanita mulia dalam Islam.

Kesan Positif Yang Tidak Dijangka

Menariknya, lagu ini juga menjadi asbab kepada perubahan hidup sesetengah pendengar, termasuk ada yang memeluk Islam selepas mendengarnya.

Ia menunjukkan bahawa muzik boleh menjadi medium dakwah jika disampaikan dengan niat yang baik.

👉 Baca juga: Monolog Jiwa – Koleksi refleksi hati

Kesimpulan

Lagu ‘Aisyah Istri Rasulullah’ kekal sebagai karya yang unik — berada di persimpangan antara seni, dakwah dan perdebatan ilmiah.

Apa pun pandangan, ia membuka ruang perbincangan tentang bagaimana Islam dan seni boleh berjalan seiring dengan penuh hikmah dan adab.

Tags: Aisyah Istri Rasulullah, Ulama kritik lagu, Lagu islamik viral, Siti Nurhaliza cover, Buya Yahya, muzik dakwah


#JMBELOG – Di Sini Jiwa Yang Penat Boleh Berehat

Hormat menghormati itu satu keharmonian : WORD 221

“Wei bodoh! Angkat betul-betul lah!”
Dari tadi aku dah perhatikan waris pesakit ini agak kurang sopan dengan Nurse. Minta itu, minta ini, ada sajalah yang tak kena dimata dia.
“Encik, saya Dr Samhan. Doktor yang incharge ayah encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?”
“B*b* betul! Sedar sikit pass diploma je, bukan ada ijazah pun. Buatlah kerja betul-betul!” (sambil menunding jari pada Staff Nurse.)
Nurse itu diam membisu sepatah tak berbunyi.
Aku dah tak boleh tahan.
“Jangan kurang ajar boleh tak? Ingat Nurse ini hamba ke? Encik keluar!!”
Aku pun ada tahap sabar juga. Pantang betul kalau kita dah cakap baik-baik tapi masih nak berlagak tunjuk belang.
Aku tak kisah pun kau siapa. Aku tak kisah kalau kau nak saman. Aku tak kisah nak menjawab dengan orang atasan. Yang aku tahu, kau tak berhak langsung nak menghina.
Aku cukup hormat dengan Nurse. Tahu tak yang tak semua orang boleh bertahan dengan kerja ni?
Mereka ini kalau setakat demam biasa dan lenguh-lenguh badan, selagi larat takkan sesekali ponteng kerja.
Mereka ini walaupun berjauhan dengan anak dah berbulan, rasa rindu yang teramat tapi tak pernah sekalipun cincai dalam kerja.
Mereka ini ada yang dah bertahun minta tukar tempat kerja untuk dekat dengan keluarga, walaupun tak pernah dapat tetaplah menunggu dengan sabar.
Mereka ini walaupun baru lepas bertengkar dengan suami, simpan muka sedih. Tetap datang kerja macam biasa dan ukirkan senyuman manis.
Mereka ni anak sendiri sakit demam pun tak terjaga kerana sibuk menjaga pesakit lain yang bukan pun keluarga sendiri.
Mereka ini yang selalu diherdik dihina oleh pesakit dan waris, tetap ikhlas buat kerja tanpa banyak bicara.
Mereka ini setakat wad pecah tunggang langgang, mereka pandang sebelah mata. Cukup cekap dan sangat cemerlang pula dalam menjaga masa.
Mereka ini kalau setakat nak mandikan pesakit, tukarkan pampers, basuhkan najis semua tu dah jadi perkara biasa. Tau-tau pesakit dah bersih, kemas dan ceria.
Mereka ini kerja tak kira masa. Cuti sekolah belum tentu cuti apatah lagi cuti raya.
Aku cukup kenal mereka. Mereka sememangnya manusia yang luarbiasa. Suka menolong dan membantu tanpa dipinta. Tanpa mereka satu hospital akan lumpuh.
Sebab itu korang patut hormat mereka. Jangan sesekali bersikap kasar apalagi mengherdik.
Kita rasa best bila orang hormat pada kita tapi sebelum itu, belajarlah dulu hormat dan menghargai pada orang lain. Kita akan pasti lebih dihormati dan dihargai.
Gambar ini aku ambil bila lihat Nurse ini sekejap-kejap muntah. Mengandung rupanya. Dengan muka yang pucat dan keletihan tapi tetap bekerja dengan senyum manis didepan pesakit.
Luar biasa hebat!
Kongsikan cerita ini pada orang lain sebab masih ramai yang tak tahu pengorbanan Nurse dan tak reti nak hormat orang.
Boleh follow saya, Ahmad Samhan dan set See First supaya tak tertinggal cerita lebih menarik yang saya kongsikan dan boleh dijadikan teladan bersama.
Saya banyak berkongsi ILMU MAHAL di channel telegram saya.
Klik 👉🏻 https://t.me/drsamhan
Dr Ahmad Samhan- Hormat menghormati itu satu keharmonian -

Wadah Terkini