Tutorial: How to Add Back To Top Button in Blogger with Pictures

 How to Add Back To Top Button in Blogger with Pictures


Step 1: Go to Blogger Theme and click Edit HTML button.
Add Back To Top Button Gadget To Blogger Blog 1
Step 2: Find the opening <head> tag then Paste the Code in <head> tag and click the Save template button.
Add Back To Top Button Gadget To Blogger Blog 2
<script src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/2.0.0/jquery.min.js'></script>
Step 3: Go to the Blogger Layout and click Add a Gadget link.
Add Back To Top Button Gadget To Blogger Blog 3
Step 4: Click the HTML/JavaScript Gadget.
Add Back To Top Button Gadget To Blogger Blog 4
Step 5: Paste the Code in Content area then click Save button.
Add Back To Top Button Gadget To Blogger Blog 5
<script>
jQuery(document).ready(function() {
var offset = 220;
var duration = 500;
jQuery(window).scroll(function() {
if (jQuery(this).scrollTop() > offset) {
jQuery('.back-to-top').fadeIn(duration);
} else {
jQuery('.back-to-top').fadeOut(duration);
}
});
jQuery('.back-to-top').click(function(event) {
event.preventDefault();
jQuery('html, body').animate({scrollTop: 0}, duration);
return false;
})
});
</script>
<style>
div#page {
max-width: 900px;
margin-left: auto;
margin-right: auto;
padding: 20px;
}
.back-to-top {
position: fixed;
bottom: 2em;
right: 0px;
text-decoration: none;
color: #000000;
background-color: rgba(235, 235, 235, 0.80);
font-size: 12px;
padding: 1em;
display: none;
}
.back-to-top:hover {
text-decoration: none;
}
</style>
<a href="#" class="back-to-top"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEii0zz-AWBL9Cvh5GW2VTUrZOYt3uXOIbtbnCsfa_tggSNNlIJw3BMFr-G_yQwVHlq4h_g3P_Q7LKQlMnSiUZ7j1iFq_N6RmsKp1t_kWLz0wX91cp7ymJ5JRkrD557v5fdaGFT-vul3n3iz/s1600/back+to+top+.png" alt="Back to Top" / ></a>
Step 6: Go to the Blogger Blog.

Note:- Replace Orange Back To Top Button Code With These Back To Top Button Code.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQo07UB3QBjk2JlJ-1EBqt4iSRKdGNdnkafBlnO5fZGTCiWXAxAjrvirbBZGpYeGiwNPyiOWMDsJYG13oiNvnHwzA3cKQkCo3GsgRm4dex0xPxgMRhfNE0VmQ_VxEBfkjqBhY1d23x8xg/s1600/1.+Back-To-Top+Button+-+Techtspot.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWBXP50ts_S4zVCNwblijXfylaB9_5CUOdvPCG6EgJjIi-Q-PZaMclzuX3PcdfOxJ-lLLSPRJPKjWB_-j_io6hqtz9WV4OLWksvErx1L6WzmGAUHTptafkZWcbNI2kkREl48yPPd9uIOM/s1600/2.+Back-To-Top+Button+-+Techtspot.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicNZbPqsyl0SIovys9awEDFlX3IahWEfIlETNro6fRaKArxNJTgQYOkxK3BSHomZc4VgZKIywyZhG-0XqX8SJ3OjSTLoTAEJ9ScywAHalxLvBVPXBHbxe7R0NTIMAVQSSR8MhyphenhyphenATww8tg/s1600/3.+Back-To-Top+Button+-+Techtspot.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhh5k6k3AJ5-vCwX_DGO1_UBObONHPnIpH8tp3E9ts5B5Ljy1nySoOsPJ2rJ57x0FXphYCI2b4a2ofvJo6voLi9FWC1Myvi9Vv2imJwm0xDRNDE3e6YBtO4dQHcGjFgJrsD-f2_KjJ4mWU/s1600/4.+Back-To-Top+Button+-+Techtspot.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVvFoomOiTLOiQ4ilaPr82PeW6T66in4RWKDIDo6JB8MowdNNyiGAKwm5LNFckHeary0hEa4fy_ht57J4-jFuMUZqQwcfjsZ93RCCiLpLOx8Ou42Ea8wtt1YIgVN_L7adjCoexx4WwjFQ/s1600/5.+Back-To-Top+Button+-+Techtspot.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLL3iitaTC5bYisDqUx3H5JpMIQVvSMw1xhuaO2EZScmtus28B1p84yT8Chdo2VdFbjw2uH-2ltLxLcPOJ2W1GUoOwfW6r7igFkhG_yDIeppDGzLpMxCoenTKOvuM_-wdWdm-dhkcB0iI/s1600/6.+Back-To-Top+Button+-+Techtspot.png

How to Add Back To Top Button in Blogger blog





Word 271

 word 271



Baca 7 kali surah ini selesai solat.

Dijamin Allah melepaskan kesusahanmu 

dan melancarkan rezekimu




Word 270

 Word 270



Saya jatuh cinta dengan petikan ini :

"Kembalilah kepada Allah,

walaupun kamu telah berdosa seribu kali."

Word 269

Word 269





Baru sahaja menimang cahaya mata, isteri OKU ini pergi menghadap Ilahi apabila maut dalam suatu kemalangan. 

Paling menyayat hati apabila suaminya yang juga OKU bisu kebetulan lalu di jalan yang sama dan mendapati mayat isterinya terkubur kaku. 

Al-Fatihah buat allahyarham.

Sumber : Mohd Redzuan Abdul Manap

Ku Seru - Misha Omar

Ku Seru - Misha Omar

Ku membayangi jiwa hatimu
Tapi perpisahan menunggu
Ku ingin membelaimu
Namun kasihku tiada restu
Diri begini kerna selama
Ditinggalkan marah sengsara
Hingga hilang terlupa
Siapa aku sebenarnya sayang
Oh dengarlah sayu tangisanku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan terlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu
Oh dengarlah sunyi tangisanku
Kau tahu ku amat menyayangimu
Oh pergilah kau bukan milikku
Pulang pada yang mengasihi
Dirimu ohh
Kesepian berlalu
Maafkan daku
Maafkan daku yeah yeah yeahhh
Sampai disini
Ku lepas kau pergi
Biar ku damai bersemadi
Lukamu ku mengerti
Kan ku hilangkan derita
Ini yeah yaeh
Oh dengarlah sayu tangisanku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan terlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu
Oh dengarlah sunyi tangisanku
Kau tahu ku amat menyayangimu
Oh pergilah kau bukan milikku
Pulang pada yang mengasihi
Dirimu
Kau ku seru hmm

Drama Tanya Sama Pokok lakonan Sabri Yunus, Datuk Fizz Fairuz, Sara Ali, Angeline Tan ...


Drama komedi 14 episod 'Tanya Sama Pokok' yang membariskan pelakon terkenal lain seperti Sabri Yunus, Datuk Fizz Fairuz, Sara Ali, Angeline Tan dan ramai lagi.

Drama arahan Sabri Yunus, terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd.

Akan ditayangkan pada 21 September 2020, setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

Word 268

Word 268

Jadilah seperti air putih,

ia tidak mewah.

Namun sangat besar pengertiannya.

Aku Menunggu - Mr Apai ft. Aiman

Aku Menunggu - Mr Apai ft. Aiman

Ku di sini
Menunggu dirimu
Menanti kau di sini
Tuk bahagia kau dengan ku

Ku di sini
Menunggu dirimu
Akan ku bawa kau terbang
Bahagia kau dengan ku

Juah di sudut hati
Ingin ku milikimu kasih
Jadi
Yang terbaik buat ku

Dan diriku
Masih berpegang teguh
Pada janji yang kau beri padaku

Terimalah cinta ini
ku hanya untuk mu
Jangan sesekali kau pergi dari ku

Terimalah lagu ini ku gubahkannya untuk mu
Jangan kau pergi meninggalkan ku sendiri

Ingat janji yang dulu pernah kau ucap kasih
Tuk bersama ku hingga akhir hayat mu
Ku mohon kau kan terus berpegang pada janji

Sayang
ku cinta padamu


Polis denda pemuda panjat tiang elektrik gara-gara pelitup muka

Polis denda pemuda panjat tiang elektrik gara-gara pelitup muka


JAKARTA – Anggota ­polis ­mengarahkan seorang ­lelaki ­memanjat dan memeluk ­sebatang tiang elektrik kerana didapati tidak memakai pelitup muka, menurut laporan portal berita ­­Suara.com baru-baru ini.
Satu rakaman video yang ­tular menerusi laman sosial ­TikTok menunjukkan pemuda ­berkenaan ­dihukum di tempat awam kerana kesalahan itu.
Sambil memeluk tiang ­elektrik, pemuda itu juga diminta berjanji agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
“Saya berjanji dunia dan ­akhirat jika keluar rumah selepas ini, saya akan memakai pelitup muka. Jika berbohong, saya akan diambil tindakan tegas,” kata ­lelaki itu.
Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan awam Alun-Alun ­Talaga, Kabupaten Majalengka di Jawa Barat, Indonesia dan ­menerima pelbagai reaksi ­netizen yang geli hati terhadap hukuman luar biasa itu oleh anggota polis ­berkenaan.
“Pengajaran yang digunakan cukup unik dan diharap pemuda itu benar-benar insaf,” kata ­seorang netizen.
Ada segelintir netizen ­mengkritik tindakan anggota ­polis itu kerana dia turut ­didapati tidak memakai pelitup muka dengan sempurna. – Agensi _Kosmo

Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya kemalangan, selesai jalani pembedahan


Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya,39, selesai menjalani pembedahan akibat kemalangan, malam tadi.
Menerusi laman sosialnya, isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memohon orang ramai mendoakan suaminya. _SinarHarian

Telefilem Kasyaf Gelang Iblis lakonan Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly

Kasyaf Gelang Iblis

Telefilem 'Kasyaf Gelang Iblis' lakonan Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly disiarkan pada 19 September 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.

SINOPSIS KASYAF GELANG IBLIS

Siti mula bekerja di rumah orang tua Seri Cahaya mula diganggu setelah kemunculan seorang warga emas yang pelik. Gelang iblis yang tiba-tiba muncul telah menjadikan siti buta namun celik di kala malam. Hadirnya Khaled penyeri hati siti namun adakah kebahagiaan milik mereka? _MiT

Word 267

Word 267

Tanda- tanda kau selesa single :

1. Tak kisah makan, tengok wayang sendirian

2. Happy bila kawan-kawan dah jumpa teman hidup

3. Suka makan

4. Suka lepak di rumah berbanding keluar

Artis : Ben Amir Terharu Peminat Hadiahkan iPhone Di Pelancaran Saluran Youtube

KESIHATAN : CARA UNTUK ELAKKAN BENGKAK DIKAWASAN YANG DICUCUK DENGAN JARUM

CARA UNTUK ELAKKAN BENGKAK DIKAWASAN YANG DICUCUK DENGAN JARUM

Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih dan rakaman dekat
Gambar ini adalah bahagian lengan seorang pesakit. Jika dilihat dengan mata kasar pada bahagian tengah gambar tersebut terdapat kawasan suntikan.

Sebenarnya pesakit ini baru sahaja dicucuk untuk pengambilan darah pada pagi tadi.

Tiada kesan bengkak yang ketara dapat dilihat pada kawasan tersebut. Mesti orang tertanya kenapa kawasan tersebut tidak bengkak.

Kebanyakan daripada kita yang dicucuk untuk pengambilan darah mesti akan mengalami bengkak berwarna kebiruan pada kawasan kulit yang dicucuk.

Tetapi sebenarnya terdapat cara untuk mengelakkan bengkak tersebut daripada berlaku. Bahkan kesakitan dikawasan tersebut akan hilang dalam waktu sehari.

CARANYA ADALAH

Apabila selesai pengambilan darah, selalunya anda akan diberikan kapas untuk menghentikan pendarahan tersebut.

Apa yang kita selalu buat adalah kita biarkan sahaja kapas itu melekat dekat kawasan yang disuntik tanpa menekannya.

Ini akan menyebabkan darah keluar ke kawasan bawah kulit berdekatan tempat yang dicucuk. Inilah yang menghasilkan warna kebiruan pada kawasan tempat cucuk.

Cara mudah untuk elakkan perkara ini daripada berlaku adalah dengan melipat siku anda supaya kapas itu dapat memberi tekanan yang kuat pada bahagian suntikan tersebut. Ini akan menyebabkan pendarahan terhenti dan tiada darah beku yang terbentuk pada bawah kulit.

Maka, tiada bengkak yang berlaku dan kesakitan tersebut akan hilang dengan cepat berbanding jika bengkak tersebut ada.

Jika anda dicucuk di bahagian lain contoh dibelakang tapak tangan, maka anda perlu menekan kapas tersebut 3-5 minit untuk betul-betul memastikan pendarahan tersebut telah berhenti.

Dengan cara ini anda tidak akan mengalami
1. Bengkak yang teruk dibahagian cucuk
2. Kesakitan itu akan hilang dengan lebih cepat

Sumber : Facebook

Biar Mereka Cemburu lakonan Aiman Hakim, Nabila Razali ...

Biar Mereka Cemburu

Nantikan drama adaptasi novel 'Biar Mereka Cemburu' karya Anuar Darwisy lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali akan disiarkan November nanti di Astro Ria.

SINOPSIS BIAR MEREKA CEMBURU

Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu.

Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati.

Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. 

Kasih Tau Foo Fah lakonan Sharifah Sakinah, Mior Darwish dan Michael Ang (TV3)

Kasih Tau Foo Fah

Telefilem 'Kasih Tau Foo Fah', Istimewa Hari Malaysia lakonan Sharifah Sakinah, Mior Darwish dan Michael Ang  disiarkan pada Sabtu, 19 September 2020, jam 9 malam di TV3. 

SINOPSIS KASIH TAU FOO FAH

Sejak kecil Fikri terpisah dengan keluarganya angkara kemelut hidup. Hinggalah dia ditemui oleh Ah Leong, seorang penjaja tau foo fah. Mampukah Fikri kembali bersatu dengan keluarga kandungnya? _MiT


Check up



Beginilah dah berusia

Kena check up

Semoga dipermudahkan

Semoga pembaca sihat hendaknya.



Idris Mat Diah meninggal dunia depan TV

Idris Mat Diah meninggal dunia depan TV



Kuala Lumpur: "Ayah tanya bila kad kahwin saya akan siap kerana dia nak berikan kepada rakan-rakannya," kata Nur Alia Muliyani, 27, anak kedua pelakon veteran, Idris Mat Diah, 61, yang meninggal dunia awal pagi hari ini.(14September2020@2.30pagi)

Nur Alia yang akan berkahwin pada hujung tahun ini berkata, dia tidak menyangka pertanyaan itu antara petanda pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

"Saya tak terfikir apa-apa dan suruh dia tunggu kerana kad belum siap. Memang saya tak mengesyaki apa-apa dan tak tahu rupanya itu soalan terakhir ayah kepada saya," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Alia, bapanya menghidap kencing manis, tetapi sukar ditentukan tahapnya kerana dia sudah lama tidak membuat pemeriksaan.

"Ayah memang tak makan ubat, tapi kami sekeluarga jaga pemakanan dia. Ayah pun jarang makan di luar dan sejak akhir-akhir ini selera makannya tiada. Dia kurang makan. Saya dan emak bagi makanan yang dia suka tapi itu pun dia tak makan," katanya.

Idris juga mengikuti rutin berpantang makan, namun sesekali dibenarkan merasa pelbagai menu seperti masakan bergoreng dalam kadar sedikit.

"Kami satu keluarga amalkan minum air masak. Minuman bergula hanya dihidangkan untuk tetamu. Ia bukan dipraktikkan sejak ayah sakit, tapi disebabkan mak juga ada masalah jantung.

"Ayah meninggal mengejut mungkin salah satu sebabnya kerana dia tak makan. Selera sudah tiada, malah nak mengunyah makanan pun tak boleh," katanya.

Menurut Alia, bapanya suka berehat di rumah dan jika keluar pun hanya untuk bertemu rakan-rakan.

"Dia sangat menghargai mereka. 7 Hari Mencintaiku 2 adalah drama terakhir lakonannya. Satu perangai ayah, dia bukan jenis yang suka bawa cerita kerja di rumah. Sepanjang 27 tahun hidup, saya tak pernah tanya berkenaan drama lakonan dia.

"Kalau dia nak cerita, dia akan cerita. Kami tak nak bagi dia 'stress'. Begitu juga saya tak bawa hal kerja di rumah. Kami hanya fokus pada urusan keluarga," katanya.

Menurutnya, setiap kali rakan-rakan bapanya bertanyakan drama lakonan beliau, mereka hanya menjawab dia terbabit dengan penggambaran.
"Kami memang tak tahu drama apa. Seperti kata rakan-rakannya, karakter ayah di luar dan dalam drama sama sahaja iaitu 'soft spoken', cuma dia ada barannya tapi bergantung pada situasi dan keadaan," katanya.

Terdahulu, Idris yang popular dengan watak Pak Andak dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 disahkan meninggal dunia di rumahnya di Putrajaya, pada jam 2.30 pagi.

Alia berkata, bapanya ditemui dalam keadaan pucat dan tubuhnya sejuk di depan kaca TV di tingkat bawah kediaman mereka.

"Ayah memang suka tengok TV seorang diri sampai lewat pagi kerana dia susah nak tidur malam. Mak hanya sedar apabila dengar suara TV makin kuat dan apabila turun didapati kucing berada di atas 'remote control' TV.

"Dalam masa sama emak lihat keadaan ayah terlantar dan perasan situasi yang berlaku. Memang terkejut kerana ayah tak tunjukkan tanda-tanda sakit," katanya.

Sementara itu, jenazah Idris selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong pada jam 11 pagi.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah rakan seangkatan Allahyarham antaranya Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Zaidi Omar dan Mubarak.
Idris meninggalkan seorang balu, Che Hawa Abu Bakar, 60, dan dua anak iaitu Muhammad Afiq Husaini, 28, dan Nur Alia Muliyani, 27.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 5:28 PM _ MyMetro

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Keputusan mengenai penutupan sekolah di Kedah hanya akan dilaksanakan selepas mendapat persetujuan dan nasihat daripada MKN dan KKM.
Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon selepas mengulas gesaan orang ramai berkenaan penutupan sekolah di Kedah susulan meningkatnya kes Covid-19.

Elak kekeliruan maklumat

Menurutnya, pengesahan berkenaan adalah penting bagi mengelak kekeliruan maklumat berhubung kes Covid-19 terutamanya di sekolah.
“Dari segi keselamatan dan kesihatan itu sentiasa menjadi tumpuan untuk Kementerian Pendidikan, namun untuk kes itu (Covid-19 dan penutupan sekolah) keputusan akan dibuat MKN dan KKM”
KKM juga sangat prihatin dengan perkara ini dan akan memaklumkan apa-apa berita dan info terkini berkenaan penutupan sekolah diKedah.

Patuh SOP

Pihak Kementerian juga akan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.
Sehingga semalam, sebanyak 56 kes positif Covid-19 dan satu kes baharu telah dikesan. Manakala, 5,781 individu masih menunggu keputusan membabitkan kluster Sungai.
Sumber : BH Online, Harian Metro
Sumber : Xtra

How To Show Post Title Only on Homepage in Blogger

How To Show Post Title Only on Homepage in Blogger

1.Login to your blogger dashboard–> layout- -> Edit HTML
2.Scroll down to where you see </head> tag .
3.Copy below code and paste it just before the </head> tag .
How To Show Post Title Only on Homepage in Blogger
<style type='text/css'>

<b:if cond='data:blog.pageType != "static_page"'>
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>

.post {
margin:.5em 0 1.5em;
border-bottom:0px dotted $bordercolor;
padding-bottom:1.0em;
height:50px;
}
.post h3 {
margin:.25em 0 0;
padding:0 0 4px;
font-size:20px;
font-family:Tahoma,Georgia,Century gothic,Arial,sans-serif;
font-weight:normal;
line-height:1.4em;
color:#cc6600;
}

.post h3 a, .post h3 a:visited, .post h3 strong {
display:block;
text-decoration:none;
color:#cc6600;
font-weight:normal;
}

.post h3 strong, .post h3 a:hover {color:#333333;}

.post-body {display:none;}
.post-footer {display:none;}
.comment-link {display:none;}
.post img {display:none;}
.post blockquote {display:none;}
.post blockquote p {display:none;}
h2.date-header {display:none;}
.post-labels {display:none;}
.post-rating {display:none;}

</b:if>
</b:if>

</style>
4.Now Save your template.
Source : blogs911.com/

MAAFKAN MEREKA, BUKAN ITU YANG MEREKA PINTA

MAAFKAN MEREKA, BUKAN ITU YANG MEREKA PINTA

Pada waktu² sekarang, jika pesanan makanan kita lambat sampai, jangan batalkan pesanan atau tidak angkat call kerana marah akibat menunggu terlalu lama.

Ada rider yang beritahu, mereka akan dikenakan tindakan sekiranya lambat atau dapat complaint daripada pelanggan. Jadi mereka terpaksa bawa motor dengan lajunya.
.

Cuba kita fahami cabaran dan risiko tugas mereka. Jika ditanya, sudah pasti jawapan mereka adalah untuk menghantar pesanan tersebut ke pelanggan secepat yang mungkin. Terima kasih kerana memahami mereka.
.

Gambar dikirimkan oleh seorang rakan (tidak pasti lokasinya) menunjukkan kejadian di mana seorang penghantar makanan jatuh tersungkur kerana hujan...jalan licin.

Orang awam yang ada di situ membantu beliau bangun dan angkat motor semula. Apa yang menyentuh hati adalah beliau tidak periksa badan sendiri sama ada luka atau pun tidak. Apa yang dicari dahulu adalah ‘food box’ pada motor. Beliau memastikan makanan yang dibawa tidak tumpah sebelum mengambil telefon bimbit beliau yang terpelanting jauh.
.

Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita.

Kasut kita tak sama, kawan.

Credit : M.Faisal




Wadah Terkini