Biar Mereka Cemburu lakonan Aiman Hakim, Nabila Razali ...

Biar Mereka Cemburu

Nantikan drama adaptasi novel 'Biar Mereka Cemburu' karya Anuar Darwisy lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali akan disiarkan November nanti di Astro Ria.

SINOPSIS BIAR MEREKA CEMBURU

Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu.

Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati.

Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. 

1 Comments

COMMENT IS YOUR OWN RESPONSIBILITY. THANK YOU.

  1. Nak cemburu dgn minah jawa nie? Tolongla

    ReplyDelete
Post a comment
Previous Post Next Post