Word 263
Word 263
Bila membenci, bermaksud kita tidak gembira.
Bila tidak gembira bermaksud, ada yang kita tidak puas hati.
Bila tidak puas hati bermaksud, ada yang kita tidak sempat hendak lihat dalam diri dan peribadi.
Malah kehidupan sendiri.
Ambil masa tengok.
Banyak nikmat Tuhan yang diberi.
Berterima kasih adalah salah satu rasa bagi gembira dan bersyukur.
Bila bersyukur, datang lagi banyak perkara yang baik-baik.
Cari diri. Gembira itu ada dekat diri sendiri. Bukan dekat orang lain.
Ulasan
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”