Filem Kelaster lakonan Azhan Rani, Nora Danish, Achey dan Meerqeen (Astro First)

Filem Kelaster lakonan Azhan Rani, Nora Danish, Achey dan Meerqeen ditayangkankan mulai 24 September 2020 di Astro First saluran 480.

SINOPSIS KELASTER

Kelaster adalah sebuah kisah seram tentang bagaimana tiga orang pelajar yang terperangkap di kolej kediaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Dua pelajar lelaki Usop dan Zul terpaksa menemani Ain, yang bersendirian sehingga terpaksa mencari bantuan di asrama lelaki. Tragedi pelik mula berlaku apabila mereka cuba mendapatkan bantuan untuk Ain. 

Keadaan bertambah rumit selepas Usop dan Zul berkongsi kisah mengenai gangguan hantu serta makhluk halus yang pernah mereka lalui. Tiba giliran Ain untuk kongsikan pengalamannya, Ain terus menghilangkan diri. Usop dan Zul segera mencari Ain dan ketika di temui, Ain sedang berada di dalam Bas berdekatan dengan Kolej mereka. Di situlah segala misteri dan rahsia gangguan yang mereka bertiga alami terungkai.


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”