Pages

September 21, 2020

Forest Skywalk FRIM telah dibuka

Forest Skywalk FRIM telah dibuka. Khas untuk mereka yang sukakan ketinggian, Forest Skywalk (atau Jejantas Rimba) FRIM di Taman Botani Kepong (KBG) akan dibuka kepada orang ramai bermula 31 Ogos! Jejantas yang berketinggian 18 - 50 meter ini pastinya akan memukau anda dengan panorama kawasan sekitar, termasuk Hutan FRIM serta kawasan Kepong dan Kuala Lumpur.

Malah dari menara peninjauan, anda boleh melihat pemandangan sejauh 30km termasuk bangunan-bangunan pencakar langit terkenal seperti KLCC, Menara KL, The Exchange 106 dan Menara TM.
📍
Lokasi: Forest Skywalk - FRIM [Waze/ Google Maps]
Untuk pertanyaan, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC): frim_enquiry@frim.gov.my/ 03-6279 7592/7596/7649].

Selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, terdapat juga caj parkir (RM5), kemasukan KBG (RM 1) dan kamera DSLR (RM5). [www.frim.gov.my/ms/tarikan/pas-tiket-kemasukan/] juga dikenakan.

Harga tiket seperti berikut:
- Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
- Kakitangan FRIM: RM 8
- Warga emas: RM 10 | *RM40
- Dewasa: RM 15 | *RM 40
- Caj tambahan untuk menara 50 meter (terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10
- Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini.
Kredit:
FRIM

1 comments:

Misya berkata...

nice tapi entah bila nak gi nya. huhu. tapi macam byk pula caj nya tu ya. hehe

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!