Pages

September 16, 2020

KESIHATAN : CARA UNTUK ELAKKAN BENGKAK DIKAWASAN YANG DICUCUK DENGAN JARUM

CARA UNTUK ELAKKAN BENGKAK DIKAWASAN YANG DICUCUK DENGAN JARUM

Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih dan rakaman dekat
Gambar ini adalah bahagian lengan seorang pesakit. Jika dilihat dengan mata kasar pada bahagian tengah gambar tersebut terdapat kawasan suntikan.

Sebenarnya pesakit ini baru sahaja dicucuk untuk pengambilan darah pada pagi tadi.

Tiada kesan bengkak yang ketara dapat dilihat pada kawasan tersebut. Mesti orang tertanya kenapa kawasan tersebut tidak bengkak.

Kebanyakan daripada kita yang dicucuk untuk pengambilan darah mesti akan mengalami bengkak berwarna kebiruan pada kawasan kulit yang dicucuk.

Tetapi sebenarnya terdapat cara untuk mengelakkan bengkak tersebut daripada berlaku. Bahkan kesakitan dikawasan tersebut akan hilang dalam waktu sehari.

CARANYA ADALAH

Apabila selesai pengambilan darah, selalunya anda akan diberikan kapas untuk menghentikan pendarahan tersebut.

Apa yang kita selalu buat adalah kita biarkan sahaja kapas itu melekat dekat kawasan yang disuntik tanpa menekannya.

Ini akan menyebabkan darah keluar ke kawasan bawah kulit berdekatan tempat yang dicucuk. Inilah yang menghasilkan warna kebiruan pada kawasan tempat cucuk.

Cara mudah untuk elakkan perkara ini daripada berlaku adalah dengan melipat siku anda supaya kapas itu dapat memberi tekanan yang kuat pada bahagian suntikan tersebut. Ini akan menyebabkan pendarahan terhenti dan tiada darah beku yang terbentuk pada bawah kulit.

Maka, tiada bengkak yang berlaku dan kesakitan tersebut akan hilang dengan cepat berbanding jika bengkak tersebut ada.

Jika anda dicucuk di bahagian lain contoh dibelakang tapak tangan, maka anda perlu menekan kapas tersebut 3-5 minit untuk betul-betul memastikan pendarahan tersebut telah berhenti.

Dengan cara ini anda tidak akan mengalami
1. Bengkak yang teruk dibahagian cucuk
2. Kesakitan itu akan hilang dengan lebih cepat

Sumber : Facebook

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!