September 26, 2020

Kiamat dan Gerhana

Kiamat dan Gerhana; "Kiamat akan berlaku apabila gerhana berlaku. Nabi juga takut kalau gerhana berlaku kerana ia antara tanda-tanda kiamat akan berlaku. Satu tiupan yang manusia tidak pernah dengar. Satu bunyi yang halus dan semakin lama ia akan menjadi kuat lalu manusia seperti dalam keadan mabuk menjerit meraung sehingga gegendang telinga pecah."

"Pokok-pokok dan gunung-gunung akan tercabut daripada akarnya lalu berterbangan di langit. Langit akan terbelah dan menjadi warna kemerahan-merahan dan tiupan kedua ditiup lalu manusia yang berterbangan tadi akan jatuh bergelimpangan ditanah. Hari ini dinamakan hari ketakutan."

"Antara makhluk terakhir Allah سبحانه وتعالى cabut nyawanya pada hari kiamat ialah malaikat-malaikat muqorrobin. Antaranya malaikat jibrail, israfil, empat malaikat yang memikul arasy Allah سبحانه وتعالى dan malaikat izrail."

"Lalu malaikat izrail berkata; "Ya Allah, semua aku sudah tarik nyawa mereka. Kini, aku seorang saja yang tinggal. Lalu Allah سبحانه وتعالى memerintahkan; "Wahai Izrail, engkau cabutlah nyawa kamu sendiri. Malaikat izrail pon mencabut nyawanya. Cabutan nyawa para malaikat umpama seekor kambing yang dicincang-cincang halus."

"Kemudian setelah itu. Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Siapa lagi yang maalikiyau middin? Siapa lagi yang berkuasa? Siapa lagi? "Lalu para bidadari mnjawab lillahi wahidul kohhar; "Tiada lagi kecuali mu Wahai Allah yang esa."

"Kalau manusia mati didalam keadaan bersujud nanti, dia akan dibangkitkan didalam keadaan sujud juga. Kalau mati didalam membaca Al-Quran maka dia dibangkitkn dlm keadaan membaca quran juga. Akan tetapi, kalau dia mati didalam maksiat ketika memegang botol arak maka dia akan dibangkitkan dengan keadaan botol arak ditangannya."

"Selama lima puluh ribu tahun kita akan hidup dengan jiran kta di akhirat nnti. Sedangkan selama enam puluh tahun kita tak tahan berjiran dengan jiran yang suka membuat maksiat. Jadi mintak juga tempat yang baik-baik untuk kita dimatikan selain mintak dimatikan dengan cara baik yakni husnul khotimah."

"Allah سبحانه وتعالى akan keringkan air laut yg terbentang luas seluruh dunia ini, dengan Allah akan membuka pintu neraka sakar neraka bagi orang yang tinggal solat. Maka terus keringlah lautan dunia. Kita akan dibangkitkan ketika bumi bertukar menjadi perak langit bertukar menjadi emas. Seterusnya kita akan berjalan kaki tanpa selipar daripada malaysia ke syria."

"Ada tiga cara berjalan dipadang mahsyar. Yang pertama, berjalan kaki. Yang kedua, menunggang kenderaan binatang korban. Dan korbanlah dengan binatang korban yang besar-besar dan gemuk-gemuk. Yang ketiga, Berjalan dengan muka diseret di tanah. Ada tujuh golongan yang akan duduk dibawah naungan arasy Allah سبحانه وتعالى di padang mahsyar kelak. Yang pertama adalah ketua yang adil."

"Yang kedua, orang yang bersedekah. Yang ketiga, orang yang cinta kepada masjid. Yang keempat orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Yang kelima, org yang menitiskan air mata diwaktu sunyi mengenang dosa-dosa yg dilakukan. Yang keenam, orang yang menghafal Al-Quran. Dan yang ketujuh adalah orang yang mati syahid."

"Ada tiga golongan yang dihisab awal nanti diakhirat dan yang akan dihumbangkan ke dalam neraka. Yang pertama, adalah para alim ulamak yang mengembangkan agama Allah. Tetapi bukan ikhlas kerana Allah سبحانه وتعالى."

"Kerana manusia dan untuk memdapatkan nama sahaja. Yang kedua, adalah golongan mati syahid kerana manusia bukan ikhlas kerana Allah سبحانه وتعالى. Dan yang ketiga, golongan yang suka mnderma tetapi bukan niat kerana Allah dan mendptkan redha Allah tetapi untuk mendpatkan tempat dikalangan manusia."

"Segala kesalahan kita didalam beramal yang para ulamak tak boleh tegur ialah ikhlas. Maka kita beramal perlu mncari redha Allah. Barangsiapa yang menyebut satu ucapan tasbih subhanallah walhamdulillah walaa ilaahailallahu allahu akbar. Maka akan tumbuh satu pokok di syurga nnti. Bila dah ada pokok tu maka kita juga akan berada disitu."

"Di dalam neraka jahanam kalau dicampakkan seketul batu selama tujuh puluh tahun, batu itu tak jumpa lagi dasarnya. Neraka jahanam untuk siapa yang tak bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى. Banyakkan ingat mati. Orang yang selalu ingat mati itu, dia akan segera bertaubat, dan dia berasa cukup dengan nikmat dan apa yang dia ada."

Sumber :  Maulana Wan Helmi.


Kredit: facebook

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!