Sejak dilancarkan 22 Jun lalu, lebih 32,317 orang telah ditawarkan peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) atau dikenali PENJANA HRDF.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan ada 1,603 orang dari jumlah 30,000 ribu lebih itu adalah dari Sabah. Kalau anda nak tahu, mereka ni bukan jer dapat pekerjaan tapi mereka juga akan dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan.
Ada lagi, kos latihan pun ditanggung sepenuhnya oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB). Semua ini melalui peruntukan PENJANA sebanyak RM250 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Jun lepas.
PENJANA HRDF ini juga dilaksanakan untuk membantu menangani isu pengangguran akibat pandemik COVID-19.
Lima Skim Diperkenalkan
Melalui PENJANA HRDF ini, ada lima skim diperkenalkan iaitu
1. Latihan dan Penempatan
2. Pembangunan B40
3. Pembangunan SME
4. Revolusi Industri 4.0
5. Gerak Insan Gemilang (GIG)
Daripada lima skim ini, ada dua skim yang memberi tumpuan kepada hasil penempatan pekerjaan dan juga penjanaan peluang pendapatan.
Sekurang-kurangnya pelatih akan mengambil masa 12 bulan untuk memberi jaminan penempatan pekerjaan kepada mereka bagi Skim Latihan dan Penempatan. Okay lah kan, so tak adalah pengangguran buat mereka. Yang ini untuk skim pertama.
Untuk yang kedua pulak iaitu skim Gerak Insan Gemilang (GIG) ini membolehkan pelatih menceburi serta menjana pendapatan dalam sektor ekonomi setelah menamatkan latihan. Saravanan juga berkata, ada 20 orang mewakili 1,600 warga Sabah dah pun dapat tawaran pekerjaan.
Mereka yang berjaya ini akan mula bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan kadar gaji bermula antara RM1,800 dan RM7,000 sebulan.
Sumber Rotikaya
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!