Lirik Lagu Karma Cinta - Andra Respati

Karma Cinta - Andra Respati

Kutuang rasa hanya untukmu
Didalam hati tiada meragu
Padamu kasih ku titip rindu
Jagalah kasih sepanjang harimu

Seiring waktu detik berlalu
Aku kau sayang dia kau madu
Salah menduga baik hatimu
Ternyata dusta dalam dirimu

Salah menduga baik hatimu
Ternyata dusta dalam dirimu

Ku buang rasa 
impian dan harapan
Hidup bersamamu 
tak mungkin ku teruskan

Ku iklaskan semua
Walau hati terluka
sesal ku merindu
Pada orang yang salah

Deraian air mata
Biarku hapu sendiri
Tunggulah karama cinta
Mengadili

Seiring waktu detik berlalu
Aku kau sayang dia kau madu
Salah menduga baik hatimu
Ternyata dusta dalam dirimu

Salah menduga baik hatimu
Ternyata dusta dalam dirimu

Ku buang rasa 
impian dan harapan
Hidup bersamamu 
tak mungkin ku teruskan

Ku iklaskan semua
Walau hati terluka
sesal ku merindu
Pada orang yang salah

Deraian air mata
Biarku hapu sendiri
Tunggulah karama cinta
Mengadili

https://youtu.be/_WTl52tma4Q


Drama Ryan Aralyn lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose (TV3)

Drama Ryan Aralyn lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose disiarkan di TV3, Isnin hingga Jumaat, 7:00 malam bermula 25 September 2020.

Ost Drama Ryan Aralyn

SINOPSIS RYAN ARALYN

Kesusahan Ryan dalam menjaga nenek Salmah, Amir dan perangai Hanis yang keras kepala. Ryan ada pendirian, walaupun dia orang susah, dia tetap tahu membezakan halal dan haram. Hanis balik rumah malam, dia keluarkan ‘pregnancy test’. Dia positif mengandung, dia resah.

Entah Apa - Sarah Suhairi & Aepul Roza

Entah Apa - Sarah Suhairi & Aepul Roza

Berikan aku waktu
Untuk aku ceritakan
Apa rasanya hati ini
Kau tinggalkan perlahan

Berikan aku raung
untuk aku meluahkan
rasa yang mendalam

Rasa yang takkan pernah
kau faham

Entah apa lagi harus ku cuba
untuk memiliki seluruh hatimu
seluruh cintamu

Entah bila akan aku temukan
semua bahagia 
walau bukan dengan kamu
walau perit harus ku lepaskan

Haruman ini melemparku pergi
kembali pada bila
ku cuba melepaskan semua

Entah apa lagi harus ku cuba
untuk memiliki seluruh hatimu
seluruh cintamu

Entah bila akan aku temukan
semua bahagia 
walau bukan dengan kamu
walau perit harus ku lepaskan

Berikan aku waktu
untuk aku meluahkan 
apa rasanya hati ini
yang kau bunuh perlahan

Filem Kelaster lakonan Azhan Rani, Nora Danish, Achey dan Meerqeen (Astro First)

Filem Kelaster lakonan Azhan Rani, Nora Danish, Achey dan Meerqeen ditayangkankan mulai 24 September 2020 di Astro First saluran 480.

SINOPSIS KELASTER

Kelaster adalah sebuah kisah seram tentang bagaimana tiga orang pelajar yang terperangkap di kolej kediaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Dua pelajar lelaki Usop dan Zul terpaksa menemani Ain, yang bersendirian sehingga terpaksa mencari bantuan di asrama lelaki. Tragedi pelik mula berlaku apabila mereka cuba mendapatkan bantuan untuk Ain. 

Keadaan bertambah rumit selepas Usop dan Zul berkongsi kisah mengenai gangguan hantu serta makhluk halus yang pernah mereka lalui. Tiba giliran Ain untuk kongsikan pengalamannya, Ain terus menghilangkan diri. Usop dan Zul segera mencari Ain dan ketika di temui, Ain sedang berada di dalam Bas berdekatan dengan Kolej mereka. Di situlah segala misteri dan rahsia gangguan yang mereka bertiga alami terungkai.

Telefilem Gangguan Psiko Stalker lakonan Shalma Eliana dan Ismail Izzani (Astro)

Telefilem 'Gangguan Psiko Stalker' lakonan Shalma Eliana dan Ismail Izzani adaptasi novel Ganggu karya Ayumi Syafiqah akan ditayangkan pada Sabtu ini, 26 September 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.

SINOPSIS GANGGUAN PSIKO STALKER

Mikayla menghadapi tekanan yang sangat hebat setelah satu demi satu ahli keluarga dan sahabatnya mati di depan matanya. Z sentiasa ada untuk menghapuskan mereka yang bersifat jahat kepada Mikayla.

Kiamat dan Gerhana

Kiamat dan Gerhana; "Kiamat akan berlaku apabila gerhana berlaku. Nabi juga takut kalau gerhana berlaku kerana ia antara tanda-tanda kiamat akan berlaku. Satu tiupan yang manusia tidak pernah dengar. Satu bunyi yang halus dan semakin lama ia akan menjadi kuat lalu manusia seperti dalam keadan mabuk menjerit meraung sehingga gegendang telinga pecah."

"Pokok-pokok dan gunung-gunung akan tercabut daripada akarnya lalu berterbangan di langit. Langit akan terbelah dan menjadi warna kemerahan-merahan dan tiupan kedua ditiup lalu manusia yang berterbangan tadi akan jatuh bergelimpangan ditanah. Hari ini dinamakan hari ketakutan."

"Antara makhluk terakhir Allah سبحانه وتعالى cabut nyawanya pada hari kiamat ialah malaikat-malaikat muqorrobin. Antaranya malaikat jibrail, israfil, empat malaikat yang memikul arasy Allah سبحانه وتعالى dan malaikat izrail."

"Lalu malaikat izrail berkata; "Ya Allah, semua aku sudah tarik nyawa mereka. Kini, aku seorang saja yang tinggal. Lalu Allah سبحانه وتعالى memerintahkan; "Wahai Izrail, engkau cabutlah nyawa kamu sendiri. Malaikat izrail pon mencabut nyawanya. Cabutan nyawa para malaikat umpama seekor kambing yang dicincang-cincang halus."

"Kemudian setelah itu. Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Siapa lagi yang maalikiyau middin? Siapa lagi yang berkuasa? Siapa lagi? "Lalu para bidadari mnjawab lillahi wahidul kohhar; "Tiada lagi kecuali mu Wahai Allah yang esa."

"Kalau manusia mati didalam keadaan bersujud nanti, dia akan dibangkitkan didalam keadaan sujud juga. Kalau mati didalam membaca Al-Quran maka dia dibangkitkn dlm keadaan membaca quran juga. Akan tetapi, kalau dia mati didalam maksiat ketika memegang botol arak maka dia akan dibangkitkan dengan keadaan botol arak ditangannya."

"Selama lima puluh ribu tahun kita akan hidup dengan jiran kta di akhirat nnti. Sedangkan selama enam puluh tahun kita tak tahan berjiran dengan jiran yang suka membuat maksiat. Jadi mintak juga tempat yang baik-baik untuk kita dimatikan selain mintak dimatikan dengan cara baik yakni husnul khotimah."

"Allah سبحانه وتعالى akan keringkan air laut yg terbentang luas seluruh dunia ini, dengan Allah akan membuka pintu neraka sakar neraka bagi orang yang tinggal solat. Maka terus keringlah lautan dunia. Kita akan dibangkitkan ketika bumi bertukar menjadi perak langit bertukar menjadi emas. Seterusnya kita akan berjalan kaki tanpa selipar daripada malaysia ke syria."

"Ada tiga cara berjalan dipadang mahsyar. Yang pertama, berjalan kaki. Yang kedua, menunggang kenderaan binatang korban. Dan korbanlah dengan binatang korban yang besar-besar dan gemuk-gemuk. Yang ketiga, Berjalan dengan muka diseret di tanah. Ada tujuh golongan yang akan duduk dibawah naungan arasy Allah سبحانه وتعالى di padang mahsyar kelak. Yang pertama adalah ketua yang adil."

"Yang kedua, orang yang bersedekah. Yang ketiga, orang yang cinta kepada masjid. Yang keempat orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Yang kelima, org yang menitiskan air mata diwaktu sunyi mengenang dosa-dosa yg dilakukan. Yang keenam, orang yang menghafal Al-Quran. Dan yang ketujuh adalah orang yang mati syahid."

"Ada tiga golongan yang dihisab awal nanti diakhirat dan yang akan dihumbangkan ke dalam neraka. Yang pertama, adalah para alim ulamak yang mengembangkan agama Allah. Tetapi bukan ikhlas kerana Allah سبحانه وتعالى."

"Kerana manusia dan untuk memdapatkan nama sahaja. Yang kedua, adalah golongan mati syahid kerana manusia bukan ikhlas kerana Allah سبحانه وتعالى. Dan yang ketiga, golongan yang suka mnderma tetapi bukan niat kerana Allah dan mendptkan redha Allah tetapi untuk mendpatkan tempat dikalangan manusia."

"Segala kesalahan kita didalam beramal yang para ulamak tak boleh tegur ialah ikhlas. Maka kita beramal perlu mncari redha Allah. Barangsiapa yang menyebut satu ucapan tasbih subhanallah walhamdulillah walaa ilaahailallahu allahu akbar. Maka akan tumbuh satu pokok di syurga nnti. Bila dah ada pokok tu maka kita juga akan berada disitu."

"Di dalam neraka jahanam kalau dicampakkan seketul batu selama tujuh puluh tahun, batu itu tak jumpa lagi dasarnya. Neraka jahanam untuk siapa yang tak bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى. Banyakkan ingat mati. Orang yang selalu ingat mati itu, dia akan segera bertaubat, dan dia berasa cukup dengan nikmat dan apa yang dia ada."

Sumber :  Maulana Wan Helmi.


Kredit: facebook

Nafkah

"Kalau kau bagi kat isteri kau RM300 sebulan, kat mak kau kena bagi RM500. Mak yang melahirkan kau, jadi mak tak boleh dapat sama nilai macam isteri kau dapat."

Nilai berapa ringgit seorang anak perlu beri pada orang tuanya bukan ditentukan oleh orang tuanya. Tetapi kemampuan anak.

Zaman sekarang ini, ramai sebenarnya yang tidak faham akan turutan menafkahi. Bila tak faham, maka dia akan rasa terbeban dalam menjadi seorang suami dan juga seorang anak. Ditambah dengan pendapatan yang cukup makan, maka dia rasa tertekan untuk memenuhi tuntutan.

Takkan nak bangkang dan lawan cakap mak? Nanti jadi anak derhaka pula. Maka dikurangkan pemberian kepada isteri atau tidak diberi langsung kepada isteri sebab nak beri sepenuhnya kepada mak.

Boleh ke tak? Boleh selagi isteri redha, selagi dia tidak menuntut dan selagi dia boleh cari duit sendiri untuk beli kelengkapan diri.

Jika melebihkan orang tua sehingga menganiaya isteri dan anak-anak?

Maka belajar dan ikutlah semula aturan menafkahi bagi seorang suami. Bermula dengan diri sendiri, isteri, anak-anak, bapa kemudian mak. Suami wajib memastikan keperluan dirinya sendiri mencukupi sebelum membelanjakan duitnya kepada orang lain. Bayar hutang, bayar bil utiliti, bayar yuran anak, bayar roadtax dan insurans kereta, beli barang dapur, penuhkan keperluan-keperluan yang wajib ada untuk isteri guna dan anak-anak makan.

Jika ada lebih, baru beri kepada orang tua.

Namun adalah lebih baik sekiranya kita mampu untuk mengawal perbelanjaan diri sendiri dan perbelanjaan keluarga supaya setiap bulan kita dapat mengasingkan satu nilai yang mampu diberi kepada orang tua kita. Tak terlalu banyak sehingga membebankan diri dan tak terlalu sedikit sehingga tak dapat digunakan orang tua.

Ingat, kita masih ada adik-beradik yang lain.

Maka, jangan letak tanggungjawab memberi duit itu sepenuhnya ke atas diri kita seorang sahaja. Kita perlu mencari persetujuan bersama dengan adik-beradik yang lain tentang perkara ini. Kumpulkan duit adik beradik dan bagi pada orang tua untuk kegunaan harian mereka.

Bagi yang tidak mampu memberi, boleh balik ke kampung, tolong buat kerja rumah, kemas rumah mereka, uruskan diri mereka, bawa mereka keluar makan, keluar jalan-jalan dan gembirakan mereka. Pendek kata, berbakti dengan kudrat jika tidak mampu dengan harta benda.

Akhir kalam, isu duit ini merupakan satu isu yang sensitif. Baik di pihak orang tua mahupun isteri. Ikut fitrah, ikut ketetapan dan teruskanlah berusaha mencari rezeki yang halal untuk membahagiakan orang di sekeliling kita.

Semoga kita dimurahkan rezeki. AMIN... 🙏😊

Sumber: Firdaus Shakirin


Kredit : facebook

Jika Ini Takdirnya - Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

Jika Ini Takdirnya - Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

Bicara hatiku
Ini takkan mampu
Melepaskanmu dari genggamanku
Meracuniku kerna kau 'kan pergi
Hujan yang menyentuh
Hingga ku dengarkan
Hanya kamu yang aku cintai
Dan membawaku berpaling darimu
Biar hanya ku
Yang tahu pedihnya
Kisah cinta kita
Yang di putar masa
Detik yang larut mencuba
Untuk merubah takdir kita
Namun kita takkan bisa bersama
Hanya cintaku menusuk jantungku ini
Hingga rasaku memilih hatimu
Hoo-hoo-hoo
Hujan yang menyentuh
Hingga ku dengarkan
Hanya kamu yang aku cintai
Dan membawaku berpaling darimu
Rasaku terpalit dengan katamu
Angin lebur di jiwaku
Rasa hatiku kian merapuh
Biar hanya ku (Biar hanya ku)
Yang tahu pedihnya (Pedihnya)
Kisah cinta kita
Yang di putar masa
Detik yang larut mencuba
Untuk merubah takdir kita
Namun kita takkan bisa bersama

Biar Saja - Azzam Sham


Biar Saja - Azzam Sham

Hancur terus hancur
Segala impian telah kau musnahkan
Segala harapanku
Andai mampu ku putarkan waktu
Takkan sekali ku percayakan bicaramu
Pergilah biar saja hatiku terluka
Mencintai walau kau berdusta
Mencintaimu sepenuh jiwaku
Sempurna terbina
Ikatan yang bah'gia telah kau
Musnahkan segala cinta ini
Pergilah biar saja hatiku terluka
Mencintai walau kau berdusta
Mencintaimu sepenuh jiwaku
Pergilah dengan mudah hati kau berubah
Mencintai walau kau berdusta
Mencintaimu sepenuh jiwaku
Hilang yang terindah
Walau seketika
Aku mencinta kamu
Dan dengan rela aku mendoakan
Kau bahagia...
Kau bahagia...
Kau bahagia...
Kau bahagia...
Aku hancur...

Maksud spiritual ucapan salam 'namaste'

 


'Namaste' adalah cara memberi salam yang menjadi identiti budaya bangsa India. Kadang kala  'namaskar' atau 'namaskaram', ia diucapkan bersama tapak tangan terbuka yang ditemukan, rapat ke dada dengan badan atau kepala sedikit ditundukkan.

Dalam dunia moden, umum memahaminya sama seperti ucapan 'hello' atau 'hai'. Sebenarnya ia adalah satu cara ucap salam yang sangat dalam maknanya, membawa falsafah hubungan rohani antara manusia dan tuhan.

Ia berakar daripada Añjali Mudrā, isyarat tangan yang mewakili simbol hormat. Dalam bahasa Sanskrit, Añjali itu sendiri bererti 'penyerahan diri', 'puja', dan 'meraikan'. Mudrā pula ertinya 'tanda' atau 'pemeteraian'. 

Pertemuan antara dua tapak tangan kiri dan kanan membawa makna penyatuan antara hemisfera otak kiri dengan kanan. Ia satu simbolik kepada hubungan antara manusia dengan zat pencipta dalam segala benda di dunia ini.

'Namaste' berasal daripada gabungan perkataan Sanskrit namas dan te. Terma namas adalah daripada dua perkataan, iaitu na yang bererti 'bukan' dan mamah yang bermaksud 'aku' atau 'kepunyaanku'. Dalam erti kata lain, ia frasa pengakuan ketiadaan diri melainkan tuhan. Dalam era kontemporari, namas difahami secara ringkas maksudnya iaitu 'tunduk' atau 'hormat', sementara te bererti 'kepada kamu'.

Frasa ucapan salam ini menjunjung makna rohani yang mencerminkan kepercayaan bahawa 'diri dan tuhan adalah sama dalam aku dan kamu', bererti 'aku tunduk kepada tuhan dalam kamu'. Dalam erti kata lain, 'kesucian dalam aku mengiktiraf kesucian dalam kamu'.

Malah, cara ucap salam dengan dua tangan terbuka ditemukan  yang juga diamalkan di kebanyakan negara Asia Timur ini sebenarnya jauh lebih bertamadun dan bersih daripada berjabat tangan yang menjadi kebiasaan dalam budaya majoriti hari ini.

Dikatakan amalan berjabat tangan bermula di Barat, dipercayai seawal kurun ke-5 Sebelum Masihi dalam tamadun Greek purba. Ia terlahir daripada sifat prasangka, yang mahu mengesahkan sama ada orang yang didepaninya itu membawa senjata atau tidak.

Asalnya berjabat tangan juga dikatakan dilakukan dengan kedua-dua subjek saling menggengam pergelangan tangan satu dengan lain, sebagai langkah memeriksa sekiranya ada senjata seperti pisau disembunyikan di tangan masing-masing.

Budaya salam 'namaste' lahir daripada penerimaan antara satu manusia dengan manusia yang lain, zahir dan batinnya. Nyata orang Timur menjalani kehidupan atas dasar hormat sejak permulaan masa, berbanding Barat yang sentiasa berada dalam syak wasangka.

Bukan ajak kalian jadi penganut Hindu, tetapi memahami falsafahnya. Tuhan yang mereka puja memang lain daripada tuhan yang kita sembah. Tapi tidakkah memang hanya ada satu tuhan yang menciptakan segala di langit dan di bumi ini, cuma cara 'melihat'nya sahaja berbeza?

*Sumber: Wikipedia, Deep English


Setiap hari, kucing ini akan ziarah kubur tuannya


Siapa kata kucing tak bijak dan tiada perasaan kasih sayang terhadap tuannya? 

Ini kisah kucing yang diberi nama Nana yang membuktikan kucing juga mampu mencintai kita tanpa syarat dan sangat setia kepada tuannya.

Walaupun tuannya sudah meninggal dunia, dua tahun lalu, setiap hari selama dua tahun, kasih sayang dan kesetiaan Nana dapat dilihat apabila menziarah kubur arwah tuannya setiap pagi.

Kisah Nana itu dikongsikan di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia oleh Hazlynn Nozi yang merupakan anak kepada arwah.

Foto: Hazlynn Nozi

"Tiap pagi Nana balik rumah untuk minta makanan, kaki basah-basah kena embun sebab baru balik dari kubur. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua, berbuat baik lah walaupun pada seekor kucing," kata Hazlynn di entri tersebut.

Menurut Hazlynn, arwah bapanya yang pernah bekerja sebagai guru memang sayangkan kucing, namun hubungannya dengan Nana sangat rapat dan istimewa berbanding dengan kucing lain.

Katanya, arwah selalu akan memberi makan kepada Nana, sebelum dia pergi ke masjid setiap pagi. 

Nana pun sering mengikutinya ke masjid dan menunggu sehingga arwah habis menunaikan solat, sebelum mereka pulang ke rumah bersama-sama.

Apabila arwah meninggal dunia, Nana yang sampai dulu ke tanah perkuburan yang terletak di sebelah masjid, bersebelahan dengan rumah keluarga mereka di Kelantan.

Foto: Facebook Hazlynn Nozi

Sehingga ke hari ini, dua tahun selepas kematian arwah, setiap hari Nana akan menjenguk kubur ayahnya itu dan kata Hazlynn, kucing itu hanya akan duduk atau tidur di tepi kubur.

Nana juga pernah dilihat tidur di tempat arwah berehat ketika masih hidup, seperti di buaian atau di atas kereta arwah.

Walaupun jarang kita dengar hubungan seperti itu wujud di antara kucing dengan manusia, namun cerita Nana ini sungguh mencuit hati. 

Ia terbukti haiwan juga mempunyai perasaan, jadi jangan lah kejam kepada makhluk ciptaan Tuhan.

Fakta: Nana berusia enam tahun, adalah kucing jantan.