Lirik Lagu Cinta Dilamar Harta – G.E.T

Bicara sebaris terhenti seketika
Di kala bibir masih memuja
Cinta dibayangkan indah
Kini dihina
Berbagai nista
Kerana harta

Asmara
Gelora terhenti menggila
Di usung kaku
Lalu membisu
Aku yang masih tak mengerti
Cinta sendiri
Ke mana haluan tanpa penghinaan
Yang kau berikan

Sungguh ku takkan lagi mengerti
Anugerah yang diberi menyiksa diri

Bila cinta dilamar harta
Aku yang lebih tersiksa
Takkan bisa menandingi
Harga cinta yang murni
Sejati

Oh.. oh.. oh

Bagai mengisi kehendak dunia
Ketulusan telah tiada

GOOGLE/KOSMO: Wanita ‘cyborg’ pertama di dunia

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang wanita di California menerima pengiktirafan Guinness World Records selepas menanam 52 cip logam di bawah kulitnya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Fungsi 52 implan cip yang ditanam Anastasia Synn, 52, termasuk untuk membuka kunci rumah, mencari objek logam, membuat panggilan telefon dan melakukan pertunjukan silap mata.

Synn ialah ahli silap mata, pelakon lagak ngeri dan ‘biohacker’ iaitu seseorang yang membuat perubahan pada badannya  menggunakan teknologi untuk menjadikan hidup lebih mudah.

“Saya secara rasmi mengumumkan bahawa saya adalah manusia paling banyak mempunyai implan di dunia. Memandangkan rekod ini adalah yang pertama, mereka (Guinness World Records) terpaksa mencipta kategori rekod baharu,” katanya.

Prosedur implan yang dilakukan Synn termasuk magnet terbesar pernah ditanam dalam badan manusia serta magnet pemancar bunyi yang ditanam dalam tragus telinganya.

Implan yang paling kerap digunakan Synn ialah cip di tangan untuk membuka pintu rumahnya. 

Kira-kira separuh daripada implan dimilikinya adalah mikrocip yang ditanam untuk meningkatkan deria dan kebolehan diri seperti membuka kunci dan menghidupkan komputer.

Cip-cip selebihnya adalah bersifat magnetik dan memberinya ‘deria’ keenam seperti merasakan wayar hidup di sebalik dinding dan menentukan sama ada kotak kuasa menerima kuasa atau tidak.

“Saya boleh memberitahu anda jika ketuhar gelombang mikro anda mengeluarkan terlalu banyak radiasi,  tangan saya akan bergetar. Saya juga boleh mencari anting-anting seseorang yang hilang,” katanya. – AGENSI

GOOGLE KOSMO

Ai Team Subscribers: November 11 2023

 [ channel - subscriber - date joined]


ALIEFF IRFAN - 5.17m - 06/08/2016
BELLESTRELLE - 1.3m - 09/12/2017

***
AI TEAM  - 523k - 19/04/2014
AI ENTERTAINMENT  - 357k - 24/01/2023
AI MUKBANG - 210k - 17/01/2023
AI GARAGE - 256k - 28/05/2023

***
  1. El Riss - 774k - 01/01/2020 
  2. Aniq - 755k - 17/12/2021
  3. Boyraa - 714k - 16/12/2021
  4. Shahrul Niezam - 568k - 18/12/2021
  5. Fiera - 520k - 25/08/2022
  6. Mimi - 512k - 07/06/2022
  7. Laming - 509k - 26/01/2019
  8. Sulong - 495k - 30/12/2021
  9. Aiman Noah - 486k - 22/12/2021
  10. Afiq Jefri - 394k - 28/03/2020
  11. Isya - 343k - 24/01/2023
  12. Kekanda- 277k - 09/03/2023
  13. Syahmie - 206k - 16/03/2023
  14. Nazrul- 196k - 31/10/2017
  15. Fatin Razali - 188k - 12/04/2023
  16. Faridah - 184k - 09/03/2023
  17. Areesa - 166k - 09/03/2023
  18. Manis - 162k - 09/03/2023
  19. Madkhan - 150k - 28/04/2023
  20. Nisa  - 142k- 11/04/2023
  21. Ayra - 133k - 09/03/2023
  22. Pieya - 128k - 09/03/2023
  23. Hafiz Hakim - 119k - 16/03/2023
  24. Atiqah - 115k - 09/03/2023
  25. Emny Emyra - 114k - 29/04/2023
  26. Aufar - 94.4k - 02/05/2023
  27. Adam Nazri - 89.4k - 09/05/2023
  28. Lukman Musa - 87.3k - 15/06/2023
  29. Safwan - 82.2k - 28/04/2023
  30. Paih Geram - 79.6k - 16/03/2023
  31. Yana - 27.4k - 15/06/2023
***
Alam Alisya Channel - 247k - 13/12/2019
JR Family - 173k - 04/02/2023
Fatiya Rafi - 70.9k - 09/07/2023
Nisaa & Family - 38.6k - 11/06/2023
Malik Is Back - 9.1k - 08/26/2020
K and K - 4.09k - 09/06/2023

Update _ 11/11/2023

Lirik Lagu Hentikan Alasanmu - Utama

Album: Utama
Tahun: 1997


Bukan sang bayu kini berpatah arah
Bukan sang mentari memanah resah
Usah kau paksa semua padamu pasrah
Walau tak tiris kau genggam khazanah dunia

Biar hidup berpupuk bayu bertaut
Biarlah suria membakar ke dasar laut
Pasti rindumu tak mungkinkan larut
Andai kasih yang kau semai semakin surut

( 1 )
Walau berlimpah sumpah kasih kau curah
Tak bermakna jika hanya mainan hampa dibibir saja
Melingkar bicara dusta biasan hasrat penuh pesona

( 2 )
Cerminlah hasratmu teman
Putarkan gambar amalan
Hentikan semua liar persoalan
Yang kau taburkan sebagai alasan

( 3 )
Luruskan coretan fikiran
Remangkan paksi keimanan
Leraikan desakan sunyi perasaan
Yang menikam kedasar keyakinan

( ♪ ♪ ♪ )

( ulang 1, 2, 3 )

Hanya kau tewas dalam menentang hasrat
Belum apa yang kau khayalkan syurga
Dayunglah ke muara dengan penuh tabah
Pastinya kau kan tiba kepangkuanNya
KepangkuanNya... KepangkuanNya...



November 11 2023: Bismillahirrahmanirrahim

ارزقنا، وقرب لنا من الخير، وابعد عنا الشر، واقض لنا حاجاتنا في الدين والدنيا والآخرة

Ya Allah, rezekilah kami, dekatkan kami kepada kebaikan, jauhkan kejahatan dari kami, dan penuhilah keperluan kami dalam agama, dunia, dan akhirat.


Resepi Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan

Resepi Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan 





Bahan-bahannya:-


  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan minyak masak
  • Sedikit esen vanilla

Bahan topping :

  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • Cip coklat @ coklat rice secukupnya

Cara Buat Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan

imej Cara Buat Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan
imej Cara Membuat Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan (cupcake coklat moist kukus sukatan cawan recipes)

Cara buat cupcake coklat kukus homemade pada resep cupcake coklat moist kukus sukatan cawan viral kami senaraikan dibawah ini,

  1. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ayak semua bahan.
  2. Dalam bekas berlainan, pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan menjadi putih. ( jika tiada pemukul, boleh guna blender.)
  3. Tambahkan susu pekat manis. Pukul @ kisar lagi.
  4. Masukkan campuran tepung dan pukul @ kisar lagi hingga sebati.
  5. Tambahkan minyak masak dan esen vanilla. Kisar sekejap.
  6. Tuang adunan ke dalam bekas lain dan masukkan air panas, Gaul guna senduk sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
  7. Tuang adunan ke dalam cawan kertas. Panaskan periuk kukusan hingga naik wap dan kukus kek selama 15 minit.

Langkah untuk cara memasak topping :

  1. Satukan serbuk koko, susu dan minyak masak. Sebatikan.
  2. Masak guna kaedah double boil sehingga warna koko nampak berkilat. ( guna api kecil dan pastikan air mendidih terlebih dahulu).
  3. Bila kek telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dituang topping pada Resepi Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan.
  4. Kek ini juga enak jika dimakan tanpa topping.

Nota (Resepi Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan)

Resepi Cupcake Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan – Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk resepi cupcake coklat kukus moist sukatan cawan dibawah ini:

  • Pastikan air dalam pengukus sentiasa mendidih semasa proses pengukusan. Periksa kelembapan dalam ketuhar kukus dan pastikan suhu kukusan adalah konsisten.
  • Gunakan tusuk gigi atau lidi kecil untuk menguji kematangan. Cupcake siap jika tusuk gigi keluar bersih tanpa sebarang adunan yang melekat.
  • Gunakan bekas cupcake yang berkualiti dan lapik dengan mangkuk kertas cupcake untuk memudahkan proses mengeluarkan cupcake daripada bekas.
  • Selepas cupcake sejuk, taburkan hiasan seperti gula aising, serpihan coklat, atau buah-buahan ke atasnya untuk memberi rupa yang menarik.
  • Simpan cupcake dalam bekas kedap udara untuk memastikan kelembapan dipertahankan. Selamat mencuba coklat cupcake moist resepi viral !

Bacaan Doa Selepas Solat dalam Rumi dan maksudnya...

Bacaan Doa Selepas Solat dalam Rumi

Bismillahirrohmanirrohim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in,

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan,

Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah,

robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab,

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksud Bacaan Doa di Atas

“DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG. SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM. SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD YANG SEMULIA-MULIA PESURUH-NYA, SERTA KE ATAS KELUARGA DAN SEKALIAN SAHABAT-SAHABATNYA.

YA ALLAH! HIDUPKANLAH KAMI DENGAN IMAN DAN MATIKANLAH KAMI DENGAN IMAN, SERTA MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGA BERSAMA-SAMA IMAN. YA ALLAH! AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KAMI DAN DOSA-DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI.

KASIHANILAH KEDUA IBUBAPA KAMI SEPERTIMANA MEREKA BERDUA MENGASIHANI KAMI SEWAKTU KAMI MASIH KECIL. YA ALLAH! AKHIRILAH UMUR KAMI DENGAN KESUDAHAN YANG BAIK DAN JANGANLAH ENGKAU AKHIRI UMUR KAMI DENGAN KESUDAHAN YANG TIDAK BAIK.

YA ALLAH! JANGANLAH KIRANYA ENGKAU PESONGKAN IMAN KAMI SESUDAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI PETUNJUK. ANUGERAHILAH KAMI RAHMAT KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGURNIA.

WAHAI TUHAN KAMI, KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT. PELIHARALAH KAMI DARIPADA AZAB NERAKA. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT DAN SEJAHTERA KE ATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD DAN KE ATAS SELURUH KELUARGA SERTA SAHABAT-SAHABAT BAGINDA. SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN PENTADBIR SELURUH ALAM.“

November 08 2023 : Bismillahirrahmanirrahim

 Bismillahirrahmanirrahim


Wahai Tuhan kami !

Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan

yang berat sebagaimana

yang telah Engkau bebankan

kepada orang-orang yang

terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami!

Janganlah Engkau pikulkan

kepada kami apa yang kami

tidak terdaya memikulnya.

Dan maafkanlah kesalahan

kami, serta ampunkanlah

dosa kami,dan berilah

rahmat kepada kami.

Surah al- baqarah : 286


Aamiin Ya Rabbal Aalamiin




Tetapi...

Kita pohon kekuatan,tetapi ALLAH beri kesulitan untuk menjadikan kita kuat.Kita pohon keteguhan hati,tetapi ALLAH beri masalah untuk diatasi.Kita pohon keyakinan,tetapi ALLAH beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.Kita pohon cinta,ALLAH berikan insan yang tulus untuk didampingi.Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini,namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan...

bolehkah solat ketika azan?

mengerjakan solat ketika azan berkumandang adalah sah kerana itu merupakan tanda telah masuk waktu. Namun lebih afdal sekiranya menunggu sehingga habis azan. google

syarat sah menunaikan solat adalah suci daripada hadas, najis, menutup aurat, masuk dan mengadap kiblat. sumber

doa ketika hujan lebat

“Allahumma hawalaina wala 'alaina. Allahumma 'alal akami wa adhirabi, wa buthunil auwdiyati, wamanabitisyajari.”

Semoga rezeki kita semua dari setiap sudut sederas limpahan hujan yang turun.

Doa Ketika Hujan


Bismillahirrahmanirrahim

YA ALLAH,
Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Merancang,
berikan aku rezeki seluas langitMU,
rezeki yang berkat,
Rezeki yang tak pernah putus seperti air zamzam,
rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti mana air zamzam MU yang bertebaran di seluruh dunia,
rezeki yang tak pernah putus,
rezeki yang membawa kebaikan,
rezeki yang membawaku ke syurgaMU,
rezeki yang tak di sangka-sangka,
rezeki yang menjangkau akal fikiran,
rezeki yang membawa aku, pasangan ku, ibubapa, keluarga, sahabat, guru² & kenalan aku ke syurgaMU

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

ayah angkat

terima kasih ayah

walaupun adik sekadar menumpang kasih ayah angkat

ayah baik sangat-sangat

walaupun dari mata kasar seperti ayah tak ambil berat tentang adik

tapi ayah sayang adik dalam diam

terima kasih ayah

hanya Allah swt mampu membalas segalanya...

Can you understand my silence?

Berdiam diri bukan bermakna melupakan. 
Menjauh bukan bermakna membenci. 
Menghilang tidak bereerti memutuskan sesebuah hubungan. 
Tetapi berdiam diri adalah untuk menenangkan diri, menjauh pula untuk menguji hati. 
Menghilang pulak untuk menilai erti sebuah ikatan yang terjalin.
It is true that life could be meaningless if we are alone. 
Tapi dalam satu titik, kita perlu satu ruang bersendirian untuk menilai di mana silap, apakah cara terbaik untuk sesebuah hubungan.



Surah Al-Ankabut ayat 45

 Semakin kita menambah usia, kekuatan fizikal dan indera kita akan semakin menurun. Namun hal ini berlaku kerana Allah sedang mendidik kita untuk lebih fokus kepada akhirat.


Mata hati yang bersih akan mampu melihat keindahan syurga dan kengerian neraka di akhirat nanti. Firman Allah SWT:

وَاتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Wattlu mā ūḥiya ilaika mina l-kitābi wa aqimiṣ-ṣalāh, innaṣ-ṣalāha tanhá 'anil fahsyā'i wal munkar, wa lādhikrul-Lāhi akbar, wal-Lāhu ya'lamu mā taṣna'ūn

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut: 45)

Maka marilah kita manfaatkan masa tua ini untuk beribadah kepada Allah dan membekalkan diri dengan amal soleh. Semoga Allah memberkati usia senja kita dengan iman dan hikmah yang semakin matang.

Wadah Terkini