Balut
Balut
Akhir sekali, SK ingin ketengahkan satu perkataan yang menarik. Balut. Hari ini, kita tahu 'balut' merupakan satu perbuatan membungkus. Tahukah anda? Perkataan balut suatu ketika dahulu membawa maksud yang sangat berbeza, iaitu bengkak, sembab kerana menangis. Perkataan ini boleh dilihat penggunaannya dalam Syair Madhi di halaman 15.
Sungguhpun ia berkusut-kusut,
Cantiknya manis lemah lembut,
Bekas menangis matanya balut,
Kulitnya halus seperti umbut.
Nyedar
Nyedar
Bunyi macam penggunaan dialek sesetengah tempat, kan? Sebenarnya, perkataan ini bukan dialek mahupun loghat, ia merupakan perkataan Melayu klasik yang membawa maksud nyenyak atau lena. Dalam Hikayat Bakhtiar, perkataan nyedar digunakan di halaman 186 seperti contoh ini.
Maka ia pun tidurlah terlalu nyedar, makan dibangkitlah Raja Yaman dengan perlahan-lahan
Ai Team Subscribers: Februari 28 2025
- El Riss - 1.03m - 01/01/2020
- Aniq - 926k - 17/12/2021
- Boyraa - 886k - 16/12/2021
- Shahrul Niezam - 728k - 18/12/2021
- Fiera - 697k - 25/08/2022
- Nazrul- 645k - 31/10/2017
- Aiman Noah - 624k - 22/12/2021
- Sulong - 597k - 30/12/2021
- Kekanda- 591k - 09/03/2023
- Syahmie - 498k - 16/03/2023
- Afiq Jefri - 493k - 28/03/2020
- Isya - 445k - 24/01/2023
- Emny Emyra - 394k - 29/04/2023
- Areesa - 327k - 09/03/2023
- Pieya - 325k - 09/03/2023
- Nisa - 322k- 11/04/2023
- Ayra - 319k - 09/03/2023
- Madkhan - 318k - 28/04/2023
- Fatin Razali - 315k - 12/04/2023
- Hafiz Hakim - 310k - 16/03/2023
- Lukman Musa - 288k - 15/06/2023
- Safwan - 281k - 28/04/2023
- Adam Nazri - 278k - 09/05/2023
- Paih Geram - 277k - 16/03/2023
- Aufar - 265k - 02/05/2023
- Faridah - 249k - 04/16/2024
- Rina - 247k - 05/08/2020
- Atiqah - 239k - 09/03/2023
- Manis - 222k - 09/03/2023
- Una - 213k - 09/09/2020
- Fae - 202k - 07/02/2024
- Ehin - 188k - 09/22/2021
Sali
Sali
Dengar seperti panggilan nama namun ketahuilah perkataan ini ada maksud dan penggunaannya. Perkataan sali membawa maksud kuat, kukuh dan teguh. Contoh penggunaan sali boleh dilihat pada serangkap Syair Seratus Siti di halaman 27.
Setelah genap tujuh kali,
Ke dalam kota lantang sekali,
Naik ke balai sultan yang sali,
Tampil menengahkan iman khali.
Dua pilihan
Kesumba murup
Kesumba murup
Menyentuh tentang warna, anda boleh juga memberikan kelainan pada penulisan anda dengan menggunakan frasa kesumba murup. Frasa ini pernah digunakan dalam Misa Melayu di halaman 143 yang membawa maksud merah menyala.
Contoh ayat klasik yang menggunakan frasa ini berbunyi, "Maka diberi memakai persalinan daripada bonda baginda itu dengan pakaian serba kesumba murup".
Pancawarna
Pancawarna
Seingat SK, perkataan ini masih terdengar ketika 1990-an, tetapi tidak begitu meluas.
Perkataan pancawarna membawa maksud lima warna atau bermacam-macam warna. Perkataan ini boleh dilihat contoh penggunaannya pada Hikayat Si Miskin di halaman 68. Ayat tersebut berbunyi, "Dikarang dengan intan dan di kemuncaknya gemala dipagar dengan permata pancawarna, maka gemerlapanlah rupanya mungkur kaca dua itu".
Bokor
Bokor
Perkataan ini mungkin sudah jarang diguna pakai disebabkan tiada lagi generasi kita yang memakan sirih. Perkataan bokor diguna pakai bagi menamakan bekas seakan-akan pinggan tetapi lebih dalam dan mungkum sifatnya.
Bagi menunjukkan contoh penggunaan, DBP memetik sepotong ayat daripada Hikayat Caya Langkara di halaman 24.
"Maka bonda Caya Langkara pun keluarlah membawa sirih di dalam bokor emas," catat hikayat tersebut.
Segara
Segara
Jangan tersilap baca, perkataan klasik ini ialah 'segara' dan bukannya 'segera'. Perkataan segara membawa maksud lautan. Dalam sastera Melayu, penggunaan segara boleh didapati pada Syair Siti Zubaidah Perang Cina di halaman 14.
Keraninya turunlah segera,
Sampai ke wangkang di tengah segara,
Ke hadapan cincu ia pun mara,
Ditegur cincu tersera-sera.
Carang
Carang
Perkataan ini mungkin kedengaran seperti kesilapan ejaan atau sebutan tetapi percayalah, ia pernah digunakan bagi membawa maksud cabang atau ranting pokok. Perkataan carang boleh dilihat penggunaannya menerusi sebuah pantun dalam petikan sumber Pantun Melayu (Balai Pustaka), halaman 168.
Jahit-jahit baju berkurung,
Baik dijahit dengan bajunya;
Tuan mati menjadi burung,
Saya menjadi carang kayunya
Pentan
Pentan
Khas buat para penulis, jika anda sudah bosan menggunakan perkataan 'tentu', 'pasti' dan 'sah' dalam penulisan, anda boleh mencuba satu kelainan dengan menggunakan perkataan 'pentan'. Ini kerana pentan membawa maksud yang sama dengan ketiga-tiga perkataan tersebut.
Untuk melihat contoh penggunaan pentan dalam ayat, DBP memetik serangkap pantun daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda pada halaman 122.
Catur gading baru dilarik,
Mahligai perak kemuncak intan;
Sudahlah sama orak-arik,
Perikannya belum sah dan pentan.
Cepiau
Cepiau
Jika kini kita gunakan beberapa perkataan berbeza bagi beberapa aksesori pakaian yang diletakkan di kepala, namun suatu ketika dahulu, perkataan 'cepiau' diguna pakai bagi aksesori kepala seperti tudung dan topi.
"Maka Hollanda itu sekaliannya pun mengangkat cepiaunya," maklum DBP yang mengambil perkataan ini daripada petikan Misa Melayu, halaman 76.
LIRIK LAGU SUARA RINDU - KHALIS REAL SPIN
YOUR BODY IS ASKING FOR HELP
OFFICIAL PEMENANG AJL39 : T.A.H.N.I.A.H
OFFICIAL PEMENANG AJL39 : T.A.H.N.I.A.H
JUARA AJL39 : Hening Rindu - Marsha Milan
Naib Juara : Bukan Lagi Kita - Nadeera
Tempat Ketiga : Saksama - Akim & The Majistret
Vokal Terbaik : Ernie Zakri.
Persembahan Terbaik : Aina Abdul.
Finalis Top 10 AJL39 :
1. Sengaja - Amir Masdi
2. Pujaanku - Masdo & Aishah Aziz
3. Terus Bersinar - Hafiz Suip
4. Diam - Hael Husaini
5. Risiko - Benzooloo, Ghidd, Tuju, Meerfly, MK.
Risiko asteroid hentam bumi meningkat - NASA
WASHINGTON - Asteroid diberi julukan 'pemusnah bandar' kini berisiko menghentam bumi pada 22 Disember 2032.
Maklumat terbaharu itu diberikan Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) pada Selasa lalu, sekali gus menjadikan ia sebagai ancaman paling nyata objek angkasa lepas pernah direkodkan ramalan moden.
Risiko bumi dilanggar asteroid 2024 YR4 kini meningkat kepada 3.1 peratus.
Pakar bagaimanapun cuba meredakan kebimbangan banyak pihak."
Kita tidak perlu panik meskipun peratusannya telah meningkat kepada tiga. Ia adalah perkara biasa apabila ahli astronomi mengumpulkan lebih banyak data sebelum ia menurun kepada sifar," kata Ketua Saintis di Planetary Society, Bruce Betts.H
Hal ini kerana, komuniti astronomi global yang memantau keadaan itu dengan teliti bersama Teleskop Angkasa James Webb dijangka membetulkan data tersebut pada bulan depan.
2024 YR4 pertama kali dikesan oleh Balai Cerap El Sauce di Chile pada 27 Disember lalu.
Ia dianggarkan berukuran selebar 40-90 meter (m) dan mempunyai komposisi yang agak tipikal dan bukannya asteroid kaya logam yang jarang ditemui.
Pada 29 Januari lalu, Rangkaian Amaran Asteroid Antarabangsa (IAWN) mengeluarkan memo amaran selepas kebarangkalian impak melepasi satu peratus dan angka itu kemudiannya berubah-ubah dan menunjukkan trend menaik.
Kali terakhir asteroid berukuran lebih 30m mengancam bumi ialah Apophis dengan kadar risiko menghentam bumi pada 2029 mencapai 2.7 peratus, namun ancaman itu ditolak oleh pemerhatian tambahan. - Agensi

































































