Februari 21, 2025

Risiko asteroid hentam bumi meningkat - NASA



Komuniti astronomi global yang memantau keadaan itu dengan teliti bersama Teleskop Angkasa James Webb dijangka membetulkan data tersebut pada bulan depan. - Foto Agensi

WASHINGTON - Asteroid diberi julukan 'pemusnah bandar' kini berisiko menghentam bumi pada 22 Disember 2032.

Maklumat terbaharu itu diberikan Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) pada Selasa lalu, sekali gus menjadikan ia sebagai ancaman paling nyata objek angkasa lepas pernah direkodkan ramalan moden.

Risiko bumi dilanggar asteroid 2024 YR4 kini meningkat kepada 3.1 peratus.

Pakar bagaimanapun cuba meredakan kebimbangan banyak pihak."

Kita tidak perlu panik meskipun peratusannya telah meningkat kepada tiga. Ia adalah perkara biasa apabila ahli astronomi mengumpulkan lebih banyak data sebelum ia menurun kepada sifar," kata Ketua Saintis di Planetary Society, Bruce Betts.H

Hal ini kerana, komuniti astronomi global yang memantau keadaan itu dengan teliti bersama Teleskop Angkasa James Webb dijangka membetulkan data tersebut pada bulan depan.

2024 YR4 pertama kali dikesan oleh Balai Cerap El Sauce di Chile pada 27 Disember lalu.

Ia dianggarkan berukuran selebar 40-90 meter (m) dan mempunyai komposisi yang agak tipikal dan bukannya asteroid kaya logam yang jarang ditemui.

Pada 29 Januari lalu, Rangkaian Amaran Asteroid Antarabangsa (IAWN) mengeluarkan memo amaran selepas kebarangkalian impak melepasi satu peratus dan angka itu kemudiannya berubah-ubah dan menunjukkan trend menaik.

Kali terakhir asteroid berukuran lebih 30m mengancam bumi ialah Apophis dengan kadar risiko menghentam bumi pada 2029 mencapai 2.7 peratus, namun ancaman itu ditolak oleh pemerhatian tambahan. - Agensi

Sinar Harian

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Arkib Blog

Sahabat

Tags