Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

Fakta Kelebihan Ais
  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam frekuensi  rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang.  Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.  Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut.  Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas.  Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.



Dengar dan Taat adalah Sifat Seorang Muslim

Dengar dan Taat adalah Sifat Seorang Muslim

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ

Daripada Abdullah RA, daripada Nabi SAW bersabda : "Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar dan mentaati."  HR Bukhari No: 7144) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Kewajipan mendengar dan mentaati adalah tanda kehebatan seseorang Muslim kerana dengan memiliki sifat tersebut akan menjadi sebab nusrah (bantuan) Allah SWT kepadanya.

2.  Setiap Muslim dituntut untuk bersabar dalam mentaati perintah ketua atau pemimpinnya sekalipun perintah tersebut berlawanan dengan kehendaknya yang menjurus ke arah kebaikan. Tetapi, jika perintah tersebut ke arah kebatilan maka tidaklah wajib mentaatinya.

3.  Nabi SAW telah memberi peringatan mengenai balasan buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang yang tidak mengikuti dan mentaati pemimpin serta yang memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan Muslimin.

#whatsapgroup
#jmbelog 

Biar ku pergi - Shaa

Biar ku pergi - Shaa

Tak pernah ku rasai
kehilangan kau disisi
tak ingin aku kau pergi
pergi diri ini
kian lama berlalu
dirimu masih di hatiku
indahnya kenangan bersama
saat kau berada di sisiku, kasih

Biarlah kisah kisah kita dulu
menjadi sebuah memori
anggaplah lumrah dunia
percintaan ini

Mengapa rindu berakhir
mungkinkah suratan takdir
kau pergi tinggalkan aku
buat selamanya

Biarlah kisah kisah kita dulu
menjadi sebuah memori
anggaplah lumrah dunia
percintaan ini

Mengapa rindu berakhir
mungkinkah suratan takdir
kau pergi tinggalkan aku
buat selamanya

Tak pernah ku rasai
kehilangan kau disisi
tak ingin aku kau pergi
pergi meninggalkan diri ini

Biarkan aku pergi
membawa luka di hati
ku sedar siapa diri ini
sekadar ku menumpang kasih
yang tak pasti

Google 

SINOPSIS MY FULL HOUSE


SINOPSIS MY FULL HOUSE

Mengisahkan seorang gadis (penulis) yang telah ditipu oleh sahabatnya sendiri sehingga semua yang dimiliki termasuk rumahnya berpindah tangan dan telah dijual kepada seorang pelakon terkenal. Untuk mendapatkan rumahnya kembali dia bersetuju mengikat kontrak perkawinan dengan pelakon tersebut. 

MY FULL HOUSE
TARIKH TAYANGAN : September 2018
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENGARAH : Bernard Chauly
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Hannah Delisha, Fahad Iman, Cik Manggis, Alicia Amin, Jasmine Suraya, Azhar Sulaiman

Sinopsis Hantu Kak Limah (2018)


Sinopsis Hantu Kak Limah (2018)

Mengisahkan tentang Husin (Datuk Awie) yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani) dan Yeh Sekupang (Allahyarham Rab Khalid) di kilang arang.

Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati. Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan rumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang misteri (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.

Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Menteri Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropi) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur.

Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi.

Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia.  Akhirnya, muncul guru silat, Encik Solihin yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dengan Hantu Kak Limah.

HANTU KAK LIMAH
Tarikh Tayangan : 9 Ogos 2018
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Dato Awie, Dalimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Mus May, TJ Isa, Rab Khalid, Sharwani, Ropie, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim, Ziema Din, Erra Fazira, Jue Aziz, Imuda
Terbitan : Infinitues Gold / Astro Shaw Sdn Bhd

Tuntutan Membaca ‘Bismillah’ Sebelum Makan

Tuntutan Membaca ‘Bismillah’ Sebelum Makan

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهَاأَنَّ رَسُولَ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرْ اسْمَ اللّٰهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللّٰهِ تَعَالَى فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللّٰهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ.

Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaklah dia menyebutkan nama Allah SWT. Jika dia terlupa untuk menyebut nama Allah SWT pada awalnya, hendaklah dia mengucapkan:            بِسْمِ اللّٰهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ 
(Dengan nama Allah pada setiap permulaannya dan  pengakhirannya)." (HR Abu Dawud, No. : 3767) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim adalah disunnahkan memulai setiap perbuatan dengan membaca ‘Bismillah’ (bacaan untuk Basmalah) terutama pada waktu makan dan minum kerana mengambil keberkatan memulai sesuatu perkara dengan nama Allah SWT. Bahkan disunatkan membacanya dengan suara yang kuat (bertujuan mendengarkan dan mengingatkan orang lain juga untuk membacanya).

2.  Jika seseorang meninggalkan bacaan ‘Bismillah’ di permulaan pada waktu makan dan minum kerana sengaja atau lupa atau dipaksa atau tidak mampu mengucapkannya kerana suatu alasan, lalu dia mampu mengucapkan di pertengahan waktu makan, maka hendaklah dia mengucapkan :

  بِسْمِ اللّٰهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَه

ُ(Dengan nama Allah pada setiap permulaannya dan pengakhirannya)."

3.  Apabila dimulai makan dan minum dengan menyebut nama Allah SWT maka syaitan tidak dapat makan bersama pada hidangan tersebut.

#whatsappgroup
#jmbelog 

Delima

Delima 

Sekian lama ku dirantau orang
ingin ku cepat pulang
ke kampung halaman

Delima...Abang pulang..
Aduh mak...Abang pulang tuh mak

Tanam tebu ditanam
tanam di tanah deli
rinduku siang dan malam
padamu kekasih

Burung terbang melayang
terbangnya dari jawa
hatiku cemas dan bimbang
takut tak berjumpa

Ho ho ho
la la la

Aku tak menyangka
abang akan kembali

Tanam tebu ditanam
tanam di tanah deli
rinduku siang dan malam
padamu kekasih


Delima oh delima
sambutlah 'ku datang
dengan senandung lagu melayu

La la la la la

Delima oh delima
aku tak menyangka
kiranya dirimu telah berdua

Lama kutunggu tunggu
tiada kabar darimu
ayah dan ibu menjodohkanku

Sungguh ku tak percaya
'ku kira engkau setia
akhirnya 'ku pulang jadi kecewa 

Sirih banyak daunnya
hidup numpang di batang
kekasihku yang tercinta
jadi milik orang

Ho ho ho
La la la

Aku tak menyangka
abang akan kembali
  
Kemana 'ku bawa hati yang terluka
kemana 'ku bawa diri yang merana

Kemana 'ku bawa hati yang terluka
kemana 'ku bawa diri yang merana

Google 

Attention - Charlie Puth

Attention - Charlie Puth
Oh-oh, ooh
You've been runnin' round, runnin' round, runnin' round throwin' that dirt all on my name
'Cause you knew that I, knew that I, knew that I'd call you up
You've been going round, going round, going round every party in L.A.
'Cause you knew that I, knew that I, knew that I'd be at one, oh
I know that dress is karma, perfume regret
You got me thinking 'bout when you were mine, oh
And now I'm all up on ya, what you expect?
But you're not coming home with me tonight
You just want attention, you don't want my heart
Maybe you just hate the thought of me with someone new
Yeah, you just want attention, I knew from the start
You're just making sure I'm never gettin' over you
you've been runnin' round, runnin' round, runnin' round throwing that dirt all on my name
'Cause you knew that I, knew that I, knew that I'd call you up
Baby, now that we're, now that we're, now that we're right here standing face-to-face
You already know, already know, already know that you won, oh
I know that dress is karma (dress is karma), perfume regret
You got me thinking 'bout when you were mine (you got me thinking 'bout when you were mine)
And now I'm all up on ya (all up on ya), what you expect? (oh baby)
But you're not coming home with me tonight (oh no)
You just want attention, you don't want my heart
Maybe you just hate the thought of me with someone new
Yeah, you just want attention, I knew from the start
You're just making sure I'm never gettin' over you, oh
What are you doin' to me, what are you doin', huh?
(What are you doin'?)
What are you doin' to me, what are you doin', huh?
(What are you doin'?)
What are you doin' to me, what are you doin', huh?
(What are you doin'?)
What are you doin' to me, what are you doin', huh?
I know that dress is karma, perfume regret
You got me thinking 'bout when you were mine
And now I'm all up on ya, what you expect?
But you're not coming home with me tonight
You just want attention, you don't want my heart
Maybe you just hate the thought of me with someone new
Yeah, you just want attention, I knew from the start
You're just making sure I'm never gettin' over you (over you)
What are you doin' to me? (hey) what are you doin', huh? (what are you doin', what?)
(What are you doin', to me? What are you doin', huh?)
(What are you doin', to me? What are you doin', huh?)
(What are you doin' to me, what are you doin', huh?)

Google 

All of me - John Legend

All of me - John Legend

What would I do without your smart mouth
Drawing me in, and you kicking me out
Got my head spinning, no kidding, I can’t pin you down
What’s going on in that beautiful mind
I’m on your magical mystery ride
And I’m so dizzy, don’t know what hit me, but I’ll be alright
My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
'Cause I give you all, all of me
And you give me all, all of you
How many times do I have to tell you
Even when you’re crying you’re beautiful too
The world is beating you down, I’m around through every move
You’re my downfall, you’re my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can’t stop singing, it’s ringing, in my head for you
My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
'Cause I give you all of me
And you give me all, all of you
Give me all of you
Cards on the table, we’re both showing hearts
Risking it all, though it’s hard
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you
I give you all, all of me
And you give me all, all of you 
Google 

Dua Titisan dan Kesan Yang Dicintai Allah SWT

Dua Titisan dan Kesan Yang Dicintai Allah SWT

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللَّهِ وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَمَّا الْأَثَرَانِ فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ.

Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiada sesuatu perkara yang paling disukai oleh Allah melainkan dua titisan dan dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan kepada Allah SWT dan titisan darah yang tumpah pada jalan Allah. Adapun dua kesan yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada kefardhuan Allah SWT." (HR Tirmizi No: 1669) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Allah SWT amat menyukai akan amalan hamba-Nya yang dilakukan secara ikhlas semata-mata kerana-Nya dan semakin banyak susah payah yang dihadapi, maka semakin bertambahlah ganjaran pahala.

2.  Antara amalan yang disukai oleh Allah SWT adalah dua titisan dan dua kesan. Antara dua titisan itu yang pertama adalah titisan air mata yang takut kepada Allah SWT terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan dan keduanya adalah titisan darah yang ditumpahkan demi berjuang untuk jalan Allah SWT.

3.  Dua kesan yang pertamanya adalah kesan luka berjuang untuk jalan Allah SWT dan kedua adalah kesan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut.

#whatsappgroup
#jmbelog 

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD)


Penyakit ini adalah penyakit bawaan virus yang mudah berjangkit, jadi ibu bapa dan guru perlu peka, dan sekiranya ada anak kita yang dijangkiti mereka perlu diisolasikan dan tidak dibawa ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak.

"Jangkitan juga boleh dihindari dengan cara mencuci tuala badan setiap kali selepas digunakan, mengkuarantin anak murid yang disyaki dijangkiti penyakit berkenaan dan memaklumkan Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat murid yang tidak dapat hadir ke sekolah

Kebanyakan kes HFMD di Johor berlaku di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan majoriti mangsa adalah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD)


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Google 

Dibunuh gara-gara suka menyindir!

Hati-hati semua bila berkata-kata

Ketua Pembantu Tadbir Sekolah Vokasional Banting dibunuh gara-gara suka menyindir!

Seorang pembantu makmal membuat panggilan kepada pihak polis Banting dan mengaku telah melakukan pembunuhan pada pukul 2.40 petang tadi!

Lelaki berusia 28 tahun itu mengaku membunuh Zaimah Mahmod, 57 tahun yang merupakan kerani di Kolej Vokasional Telok Datok , Banting.

Suspek juga memberitahu telah menikam dan mencekik perempuan tersebut sehingga mati di stor kolej berkenaan!

Semasa kejadian hanya suspek dan mangsa berada di lokasi kejadian.

Dalam masa sama suspek  juga didapati ada rekod dan menjalani rawatan stress di hospital banting.

Mr Sunshine

Drama 24 episod Mr Sunshine memaparkan sejarah Korea.

Mr Sunshine mengisahkan Eugene Choi, anak hamba yang melarikan diri dari tanah airnya selepas ibu bapanya dibunuh majikan ketika dia berusia sembilan tahun.

Dia terserempak dengan kapal tentera Amerika Syarikat, USS Colorado dan di bawa pulang ke negara itu.

Kesungguhan Eugene melayakkannya menjadi orang Asia pertama memegang jawatan sebagai pegawai tentera laut.

Suatu hari Eugene diberikan misi khas untuk melaksanakan tugas bagi pihak Amerika Syarikat di Joseon kerana kebolehannya untuk bertutur dalam bahasa ibundanya.

Walaupun masih terkenang kekejaman menimpa keluarganya serta sikap hipokrit golongan bangsawan negara itu, Eugene terpaksa menggagahkan diri kembali ke sana.

Pegawai itu tidak menyangka jodohnya di tanah air sendiri dengan anak bangsawan Go Ae Shin yang mampu melembutkan  hatinya yang keras.

Ae Shin pula di gelar anak dara tua kerana masih belum berkahwin pada usia 23 tahun.

Ini kerana tunangnya, Kim Hee Sung yang dijodohkan oleh keluarga mereka sejak kecil menyambung pengajian di Jepun selama 10 tahun.

Berbeza dengan gadis lain, Ae Shin berlajar menembak dengan seorang pemburu bagi mempertahankan keselamatan diri.

Lakonan Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Kim Min Jung dan Byun Yo Han.

Arahan Lee Eu Bok.

Penulis skrip Kim Eun Soon.

Terbitan stesen televisyen tvN.

HARIAN METRO _RABU 11 JULAI 2018 _RAP _MUKA SURAT R60 & R61.

Dil To Pagal Hai

Saksikan Dil To Pagal Hai di TV2 jam 9.30 malam ini (11 Julai 2018).

Dil To Pagal Hai mengisahkan Rahul yang bekerja sebagai pengarah persembahan pentas mengimpikan wanita yang dia sendiri tidak tahu kewujudannya.

Pooja seorang wanita yang percaya bahawa seorang lelaki diciptakan menjadi pasangannya dan menanti detik pertemuan yang bermakna itu.

Kehadiran Pooja ke dalam kumpulan Rahul membuatkan Rahul tertarik dan jatuh hati.

Namun Pooja bersedia untuk berkahwin dengan sepupunya kerana ingin membalas jasa ibu saudara yang menjaganya sejak kecil.

Ia dilakonkan oleh Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapur dan Akshay Kumar.

Sampai ke hari tua

Sampai ke hari tua 

Jika kuradio dan engkau lagunya
Kan aku putarkan hingga semua terleka
Begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika kuair wudhukmu menjadi serimu
Dalam lima waktu
Jika kau kuat percaya akulah jodohmu
Jagamu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
Di bawah bulan bintang
Kasih kita berdua
Jangan bimbang sayang

Kita harungi bersama berdua selamanya
Sampai ke hari tua
Mencintaimu

Kaulah watak utama dalam setiap drama
Yang sering dimainkan menjadi kegilaan

Begitulah kita ditakdirkan untuk bersama
Jika kuair wudhukmu menjadi serimu
Dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya akulah jodohmu
Jagamu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
Di bawah bulan bintang

Kasih kita berdua
Jangan bimbang sayang

Kita harungi bersama berdua selamanya
Sampai ke hari tua

Mencintaimu
Menarilah sayang

Kita harungi bersama berdua selamanya
Sampai ke hari tua

Hingga ke akhirnya
Engkaulah satunya menjadi milikku

Sampai ke hari tua
Mencintaimu
Mencintaimu
Mencintaimu

Google 

Asal usul ketupat

Asal usul ketupat
 
Ketupat dikatakan berasal dari saat Islam masuk ke tanah Jawa. Masyarakat Jawa mempercayai Sunan Kalijaga yang pertama kali memperkenalkan ketupat.
 
Kata “ketupat” atau “kupat” berasal dari kata bahasa Jawa “ngaku lepat” yang berarti “mengakui kesalahan”. Lantaran itu, saling betukar-tukar ketupat melalui tradisi ‘munjung’ atau berkunjung adalah sebagai lambang ingatan, silaturrahim, mengakui kesalahan, saling permohonan maaf dan melupakan kesalahan dengan cara memakan ketupat tersebut
 

Drama Cinta Tiada Ganti (Astro Prima)

Drama Cinta Tiada Ganti (Astro Prima)

Saksikan drama terbaru, Cinta Tiada Ganti akan datang di slot Tiara, Astro Prima. Drama arahan Feroz Kader ini diadaptasi dari Telenovela Sanay Wala Nang Wakas. Akan menampilkan lakonan utama Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi dan Dian P. Ramlee.

Drama bersiri 100 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini bakal temui penonton bermula 10 Julai 2018 menerusi slot Tiara, saluran Astro Prima (105).

Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti
Mengisahkan cinta antara dua darjat, Bella dan Mukhriz. Pertemuan yang tidak disengajakan mereka di atas kapal membuahkan bibit-bibit cinta. Segalanya indah pada awal perhubungan, walaupun Ara hanyalah seorang gadis biasa, Mukhriz menerimanya dengan hati terbuka. Kerana di matanya Ara cukup sempurna.
Mukhriz dibesarkan dengan sempurna dalam keluarga bangsawan dan bakal mewarisi kekayaan keluarga. Namun, dia tidak pernah benar-benar bahagia kerana menyimpan dendam yang terhadap seorang lelaki yang telah membunuh ibunya.

Keluarga Mukhriz sememangnya menentang hubungannya dengan Bella. Mukhriz sanggup menentang keluarganya demi seorang perempuan.

Dunia ini begitu kecil, siapa sangka yang Bella ialah anak kepada lelaki yang telah membunuh ibunya. Dapatkan Mukhriz menerima kenyataan itu?

Drama Cikgu Papa Kirim Salam (TV3)

Drama Cikgu Papa Kirim Salam (TV3)

Drama terbaru komedi romantik berjudul Cikgu, Papa Kirim Salam akan datang di slot Dahlia TV3. Menampilkan gandingan baharu Liyana Jasmay, Amar Asyraf dan Adik Rania Humaira.

Drama 20 episod arahan Shuhaimi Lua dan terbitan Produksi Orange Tree Production ini dijangka menemui penonton pada hujung bulan Ogos menerusi slot Dahlia di TV3.

google

A post shared by Zee Zainal (@zeezainal) on

Wadah Terkini