Pages

Julai 12, 2018

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD)


Penyakit ini adalah penyakit bawaan virus yang mudah berjangkit, jadi ibu bapa dan guru perlu peka, dan sekiranya ada anak kita yang dijangkiti mereka perlu diisolasikan dan tidak dibawa ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak.

"Jangkitan juga boleh dihindari dengan cara mencuci tuala badan setiap kali selepas digunakan, mengkuarantin anak murid yang disyaki dijangkiti penyakit berkenaan dan memaklumkan Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat murid yang tidak dapat hadir ke sekolah

Kebanyakan kes HFMD di Johor berlaku di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan majoriti mangsa adalah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD)


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Google 

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!