Pages

Julai 07, 2018

Brazil kecundang

Brazil kecundang
 
 
Belgium mengejutkan juara dunia lima kali, Brazil dengan kemenangan 2-1 pada aksi suku akhir Piala Dunia, di Arena Kazan, di sini sebentar tadi.

Belgium mendahului 2-0 pada babak pertama hasil jaringan sendiri Fernandinho pada minit ke-13 dan rembatan padu Kevin de Bruyne pada minit ke-31. 

Gol tunggal Brazil hadir pada minit ke-76 menerusi tandukan pemain gantian, Renato Augusto. 

Kekalahan kali ini bagaimanapun jauh lebih baik daripada insiden memalukan di Belo Horizonte empat tahun lalu di mana Brazil dibelasah 7-1 oleh Jerman di peringkat separuh akhir.

Skuad kendalian Tite hampir mengheret permainan ke masa tembahan tetapi percubaan Neymar ditepis keluar oleh penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois yang beraksi cemerlang menafikan deretan percubaan Brazil. 

Lawan separuh akhir Belgium di St Petersburg Selasa ini adalah Perancis, yang menewaskan Uruguay 2-0 pada aksi pertama suku akhir sebelum itu. - AFP  
 

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!