Pages

Julai 07, 2018

ezHASIL




ezHASiL adalah merupakan laman web yang menempatkan semua perkhidmatan elektronik (e-Perkhidmatan) yang disediakan oleh LHDNM. Pengguna perlu log masuk terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan aplikasi yang disediakan melalui ezHASiL. Walau bagaimanapun, terdapat aplikasi yang disediakan tidak memerlukan pengguna log masuk ke dalam ezHASiL. Pengguna perlu mendaftar melalui aplikasi terbabit sebelum boleh menggunakannya.

Bagi aplikasi yang memerlukan log masuk, pengguna perlu menggunakan sijil digital. Bagi pengguna yang tiada sijil digital, permohonan boleh dibuat melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.

Pemohon akan diberikan No. PIN e-Filing. Sila daftarkan No. PIN yang diterima dengan klik Login Kali Pertama. Sijil Digital akan dikeluarkan setelah pendaftaran berjaya dilakukan. Perkhidmatan elektronik yang disediakan adalah 24 jam x 7 hari seminggu dan boleh dicapai di mana-mana selagi mempunyai capaian internet.

Aplikasi berikut memerlukan pengguna login menggunakan sijil digital untuk menggunakannya :


•  e-Filing•  e-Lejar
•  e-Kemaskini•  e-SPC
•  e-Filling - Cukai Keuntungan Harta Tanah•  e-Data Praisi
•  e-Filling - Cukai Pegangan•  MyTax
•  e-Lodgement - Cukai Keuntungan Harta Tanah 



Manakala aplikasi berikut tidak memerlukan sijil digital untuk menggunakannya :


•  e-Filling - Bayaran Cukai Pegangan•  ByrHASIL
•  STAMPS•  e-PCB
•  e-Daftar•  e-Data PCB
•  Kalkulator PCB•  e-Residence

Maklumat lanjut layari https://ez.hasil.gov.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!