Pages

Julai 09, 2018

Drama Cinta Tiada Ganti (Astro Prima)

Drama Cinta Tiada Ganti (Astro Prima)

Saksikan drama terbaru, Cinta Tiada Ganti akan datang di slot Tiara, Astro Prima. Drama arahan Feroz Kader ini diadaptasi dari Telenovela Sanay Wala Nang Wakas. Akan menampilkan lakonan utama Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi dan Dian P. Ramlee.

Drama bersiri 100 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini bakal temui penonton bermula 10 Julai 2018 menerusi slot Tiara, saluran Astro Prima (105).

Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti
Mengisahkan cinta antara dua darjat, Bella dan Mukhriz. Pertemuan yang tidak disengajakan mereka di atas kapal membuahkan bibit-bibit cinta. Segalanya indah pada awal perhubungan, walaupun Ara hanyalah seorang gadis biasa, Mukhriz menerimanya dengan hati terbuka. Kerana di matanya Ara cukup sempurna.
Mukhriz dibesarkan dengan sempurna dalam keluarga bangsawan dan bakal mewarisi kekayaan keluarga. Namun, dia tidak pernah benar-benar bahagia kerana menyimpan dendam yang terhadap seorang lelaki yang telah membunuh ibunya.

Keluarga Mukhriz sememangnya menentang hubungannya dengan Bella. Mukhriz sanggup menentang keluarganya demi seorang perempuan.

Dunia ini begitu kecil, siapa sangka yang Bella ialah anak kepada lelaki yang telah membunuh ibunya. Dapatkan Mukhriz menerima kenyataan itu?

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!