Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD)
"Jangkitan juga boleh dihindari dengan cara mencuci tuala badan setiap kali selepas digunakan, mengkuarantin anak murid yang disyaki dijangkiti penyakit berkenaan dan memaklumkan Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat murid yang tidak dapat hadir ke sekolah
Kebanyakan kes HFMD di Johor berlaku di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan majoriti mangsa adalah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD)
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”