Saksikan Dil To Pagal Hai di TV2 jam 9.30 malam ini (11 Julai 2018).
Dil To Pagal Hai mengisahkan Rahul yang bekerja sebagai pengarah persembahan pentas mengimpikan wanita yang dia sendiri tidak tahu kewujudannya.
Pooja seorang wanita yang percaya bahawa seorang lelaki diciptakan menjadi pasangannya dan menanti detik pertemuan yang bermakna itu.
Kehadiran Pooja ke dalam kumpulan Rahul membuatkan Rahul tertarik dan jatuh hati.
Namun Pooja bersedia untuk berkahwin dengan sepupunya kerana ingin membalas jasa ibu saudara yang menjaganya sejak kecil.
Ia dilakonkan oleh Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapur dan Akshay Kumar.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”