Pages

Julai 24, 2018

SINOPSIS ROMEO VS JULIET

SINOPSIS ROMEO VS JULIET
 
Haikal, Imran, Julie and Yasmin menetap di sebuah kawasan perumahan urban. Mereka berempat adalah contoh 'yuppies urban' yang amat menghargai individualiti masing-masing.

Haikal (Fahad) bekerja sebagai dermatologist dan teman baiknya Irwan (Haris Zainuddin) seorang pereka fesyen. Persamaan mereka adalah majoriti pelanggan adalah wanita, tetapi masing-masing belum mempunyai kekasih hati.

Julie (Eyka) yang bekerja sebagai jurutera dan Yasmin adalah sahabat karib dan baru berpindah di kawasan kejiranan Haikal. Disebabkan sibuk dengan kerja dan kehidupan masing-masing, mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

Julie dan Yasmin sering mendengar suara jiran mereka yang selalu berkaraoke tetapi menyanyi sumbang. Nampak juga kelibat lelaki dan wanita keluar masuk di rumah itu. Ada ketika berlaku pergaduhan di rumah jiran mereka sehingga menimbulkan syak wasangka Julie dan Yasmin yang jiran mereka penjenayah serta menyembunyikan perkara yang tidak bermoral.

Pada masa sama, kedua-dua pasangan ini saling berkenalan dan jatuh hati antara satu sama lain di lokasi dan acara yang berbeza. Selain bercinta sebagai pasangan kekasih mereka sering meluahkan permasalahan kepada teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka pula tidak mengetahui kisah dan kejadian yang diluahkan pasangan masing-masing sebenarnya merujuk kepada mereka sendiri.
 
WAKTU SIARAN : Ahad, 22 Julai 2018, 8:30 malam
SIARAN TV : ntv7 (Slot Luna)
CERITA ASAL : Syarizan Md Isa
PENULIS SKRIP : Tommy Loh & Pouvin
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Aquila Emas Sdn Bhd
PELAKON : Eyka Farhana, Fahad Iman, Melanie Tan, Haris Zainuddin, Ixora Rosella, Eneycia Xaviera, Keddy Mahdfuz
 

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!