Pages

Julai 29, 2018

SEJARAH PENUBUHAN SPIN DAN KEMUNCULAN REAL SPIN.

SEJARAH PENUBUHAN SPIN DAN KEMUNCULAN REAL SPIN.

AWAL PENUBUHAN SPIN
Sebelum tertubuhnya band yang bernama SPIN ini, ahli band terdiri daripada Azren, Aidel, Amir dan Ali telah lama mengadakan persembahan di majlis kenduri kahwin sekitar Muar,Johor dan mereka mula aktif dalam bidang ini sejak umur mereka 15 tahun lagi.
Seseorang daripada FMC telah menawarkan kontrak kepada mereka untuk menjadi artis rakaman dibawah FMC Record. Tetapi Azren telah menyatakan bahawa band mereka belum bersedia untuk menjadi artis rakaman pada masa itu. Selepas 2 tahun kemudian, Abang Taufik iaitu drummer Rio dan Crossfire telah menerima arahan daripada Pengarah besar FMC untuk menawarkan sekali lagi pelawaan kepada Azren,Ali, Amir dan Aidel untuk menjadi artis dibawah mereka.
Pada hari seterusnya, Azren telah bermimpi bersama rakan-rakan mereka itu menjadi artis rakaman. Setelah itu, Azren telah menghubungi abang Taufik bahawa mereka bersetuju menerima tawaran tersebut, dan arahan Pengarah Besar FMC juga menyuruh Azren memujuk Amir,Ali dan Aidel untuk bersama mereka.Tetapi Amir tidak gembira dengan persetujuan itu dan beliau menolak untuk bersama-sama Azren, Ali dan Aidel diatas keputusan peribadi.
Semasa Azren,Ali dan Aidel bersama pihak FMC, mereka membuat keputusan untuk menamakan kumpulan mereka sebagai SPIN. Diatas ketiadaan vokalis dalam kumpulan SPIN ini, mereka hanya menunggu ketibaan vokalis untuk SPIN. Dalam masa yang sama, ayah kepada Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana, telah bercerita mengenai Achik iaitu sahabat baik kepada anaknya, Nana.
Pihak FMC terus membuat ujibakat kepada Achik dan mereka bersetuju untuk mengambil Achik sebagai vokalis kumpulan SPIN. Pada masa itu juga, Achik telah membawa Azren, Ali dan Aidel ke rumah Achik untuk berkenalan dengan keluarganya. Khalis ketika itu masih berumur 8 tahun lagi.
Pihak FMC telah memberi lagu Mengusung Rindu kepada kumpulan SPIN yang sepatutnya diberi kepada kumpulan SPOON, diatas masalah dalaman di dalam kumpulan SPOON ketika itu, kumpulan SPIN terus berlatih dan merakam lagu Mengusung Rindu selama 6 jam di Pro Studio Cheras Perdana. Mengenai lagu Gurauan Berkasih pula, ayah kepada Nana memberi idea ini kerana Achik lebih rapat bersama Nana, maka tercetusnya lagu Gurauan Berkasih.
Untuk album ke 2 SPIN, Azren berhajat untuk menukar genre lagu kepada genre ROCK, tetapi berdasarkan pasaran pada tahun 2000, membuat mereka meneruskan dengan melodi yang sama. Untuk album ke 3, Azren,Ali dan Aidel telah menarik diri diatas hal peribadi mereka. Dan pihak FMC telah mengantikan mereka dengan Aie Spin, Talhah, dan Raymie. Sebelum Azren, Ali dan Aidel beredar, Achik puas memujuk mereka untuk kekal bersama beliau, tetapi Azren memberitahu kepada Achik bahawa mereka akan kembali dalam SPIN pada masa akan datang. Walaupun mereka tidak bersama lagi, Azren, Ali dan Aidel masih berhubung dengan Achik dan berkembangan kumpulan SPIN.
Sebelum kejadian tragis dan menyedihkan seluruh rakyat Malaysia, Achik pernah memberitahu kepada Azren supaya menonton tv pada petang itu. Tetapi lebih menyedihkan Achik telah meninggalkan kita buat selama-lamanya pada malam tersebut.
KEBANGKITAN DAN KEMUNCULAN REAL SPIN
Selepas bertahun-tahun sunyi dalam industri seni, Azren telah didatangi oleh abang arwah Achik iaitu Alang, untuk membuat kemunculan kembali SPIN. Tetapi diatas kemunculan SPIN 2015, hasrat Azren terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu untuk memberi ruang kepada SPIN 2015. Sebelum kemunculan SPIN 2015, Awis (adik arwah Achik), Raymie dan Ida telah berjumpa Azren untuk memberitahu bahawa mereka akan membuat kemunculan kembali SPIN. Tetapi Azren juga memberitahu mereka bahawa beliau juga akan membuat kemunculan juga tetapi vokalisnya adalah Alang.
Diatas permintaan Alang, Azren memilih Khalis sebagai vokalis. Selepas setahun, SPIN 2015 membuat kemunculan, Azren menyahut cabaran Alang untuk membuat kemunculan dan memilih nama sebagai REAL SPIN, iaitu ahli asal kumpulan SPIN. Azren, Ali dan Aidel bersetuju untuk membuat kemunculan dan telah menanyakan kepada peminat bahawa mereka akan kembali dalam industri seni tanah air.
Diatas permintaan peminat juga,nama Khalis sekali lagi dipetik supaya menjadi vokalis REAL SPIN. Hadirnya seorang peminat SPIN ini, telah memberi nombor Khalis kepada Azren untuk menghubunginya. Seterusnya, Azren terus ke Senawang untuk berjumpa dengan Alang dan Khalis. Pada masa yang sama diatas restu seorang hamba Allah ini, Azren, pengurus Real SPIN dan Khalis telah ke pusara arwah Achik dan Azren menyatakan bahawa beliau telah kembali bersama adik Achik untuk menunaikan janji dan hasrat Achik yang belum tertunai.
Kini, Real Spin telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman iaitu Solaris Music & Entertainment dan menandatangani kontrak pada 5 Julai 2017.
AL-FATIHAH KEPADA ARWAH ACHIK SPIN

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!