Julai 31, 2019

Julai 30, 2019

MENGUATKAN

MENGUATKAN
Alkisah seekor rusa betina sedang hamil tua.
Ketika mendekati detik-detik kelahirannya, rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di sisi hutan yang berdekatan dengan sungai.
Tiba-tiba sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !
Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.
Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak seorang pemburu telah siap melesatkan anak panah ke arahnya.
Saat menoleh ke kanan, ia pun terkejut melihat seekor singa lapar yang siap menerkamnya.
Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :
1. Mati dimangsa singa.
2. Mati terkena panah.
3. Mati terbakar.
4. Atau mati tenggelam karena melompat ke sungai.
Yang jelas ...
Bahaya mengancam dari berbagai penjuru dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.
Lalu apa yang harus ia lakukan?
Bersedih dan merintih?
Menangis dan menjerit?
Atau ia harus berlari sementara kondisinya begitu lemah?
Atau menyerah pada keadaan?
Rusa pun pasrah. Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.
Lalu apa yang terjadi?
Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu. Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar. Singa malang itu mati seketika.
Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.
Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lagi kepada rusa tersebut.
Rusa pun melahirkan dengan selamat !
Sahabatku....
Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.
Masalah di tempat bekerja,
Masalah di dalam rumah,
Masalah di jalan,
Masalah dengan anak-anak kita semuanya datang bersamaan.
Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..
Lalu apa yang harus dilakukan?
Jadilah seperti Rusa. Biarkan semuanya berjalan apa adanya.
Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !
Selebihnya serahkan kepada Allah
Karena Allah yang mengatur jalan kehidupanmu..
Saudaraku...
Sungguh Allah  menyayangi hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu pada anaknya.
DIA lah yang akan menyelesaikan semua masalahmu dan menyembuhkan luka-lukamu.
Jangan berkata, Ya Allah aku memiliki masalah yang besar…
Tapi katakan, Hei masalah, aku memiliki Allah Yang Maha Besar"
Tetap istiqomah...
Semoga bermanfaat 
*******

Julai 28, 2019

Drama Cindai, akan datang di slot Samarinda TV3...

Drama Cindai, akan datang di slot Samarinda TV3...

Drama Cindai mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Cindai  yang menjadi gelandangan di kota raya. Dia juga menghidapi Bipolar.Walapun begitu, Amir sentiasa bersama Cindai.

Lakonan Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Fatin Afeefa ...


ALLAH TIDAK MENYUSAHKAN KAMU MELAINKAN INGIN KAMU BERSYUKUR KEPADANYA

ALLAH TIDAK MENYUSAHKAN KAMU MELAINKAN INGIN KAMU BERSYUKUR KEPADANYA

Firman Allah SWT :

مَا یُرِیدُ ٱللَّهُ لِیَجۡعَلَ عَلَیۡكُم مِّنۡ حَرَجࣲ وَلَـٰكِن یُرِیدُ لِیُطَهِّرَكُمۡ وَلِیُتِمَّ نِعۡمَتَهُۥ عَلَیۡكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

[Surat Al-Ma'idah 6]
‎Terjemahan :
"Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur"

Join Telegram Tazkirah Ringkas

Julai 27, 2019

Menghargai Pengorbanan Ayah

Menghargai Pengorbanan Ayah

1. Al-Mada'ini meriwayatkan kisah para Salaf terdahulu dalam menjaga ayah mereka. Menurut beliau, Umar ibn Zar sentiasa menjaga ayahnya ketika mereka hidup bersama. Ketika Umar meninggal, ayahnya memuji Umar dan berkata:

"ما مشى معي قط في ليل إلا كان أمامي، ولا مشى معي في نهار إلا كان ورائي، ولا ارتقى سقفاً كنتُ تحته".

Sesungguhnya (anakku ini) tidak pernah berjalan di malam hari bersamaku melainkan dia akan berada dihadapanku (untuk melindungiku). Dan pada siang hari dia akan berada dibelakangku (juga untuk melindungi). Dan dia tidak memanjant atap rumah ketika aku berada dibawahnya."

2. Begitu juga dengan Al-Fadl dan ayahnya Yahya. Mereka berdua dikatakan pernah ditahan di dalam penjara dan ayahnya Yahya tidak boleh mengambil wudu melainkan dengan air suam. Namun pengawas penjara tidak membenarkan kayu api dibawa masuk dalam penjara. Menurut kisahnya:

فلما نام يحيى قام الفضل إلى وعاء وملأه ماء، ثم أدناه من المصباح، ولم يزل قائماً والوعاء في يده حتى أصبح

Lalu pada malam hari ketika ayahnya telah tidur, Al Fadl mengisi air wudu di dalam bekas, lalu diletakkan air tersebut di atas pelita penjara tersebut dalam keadaan beliau berdiri sepanjang malam bagi memastikan air wudu tersebut terse dia suam ketika ayahnya ingin solat Subuh.

Semoga Allah merahmati mereka yang berbuat baik kepada ibubapanya.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Julai 26, 2019

Saka Zain Jusoh Astro Citra

Telefilem seram komedi bertajuk Saka Zain Jusoh pada Sabtu, 27 Julai pukul 9 malam di saluran Astro Citra.

Lakonan Ropie, Azri Iskandar, Syazwan Zulkifly, Niezam Zaidi, Izzue Islam, Tiz Zaqyah, Datuk Rahim Razali, Ku Fridah, Nisa Rissa ...

SINOPSIS DRAMA CINTA BELUM TAMAT TEMPOH ASTRO RIA

SINOPSIS DRAMA CINTA BELUM TAMAT TEMPOH ASTRO RIA

Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe. 

Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin, ditakuti langkah bendul. 

Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.

Drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh bakal menghiasi slot MegaDrama di saluran Astro Ria.

Lakonan Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Haleeda Mazlin, Sissy Imann, Darwish Mikael, Zailin Aqeesha, Fikry Kiki ... 


Drama adaptasi novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah TV3.

Drama adaptasi novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah  (15 episod) disiarkan bermula 24 Julai, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda TV3.


Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

“Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.

Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil

“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?


Kerana Dia Manusia Biasa

Lakonan Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Abbas Mahmood, Aishah Atan, Ali Reza, Shafira Edora, Dhia Ly, Ku Zara Eryna ...

Drama adaptasi novel Tuan Danial karya Azizah Ami akan disiarkan menerusi Slot Lestary TV3.

Drama adaptasi novel Tuan Danial karya Azizah Ami akan disiarkan menerusi Slot Lestary TV3.


"Cinta yang cuba di atur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Dan alangkah ‘sengalnya’ menjadi pembantu rumah yang serba tidak tahu membuat kerja rumah. Terjalinkah cinta mereka? Bagaimanakah Danial menangani seorang maid yang serba tidak tahu?

“Ini semua awak punya pasal Isketambola, kalau awak susun stoking saya dalam satu lipatan macam kak Hasnah buat pasti saya tak pakai stoking warna berlainan hari ni. Nasib baik setiausaha saya nampak.” 

Danial mendapatkan Is yang sedang membancuh teh di dapur. Bertaut kening Is mendengarnya. 

"mak aih, salahkan orang pula. Masa Tuan Danial sarungkan tadi tak perasan ke?" 

"Nak perasan apanya kalau awak tu sibuk suruh saya beli kuaci bunga matahari awak tu. Benda kecik macam tu pun nak makan," Danial menghulurkan plastik berisi dua bungkus kuaci ke tangan Is.

Dengan bibir yang tersenyum lebar Is menjawab ... "Eleh, marah-marah pun sayang juga Tuan Danial pada saya, ye?" 

Sepatah perkataan pun tak mampu dilontar keluar oleh Danial tatkala mendengar ayat berani mati Is itu. Dia terus menapak naik ke tingkat atas dengan senyuman manis."

SINOPSIS DRAMA BIAR JADI KAKTUS TV2

SINOPSIS DRAMA BIAR JADI KAKTUS TV2

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!

Drama adaptasi novel Biar Jadi Kaktus karya Iffa Zalia ditayangkan di TV2 bermula 24 Julai, setiap Isnin hingga Khamis pukul 8:30 malam. 

Lakonan Uqasha Senrose, Atoi Tohet, Syafiq Sahli, Shakilla Khoriri, Sahronizam Noor, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Zila Bakarin, Afzan A. Rahman, Aman Graseka, Kenji Sawahii, Juita Johari, Ismail Yaacob, Ucop Cecupak, Noralbaniah, Qistina Raisah dan ramai lagi.

Julai 25, 2019

Bagaimana beroleh ketenangan

Bagaimana beroleh ketenangan

Ketahuilah sesungguhnya ketenangan itu adalah milik Allah secara mutlak. Hanya Dia sahaja yang akan memberikan ketenangan kepada hamba hambaNya.

Oleh kerana itu, untuk mendapat ketenangan jiwa yang benar, maka hendaklah manusia sentiasa mengingati Allah. Firman Allah SWT,

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
[Surat Ar-Ra'd 28]
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Namun, perlu kita fahami bahawa mengingati Allah itu tidak hanya semata mata dibibir menyebut nyebut nama Allah mahupun solat, ia perlu disertai oleh setiap anggota badan dan pemikiran dijaga daripada melakukan dosa.

Tidak wujud ketenangan jiwa bagi mereka yang melafazkan zikir dibibir mahupun solat tetapi mata masih gemar melihat maksiat.

Tidak wujud ketenangan jiwa bagi mereka yang memuji muji Allah sedangkan dia masih lagi tidak menghiraukan tentang halal haramnya makanan yang dimakan.

Tidak wujud ketenangan dalam diri bagi golongan yang gemar ke majlis ilmu tetapi masih tidak mahu meninggalkan caci maki mahupun mengumpat.

Dan banyak lagi dosa dosa yang perlu dijauhi sekiranya kita   benar benar mahu mengingati Allah dan benar benar inginkan ketenangan jiwa.

Oleh itu, persiapkanlah amal sebanyak banyaknya dengan seikhlas ikhlasnya. Tinggalkan maksiat dan tinggalkan juga keseronokan dunia yang berlebihan.

Perbanyakkan taubat. Istighfarlah sebanyak banyaknya setiap hari. Kerana kita tahu kita sememangnya tidak lari daripada melakukan dosa.

Hiduplah dibawah naungan Al Quran dan As Sunnah dengan bersungguh sungguh.

Maka apabila kita telah berusaha melakukan perkara perkara di atas, InsyaAllah, jiwa kita akan tenang tenteram. Wallahu'alam

Julai 24, 2019

Anak Yang Sejuk Mata Memandang

Anak Yang Sejuk Mata Memandang

1. Dalam al-Quran, Allah mendidik orang beriman supaya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sejuk mata memandang. Firman Allah:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ

“(dan sifat hamba Allah itu) mereka (sentiasa) berdoa: “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami isteri-isteri dan zuriat yang sejuk mata memandang.”

2. Apakah yang dimaksudkan dengan anak yang menyenangkan mata memandang ini? Dalam memahami ayat ini, seorang sahabat Nabi bernama al-Miqdad ibn al-Aswad mempunyai pandangan yang agak menarik.

3. Menurut al-Imam al-Tabari, seorang lelaki lalu dihadapan Saidina al-Miqdad ibn al-Aswad, lalu memujinya. Lelaki itu berkata: “Beruntunglah engkau (wahai Miqdad) kerana kedua matamu dapat melihat Rasulullah." Saidina Miqdad tiba-tiba marah lalu berkata:

ما يدري لو شهده كيف كان يكون فيه

“Sesungguhnya lelaki tersebut tidak mengetahui (apa yang diucapkannya). Sekiranya dia menyaksikan (dan bersama dengan dakwah Rasulullah), dia pasti tidak tahu bagaimana dia akan bertindak (samada menerima dakwah Rasulullah atau tidak).” Bererti bukan mudah berada dalam situasi bersama dengan Rasulullah. Silap-silap, kita juga menentang dakwah.

4. al-Miqdad menerangkan mengapa dia marah dengan kata-kata lelaki tersebut. Kata al-Miqdad: Sesungguhnya Rasulullah dibangkitkan kepada satu kaum yang merasakan menyembah berhala adalah agama yang paling mulia. Ketika Rasulullah datang, Quraysh terpecah kepada dua. Satu kumpulan yang menerima dakwah, dan kumpulan lain menolak seruan Tauhid ini.

5. Ketika itulah kaum Muslimin diuji. Apakah mata mereka akan tenang melihat anak-anak mereka kufur kepada Allah. Apakah tenang mata anak muda Muslim melihat ayah ibu mereka kufur kepada Allah.  Kata Miqdad:

فلا تقر عينه و هو يعلم أن حبيبه في النار

“Mata orang-orang beriman tidak akan tenang melihat orang yang dicintainya itu akan berkesudahan di dalam neraka.”

6. Menurut al-Miqdad, inilah yang dimaksudkan oleh doa yang diajarkan oleh Allah di dalam al-Quran itu tadi. Anak sejuk mata memandang adalah merekq yang beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh. Mata orang beriman tidak akan tenang melihat anak mereka melakukan amalan yang membawa mereka ke neraka.

7. Bererti, yang dimaksudkan dengan sejuk mata memandang itu adalah anak-anak yang enak dilihat melakukan ketaatan. Orang Mukmin bukan sekadar senang melihat anak mereka berjaya merangkul dunia, menjadi seorang yang bijak atau jutawan yang berjaya sahaja.

8. Orang beriman hanya akan tenang melihat anaknya menjadi anak yang soleh. Biar anak mereka tidak mewah/kaya, asalkan mampu menjadi anak yang soleh. Doa anak yang soleh tidak boleh dibeli dengan dunia.

Semoga Allah mengurniakan kita anak-anak yang soleh, yang menyenangkan pandangan mata dan hati.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Julai 23, 2019

Word 184

Word 184

What's come around goes around.

Bagaimana kita menghargai begitu Kita dihargai.

Kunci bahagia.

Bersangka baik dengan apa jua yang Allah takdirkan.

Just to make a wish as usual, have a nice day everyone.

Terima kasih Allah untuk segalanya.

Alhamdulillah.

Kenapa Rasulullah Beristighfar?

Kenapa Rasulullah Beristighfar?

1. Sheikh al-Dahlawi menyebutkan bahawa terdapat sarjana Muslim yang berasa hairan mengapa Rasulullah sering beristighfar sedangkan Baginda telah diampunkan dosanya. Kata Sheikh al-Dahlawi:

ولقد تحير العلماء في بيان معنى هذا الحديث وتأويله

“Sesungguhnya (sebahagian) ulama merasa hairan ketika membahaskan hadith ini (hadith istighfar Rasulullah).” Ini kerana kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah telah dikurniakan keampunan buat Baginda, bahkan Baginda adalah maksum. Lalu untuk apa lagi istighfar tersebut?

2. Menurut riwayat Sahih Muslim, Rasulullah dikatakan tenggelam dalam kekhusyukkan beristighfar. Sabda Baginda Nabi:

إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِي، وَإِنِّي لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِي الْيَوْمِ مِئَةَ مَرَّةٍ

“Sesungguhnya hatiku tenggelam dalam keseronokan beristighfar. Dan sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah setiap hari seratus kali.” (HR Muslim)

3. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah yang maksum ini khusyuk dan tenggelam jiwanya dalam memohon keampunan buat Allah sedangkan Baginda adalah maksum.

Menurut al-Imam al-Nawawi, Baginda beristighfar bukan buat dirinya akan tetapi untuk umatnya iaitu kita! Kata al-Imam al-Nawawi:

هُوَ هَمُّهُ بِسَبَبِ أُمَّتِهِ وَمَا اطَّلَعَ عَلَيْهِ مِنْ أَحْوَالِهَا بَعْدَهُ فَيَسْتَغْفِرُ لَهُمْ

“Ia adalah disebabkan kerana keperihatian Nabi terhadap umatnya, Baginda memerhati hal ehwal yang akan menimpa umatnya lalu Baginda beristighfar buat mereka. (al-Nawawi, Sharh Muslim).

4. Bayangkan, Rasulullah sendiri memohon istighfar buat kita kerana dosa dan kesilapan yang kita lakukan. Tidak malukah kita kepada Rasulullah yang memohon istighfar buat umatnya sedangkan kita sendiri jarang beristighfar?

5. Menurut al-Qadi Iyyad pula, Baginda mengucapkan istighfar setiap masa kerana bimbang terdapat terdapat masa yang hatinya leka dari mengingati Allah.

كَانَ شَأْنُهُ الدَّوَامَ عَلَيْهِ فَإِذَا فتَرَ عَنْهُ أَوْ غَفَلَ عَدَّ ذَلِكَ ذَنْبًا وَاسْتَغْفَرَ مِنْهُ

“Sesungguhnya hati Rasulullah itu sentiasa berada dalam keadaan zikir (mengingati Allah), namun apabila Baginda teralpa atau terleka seketika, maka Baginda segera beristighfar kerana leka dari berzikir kepada Allah.” (Sharh Muslim)

6. MashAllah! Begitu tinggi iman seorang Nabi. Tidak ada masa bagi hatinya untuk alpa dari mengingati Allah. Sekiranya terleka seketika, Baginda segera memohon keampunan dari Allah.

7. Malah al-Nawawi menegaskan bahawa istighfar Rasulullah itu adalah manifestasi pengabdian Baginda kepada Allah, iaitu menundukkan seluruh jiwa dan raganya hanya kerana Allah sebagai tanda hamba yang bersyukur.

8. Andai Rasulullah sendiri beristighfar untuk kita setiap hari, malulah kita jika kita sendiri tidak beristighfar setiap hari. Malah sekiranya Rasulullah sendiri beristighfar untuk menzahirkan sifat kehambaan dan syukur kepada Allah, maka kita lebih perlu untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

ALLAH MENERANGKAN SUATU HUKUM AGAR KITA TIDAK SESAT

ALLAH MENERANGKAN SUATU HUKUM AGAR KITA TIDAK SESAT

Firman Allah SWT :

یُبَیِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ أَن تَضِلُّوا۟ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمُۢ

Surat An-Nisa' 176
‎Terjemahan :
"Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Tazkirah Ringkas

Julai 22, 2019

Kesan Makanan Terhadap Anak

Kesan Makanan Terhadap Anak

1. Kajian terkini dari University of Central Florida mendapati terdapat hubungkait antara pemakanan ibu dengan anak autism. Kewujudan Propionic Acid (PPA) dalam makanan yang diproses (processed foods) memberikan kesan negatif terhadap anak. Benar, tiada satu petanda yang jelas dalam isu autism ini, namun pemakanan ibu adalah perkara yang mesti diberi perhatian.

2. Dalam Islam, isu pemakanan juga sangat ditekankan. Allah mendidik Muslim supaya mengambil pemakanan yang halal dan baik (tayyiba). Firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah makanan yang baik daripada apa yang telah kami rezekikan kepadamu.”

3. Malah makanan yang baik boleh memberikan kesan kepada anak. Bapa kepada al-Imam al-Bukhari dikatakan sangat menjaga makanan beliau. Ketika hampir meninggal, beliau diriwayatkan sebagai berkata:

لا أعلم من مالي درهمًا من حرام، ولا درهمًا من شبهة

“Tidak aku ketahui daripada harta aku ini satu dirham pun daripada yang haram, bahkan tidak ada satu dirham pun daripada perkara syubhah.” (Hady al-Sari, Ibn Hajar)

4. Kata-kata bapa kepada al-Imam al-Bukhari ini didengari oleh Ahmad ibn Hafs lalu beliau berkata di dalam hati beliau:

وصلاح الآباء ينفع الأبناء

“Ayah yang baik (dari segenap aspek) akan memberikan manfaat buat anak-anaknya.” Maka tidak hairanlah kita lihat kehebatan al-Imam al-Bukhari, hasil dari didikan rapi oleh ayahnya.

5. Begitu juga dengan al-Imam al-Ghazali. Beliau berpesan bahawa sekiranya kita inginkan anak yang soleh, maka aspek pemakanan yang halal dan baik mestilah dijaga dari awal.

6. al-Imam al-Ghazali turut menukilkan pandangan dari al-Imam Ahmad yang menyatakan bahawa isu pemakanan adalah sebahagian dari urusan agama. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata al-Imam Ahmad:

أما علمت أن الأكل من الدين قدمه الله تعالى على العمل الصالح فقال: "كلوا من الطيبات واعملوا صالحاً

“Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh. Firman Allah: “Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh.” (Ihya Ulumuddin)

7. Malah menurut riwayat al-Bukhari, Rasulullah dikatakan pernah mengeluarkan makanan dari mulut cucu Baginda al-Hasan atas dasar sangat menjaga makanan yang diberikan kepada anak dan cucu Baginda.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Julai 21, 2019

Opah cetus fenomena drama kekeluargaan

Dia seorang tua

Pengasih dan penyayang
Tak pernah hidup duka
Bersama keluarganya
Ini kisah anaknya

Empat orang semuanya
Seorang tiada punya
Yang tidak pernah berkeluarga
Dalam suasana keluarganya

Dia serba tak kena
Namun hatinya tetap riang
Walaupun hidupnya seorang
Di antara cucunya

Tiga yang amat dikenali
Mengikut ragam dunia
Muda mudi 
Inilah kisah keluarga

Opah dengan anak cucunya
Tak pernah hidup sunyi
Suasana
Suka duka.



Dalam kejayaan sesebuah drama bukan sahaja terletak pada jalan cerita yang menarik dan barisan pelakon yang hebat. Runut bunyi atau OST drama dianggap kunci utama yang memainkan peranan penting membuatkan nama drama itu terus melekat di hati dan minda penonton.
Lagu tema Drama Opah nyanyian Bob Khalil yang popular pada era-80 itu antara nostalgia drama yang menjadi fenomena hebat di kaca te­levisyen suatu masa dahulu dipilih sebagai runut bunyi menghiasi setiap episod dalam slot Drama Minggu Ini terbitan Radio Te­levisyen Malaysia (RTM) yang disiarkan secara bersiri.
Drama Opah yang popular itu ‘dekat’ dengan jiwa masyarakat yang mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan yang menjadi tunjang utama drama itu menjadi kegemaran penonton RTM TV1.
Pada awal drama Opah di­siarkan dalam format hitam putih kemudiannya pada 1984. drama ini dan drama-drama terbitan RTM bertukar ke format warna.
Watak seperti Opah Kalsom lakonan oleh Allahyarham Zaiton Hussin diingati dan bertakhta di hati peminat. Segala petua dan teladan yang diketengahkan melalui program terbitan RTM itu masih diingati oleh peminatnya.
Selain itu, watak Jenab lakonan Khatijah Abu Hassan dan Joyah (Norlia Ghani) turut mencuit perhatian penonton termasuk watak-watak hebat lakonan yang digemari ramai seperti Mohamad Abdullah (Pak Busu), Zami Ismail, Razali Buyong (Osman), Normala Omar (Tipah), Norazean Salehan, Aziz M. Osman, Nor Nasriq Dadameah, Mustaffa Noor (Amar), Yasmin Yusuf.
Drama Opah telah ditamatkan pada penghujung 1980-an, namun begitu pada pertengahan tahun 1990-an drama bersiri ini muncul kembali tetapi dengan ramai watak asal telah diambil alih oleh pelakon lain.
Bagaimanapun selepas 12 tahun, Drama Opah kembali dengan nafas baharu. Dan bagi meneruskan drama berbentuk kekeluargaan ini tentunya ada kelainan yang diberikan Opah untuk musim terbarunya.
Akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan Mega bertarikh 12 Mac 2012 memuatkan berita bertajuk ‘Joyah‘ muncul kembali dalam Opah? melaporkan, drama bersiri terbaru ini akan diterajui generasi kedua opah, iaitu anak-anaknya yang pernah menjadi pendukung utama drama bersiri ini.
Masih mengekalkan tajuk Opah, watak opah kali ini akan dipegang anak pertama keluarga tersebut iaitu Jenab yang akan dilakonkan Fadilah Mansor.
Menurut, pengarahnya, Zamani Ibrahim, perancangan untuk meneruskan siri Opah ini mengambil masa selama dua tahun sebelum mereka semua bersedia untuk menerbitkan semula drama Opah dengan versi yang lebih berbeza.
“Kami masih mengekalkan nilai-nilai masyarakat yang menjadi tunjang utama drama Opah sejak dahulu lagi.
“Bagaimanapun, kami faham watak Opah yang pernah dimainkan pelakon Allahyarham Zaiton Hussien terlalu kuat dalam kalangan masyarakat pada ketika itu, dan disebabkan itu juga kami mengambil keputusan untuk meneruskan drama ini dengan kehadiran generasi kedua sahaja,”katanya.
Laporan itu memetik, bakal ditayangkan pada awal September 2012, drama yang akan di­siarkan selama 13 episod ini bakal dimulakan dengan memper­kenalkan watak-watak baharu.
Menurut Zamani juga di dalam memberi sedikit kekuatan kepada drama juga pihaknya berusaha untuk mendapatkan semula pelakon asal drama Opah iaitu Norlia Ghani yang meme­gang watak sebagai Joyah.
“Pada musim pertama ini kami lebih menumpukan kepada pengenalan kepada setiap watak. Dan antara pelakon yang akan menjayakan drama bersiri opah musim terbaru ini adalah Hairie Othman, Shaharuddin Thamby, Aida Khalida dan Zizan Nin, ”katanya.

Sumber: Pusat Maklumat Utusan

Jangan bilang I Love You

Jangan bilang I Love You
Bila tak mau diajak menikah
Jangan mudah tertipu berhubungan dengan orang yang salah
Perasaan cinta anugrah terindah
Dalam makna cinta, cinta karena Alloh

Setiap insan pasti merasakan cinta
Sudah suratan dari Yang Maha Kuasa
Cinta adalah menyayangi dan memberi
Saling mengalah mendo'akan dengan hati

Setiap insan pasti merasakan cinta
Sudah suratan dari Yang Maha Kuasa
Cinta adalah menyayangi dan memberi
Saling mengalah mendo'akan dengan hati

Cinta yang sesungguhnya suka dan duka selalu setia (Setia)
Cinta yang seutuhnya membuat kita selalu bahagia
Cinta dalam syari'at selamanya kuat tak ada dusta (Tak ada dusta)
Cinta dalam maksiat selamanya sesat berujung dosa

Perasaan cinta anugrah terindah
Dalam makna cinta, cinta karena Alloh

Setiap insan pasti merasakan cinta
Sudah suratan dari Yang Maha Kuasa
Cinta adalah menyayangi dan memberi
Saling mengalah mendo'akan dengan hati

Cintai seseorang bila membuat dekat kepada Alloh (Kepada Alloh)
Jauhi seseorang bila membuat jauh kepada Alloh
Jangan bilang I Love You bila tak mau diajak menikah
Jangan mudah tertipu berhubungan dengan orang yang salah

Perasaan cinta anugrah terindah
Dalam makna cinta, cinta karena Alloh

Setiap insan pasti merasakan cinta
Sudah suratan dari Yang Maha Kuasa
Cinta adalah menyayangi dan memberi
Saling mengalah mendo'akan dengan hati

Cinta yang sesungguhnya suka dan duka selalu setia (Setia)
Cinta yang seutuhnya membuat kita selalu bahagia
Cinta dalam syari'at selamanya kuat tak ada dusta (Tak ada dusta)
Cinta dalam maksiat selamanya sesat berujung dosa

Perasaan cinta anugrah terindah
Dalam makna cinta, cinta karena Alloh

Setiap insan pasti merasakan cinta
Sudah suratan dari Yang Maha Kuasa
Cinta adalah menyayangi dan memberi
Saling mengalah mendo'akan dengan hati

Cintai seseorang bila membuat dekat kepada Alloh (Kepada Alloh)
Jauhi seseorang bila membuat jauh kepada Alloh
Jangan bilang I Love You bila tak mau diajak menikah
Jangan mudah tertipu berhubungan dengan orang yang salah

Perasaan cinta anugrah terindah
Dalam makna cinta, cinta karena Alloh

Setiap insan pasti merasakan cinta
Sudah suratan dari Yang Maha Kuasa
Cinta adalah menyayangi dan memberi
Saling mengalah mendo'akan dengan hati

BUANG SEGERA TUJUH APLIKASI INI DALAM PERANTI ANDA.


BUANG SEGERA TUJUH APLIKASI INI DALAM PERANTI ANDA.

Penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang berpengkalan di Republik Czech telah menyenaraikan tujuh aplikasi dalam Google Play Store yang didapati melakukan intipan terhadap para pengguna melalui peranti pintar. 



Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.

Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:

1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;

2. Spy Kids Tracker;

3. Phone Cell Tracker;

4. Mobile Tracking;

5. Spy Tracker;

6. SMS Tracker; dan

7. Employee Work Spy.

Kesemua aplikasi berkenaan telahpun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.

Para pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat naik di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan (uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.

Pengguna juga diminta agar tidak memuat naik sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.

Sumber: Google pulls stalker apps identified by Avast, https://ift.tt/2xSEwfU - 20 Julai 2019.

Kredit : Laiyeker

Sultan Kelantan Bercerai Talak Tiga Dengan Rihana Oksana


Sultan Kelantan Bercerai Talak Tiga Dengan Rihana Oksana - GOOGLE


Peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua dari firma guaman Eversheds Herry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura hari ini membuat pengesahan berhubung kes perceraian Sultan Kelantan dengan bekas isterinya, Rihana Oxana Gorbatenko.  Dalam satu kenyataan media, firma guaman itu menyatakan telah menghantar surat cerai berkenaan kepada pihak peguam Rihana.

Foto rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipersembahkan oleh Istana Negara.

Day Writing Challenge

Day Writing Challenge

Bagi yang tiada idea nak menulis boleh cuba cara ini.

Saya search google "Day Writing Challenge"

Related image
Image result for day writing challenge

Happy writing.

JANGAN ENGKAU PERSIAKAN PANDUAN HIDUP UNTUK BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

JANGAN ENGKAU PERSIAKAN PANDUAN HIDUP UNTUK BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Firman Allah SWT :
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَاۤءَكُم بُرۡهَـٰنࣱ مِّن رَّبِّكُمۡ وَأَنزَلۡنَاۤ إِلَیۡكُمۡ نُورࣰا مُّبِینࣰا
[Surat An-Nisa' 174]
‎Terjemahan :
"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak)."

Tazkirah Ringkas

Julai 20, 2019

Pesanan Rasulullah Buat Si Gila Kuasa

Pesanan Rasulullah Buat Si Gila Kuasa

1. Rasulullah berpesan dalam sebuah hadith bahawa kegilaan manusia pada kuasa akan memusnahkan mereka. Sabda Rasulullah:

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتِ الْفَاطِمَةُ

“Sesungguhnya akan ada dikalangan kamu mereka yang bersungguh-sungguh gilakan kepimpinan dan ia akan jadi satu penyesalan di Hari Kiamat. Ia hanya menyenangkan di dunia dan penyesalan di Akhirat. (HR al-Bukhari)

2. Bahkan Rasulullah menegaskan bahawa orang yang gilakan kuasa ini tidak seharusnya diberikan jawatan. Perkara ini dijelaskan ketika Baginda ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah menjawab:

إنا لا تُولي هذا مَنْ سَألهُ وَلا مَنْ حَرَص عليه

“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gila kan jawatan kepimpinan.”

3.  Seorang tokoh sufi yang terkenal pernah berpesan bahawa gilakan kuasa akan merosakkan peribadi seseorang. Gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan bersifat hasad bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad:

ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى ، وتتبع عيوب الناس ، وكره أن يُذكر أحد بخير

“Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan melampau, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.”

4. Atas dasar itu al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan ini adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau:

ما صدق عبد قط فأحب الشهرة

“Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran.”

Semoga Allah sentiasa membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

JAUHI SIKAP SUKA MEMINTA-MINTA

JAUHI SIKAP SUKA MEMINTA-MINTA

Kemiskinan Dan Kepayahan Untuk Menguji Sabar Dan Syukur Seorang Hamba

Bismillah.....
Mengharapkan sesuatu dari perkara dunia seperti kekayaan bukanlah hal yang terlarang dan tercela, dan itu merupakan suatu tabiat yang wajar, akan tetapi yang harus di perhatikan adalah cara yang ditempuh untuk mendapatkannya, apakah sudah sesuai dengan apa yang Allah syari’atkan atau tidak, serta tidak melanggar larangan-larangan-Nya. Seperti dengan cara meminta-minta kepada manusia.

Meminta-minta hukum asalnya adalah terlarang. Banyak sekali dalil-dalil yang menunjukkan larangan keras tentang hal ini, di antaranya:

مَنْ سَأَلَ النَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ

“Barangsiapa meminta-minta kepada orang lain dengan tujuan untuk memperbanyak kekayaannya, sesungguhnya ia telah meminta bara api; terserah kepadanya, apakah ia akan mengumpulkan sedikit atau memperbanyaknya” (HR. Muslim no. 1041).

Rasulullah SAW bersabda:

لَأَنْ يَغْدُوَ أَحَدُكُمْ، فَيَحْطِبَ عَلَى ظَهْرِهِ، فَيَتَصَدَّقَ بِهِ وَيَسْتَغْنِيَ بِهِ مِنَ النَّاسِ، خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ رَجُلًا، أَعْطَاهُ أَوْ مَنَعَهُ ذَلِكَ، فَإِنَّ الْيَدَ الْعُلْيَا أَفْضَلُ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ

“Jika salah seorang di antara kalian pergi di pagi hari lalu mencari kayu bakar yang di panggul di punggungnya (lalu menjualnya), kemudian bersedekah dengan hasilnya dan merasa cukup dari apa yang ada di tangan orang lain, maka itu lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang lain, baik mereka memberi ataupun tidak, karena tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Dan mulailah dengan menafkahi orang yang engkau tanggung” (HR. Bukhari no. 2075, Muslim no. 1042).

Rasulullah SAW bersabda:

إِنْ الْمَسْأَلَةَ كَدٌّ يَكُدُّ بِهَا الرَّجُلُ وَجْهَهُ إِلَّا أَنْ يَسْأَلَ الرَّجُلُ سُلْطَانًا أَوْ فِي أَمْرٍ لَا بُدَّ مِنْهُ

“Sesungguhnya, meminta-minta itu adalah topeng yang dikenakan seseorang pada dirinya sendiri, kecuali bila seseorang meminta kepada penguasa atau karena keadaan yang sangat memaksa” (HR. At-Tirmidzi no. 681, ia berkata: “hasan shahih”).

Orang yang sering meminta kepada orang lain bukan hanya akan membahayakan dirinya sendiri, akan tetapi juga orang lain, bahkan kerugian mereka di akhirat.

IMPAK BURUK SIFAT SUKA "MEMINTA - MINTA

1. Menyakiti diri sendiri dan orang lain

Merasa kecewa bila diberi sedikit, bahkan marah apabila permintaannya ditolak. Terkadang mengganggu hati dan perasaan orang sekitarnya.

2. Menjadi miskin jiwa dan harta

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Tidaklah seorang hamba membuka pintu untuk meminta-minta melainkan Allah membukakan baginya pintu kefakiran.” (HR. Ahmad 4/207)

3. Memasukkan diri sendiri ke dalam api neraka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa meminta harta benda kepada orang lain dengan tujuan memperbanyak (kekayaan), maka sebenarnya dia meminta bara api, oleh kerana itu terserah kepadanya mau memperoleh sedikit atau memperoleh banyaknya.” (HR. Muslim: 1041)

4. Dilanda kemiskinan dengan tidak merasakan kepuasan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa membukakan bagi dirinya pintu meminta-minta tanpa kebutuhan yang mendesak, atau bukan kerana kemiskinan yang tidak mampu bekerja, maka Allah akan membukakan baginya pintu kemiskinan dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (HR. Baihaqi)

Namun begitu, bukan semua meminta itu diharamkan dan ditegah dalam Islam. Ada keadaan tertentu @ golongan tertentu yang diharuskan meminta (namun ia dengan bersyarat) terutamanya orang faqir dan dalam darurat :  Terdapat hadith yang menjelaskan meminta-minta adalah haram (tidak dihalalkan) kecuali untuk tiga golongan ini :

1. "Seseorang yang menanggung hutangnya dari orang lain, baik diasebabkan menanggung  denda orang maupun untuk mendamaikan antara dua kelompok yang saling memerangi. Maka dia boleh meminta-minta meskipin dia orang kaya."

2 "Seseorang yang hartanya tertimpa musibah, maka dia boleh memnita sampai dia mendapatkan sandaran hidup."

3. "Seseorang yang menyatakan bahwa dirinya tertimpa kemiskinan, maka apabila ada tiga orang yang berakal dari kaumnya memberi kesaksian atas hal itu, maka dia boleh meminta-minta sampai dia mendapakan sandaran hidup."

Ulama sepakat akan haramnya meminta-minta jika tidak dalam keadaan darurat. Imam An-Nawawi ketika menjelaskan bab “An-Nahyu ‘anil Mas’alah” (larangan meminta-minta) beliau mengatakan:

مَقْصُودُ الْبَابِ وَأَحَادِيثِهِ النَّهْيُ عَنِ السُّؤَالِ وَاتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَيْهِ إِذَا لَمْ تَكُنْ ضَرُورَةٌ

“Maksud dari bab ini dan hadith-hadith yang ada di dalamnya adalah larangan meminta-minta. Ulama sepakat hukumnya terlarang jika tidak dalam keadaan darurat” (Syarah Shahih Muslim, 7/127).

Meminta-minta dalam keadaan tidak faqir dan tidak darurat, termasuk dosa besar, kerana diancam dengan azab di akhirat. Jika dalam keadaan darurat, namun tidak fakir dan mampu bekerja, ulama berselisih pendapat mengenai hukumnya. An-Nawawi menjelaskan:

أَصْحَابُنَا فِي مَسْأَلَةِ الْقَادِرِ عَلَى الْكَسْبِ عَلَى وَجْهَيْنِ أَصَحُّهُمَا أَنَّهَا حَرَامٌ لِظَاهِرِ الْأَحَادِيثِ وَالثَّانِي حَلَالٌ مَعَ الْكَرَاهَةِ بِثَلَاثِ شُرُوطٍ أَنْ لَا يُذِلَّ نَفْسَهُ وَلَا يُلِحَّ فِي السُّؤَالِ وَلَا يُؤْذِيَ المسؤول فَإِنْ فُقِدَ أَحَدُ هَذِهِ الشُّرُوطِ فَهِيَ حَرَامٌ بِالِاتِّفَاقِ وَاللَّهُ أَعْلَمُ

“Para ulama berselisih pendapat mengenai hukum meminta-minta bagi orang yang mampu bekerja, dalam dua pendapat. Pendapat yang lebih tepat, hukumnya haram, berdasarkan zahir hadits-hadits yang ada. Pendapat yang kedua, hukumnya boleh namun disertai kemakruhan, jika memenuhi tiga syarat: [1] tidak menghinakan dirinya, [2] tidak memaksa ketika meminta, dan [3] tidak memberikan gangguan kepada orang yang dimintai. Jika salah satu syarat ini tidak dipenuhi, maka hukumnya menjadi haram dengan sepakat ulama. Wallahu a’lam” (Syarah Shahih Muslim, 7/127).

Meminta-minta untuk memperkaya diri itu perbuatan tercela. Al-‘Aini (rahimahullah) mengatakan:

“Barangsiapa yang meminta-minta kepada orang lain untuk memperkaya diri itu tercela” (Umdatul Qari, 9/56).

Alhamdulillah, moga artikel kali ini memberikan sedikit pemahaman dan penjelasan kepada kita semua tentang adanya tegahan keras dan haram hukumnya sifat suka meminta-minta dan jauhilah sifat sedemikian. Moga ada manafaatnya buat semua insyaAllah.

Wallahua'lam

Cermin Sufi