Isopod, Pemakan Lidah ikan.

Nak siang ikan hari tu terperanjat jumpa benda ni.

Takut-takut juga tengok kuku cangkuk macam tu.

Terus ambik tab google, baru tau namanya Isopod.

Pemakan Lidah ikan.

1st time tengok. Org Melaka mesti dah biasa jumpa...

Kredit: Ramley Ayah Raushan via Geng Viral Melaka

Ranking Alexa 23 Februari 2019

Ranking Alexa 23 Februari 2019

Global Ranking : 2,602,845
Rank in Malaysia : 29,361

Sumber : Alexa

Senarai Kejuaraan Datuk Nicol David

Senarai Kejuaraan Datuk Nicol David 

Datuk Nicol David atau nama penuh beliau Nicol Ann David, merupakan seorang pemain skuasy profesional negara dan juga wanita Asia pertama yang menduduki #1 dunia dalam sukan skuasy wanita.

Dalam bulan ke-30 berturut-turut, Nicol juga pernah menjadi pemain nombor 1 dunia dalam ranking WISPA.
Selepas 20 tahun mengharumkan nama negara dimata dunia, menerusi laman rasmi Twitter @NicolDavid, beliau secara rasmi mengumumkan pesaraan beliau dari pentas sukan skuasy.lepas 20 tahun, datuk nicol david umum bersara. ini senarai kejuaraan beliau!

Juara
lepas 20 tahun, datuk nicol david umum bersara. ini senarai kejuaraan beliau!

Naib Juara

lepas 20 tahun, datuk nicol david umum bersara. ini senarai kejuaraan beliau!

lepas 20 tahun, datuk nicol david umum bersara. ini senarai kejuaraan beliau!


Sinopsis Calon Menantu Tuan Rumah


Adam merupakan anak kepada Kak Pah tuan rumah yang menyewakan kediaman kepada wanita.Pelbagai kerenah berlaku hinggalah Adam jatuh cinta dengan salah seorang penyewa di situ.

Drama Calon Menantu Tuan Rumah akan datang Mei ini.

Lakonan Zara Zya, Hafiz Roshdi, Faeznick, Dayana Roza, Isyariana, Aprena Manrose dan ramai lagi

Saya Setiap Malam Masa Berdoa Menangis Dengan Kehebatan Allah Ciptakan Wanita." Ustaz Ebit Lew Bagi Nasihat...

Saya Setiap Malam Masa Berdoa Menangis Dengan Kehebatan Allah Ciptakan Wanita." Ustaz Ebit Lew Bagi Nasihat...

Dalam entri terbarunya di Intagram, Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan seorang yang selalu turun padang bertemu dengan insan-insan untuk mendengar cerita dan memberi nasihat menulis tentang seorang lelaki yang mahu berkahwin.

"Sebak tiba-tiba seorang anak muda yang nak kahwin minta nasihat erti pernikahan. Ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak.Betul ke ustaz?

"Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga," tulis Ustaz Ebit.

Menurut beliau, setiap malam ketika berdoa dia menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita.

"Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.

"Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya," tulis Ustaz Ebit lagi.

Menurut Ustaz Ebit, hati wanita hebat dan tabah. Beliau meminta para suami melihat pengorbanan seorang isteri seolah-olah menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak.

"Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka, InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra.

Sanggup beri apa sahaja. Bila hati mereka bahagia.Mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga," nasihat Ebit.

Tambah Ustaz Ebit lagi, orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita, rumahtangga akan porak poranda.

Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu dan tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik, tanya beliau.

"Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa.

"Ucapan terima kaseh sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betapa bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah," pesan Ustaz Ebit kepada para suami.

Menurut Ustaz Ebit lagi, semua perkara akan menjadi susah apabila kita mahukan isteri yang sempurna sedangkan diri sendiri tidak sempurna.

Sumber

Nasi Tomato dan Nasi Beriani di Balik Pulau Sekupang Saja.

Nasi Tomato dan Nasi Beriani di Balik Pulau Sekupang Saja.


BALIK PULAU: “Biaq betoi (biar betul), nasi beriani sekupang,” itu reaksi setiap pengunjung yang ke Baen Cafe di sini.

Ramai yang terkejut kerana nasi tomato dan nasi beriani kosong dijual di premis itu dengan harga hanya 10 sen sepinggan.

Lebih unik, minuman yang dibancuh dengan gula dan perisa seperti sirap, teh O dan kopi O juga dijual dengan harga 10 sen segelas.

Pemilik Baen Cafe, Ibrahim Abdul Rahim, 37, berkata, sudah 15 tahun dia mengusahakan perniagaan makanan itu selepas meneruskan legasi bapanya.

Menurutnya, sebelum ini dia berniaga di sebuah gerai berdekatan sebelum berpindah ke kawasan berhampiran Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Balik Pulau pada Mei tahun lalu.

“Sudah setahun saya berniaga di sini dan sejak itu juga mula menjual nasi beriani dan nasi tomato yang belum dicampur lauk dengan harga 10 sen sepinggan.

“Selain itu, air yang dibancuh dengan perisa dan gula juga dijual dengan harga 10 sen, tetapi ia hanya untuk mereka yang makan di sini dan tidak boleh dibungkus,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, idea menjual nasi dengan harga 10 sen itu datang selepas menyedari keperluan untuk menjual makanan dengan murah mengikut keadaan ekonomi semasa selain membantu meringankan kos kehidupan pelanggan.

Katanya, dia faham dengan keadaan ekonomi ketika ini dan sebab itu dia menjual makanan dengan murah.

“Sebelum ini, saya pernah memberi percuma setiap air minuman kepada pelanggan yang datang makan ke kedai saya, tetapi ia menimbulkan perasaan malu dalam kalangan penunjung serta ada yang tidak gemar dengan minuman percuma.

“Namun, perniagaan saya ketika itu juga cukup menguntungkan kerana orang ramai datang kerana harga makanan dijual berpatutan.

“Ketika itu, saya menjual ayam goreng dengan harga RM1 setiap satu,” katanya.

Peniaga itu berkata, di kedai makannya juga dia menjual nasi campur dengan beraneka lauk dan ia jauh lebih murah daripada kedai biasa malah harganya 50 peratus jauh lebih murah.

“Sebagai contoh, ayam goreng yang dijual RM3 di kedai lain, kami menjualnya dengan harga RM1.50, ikan cencaru yang dijual RM5 di kedai lain hanya dijual RM3 di sini,” katanya. - Kredit Harian Metro

Sumber

Loghat Patani, Baling

Baling- Sebuah daerah yang didiami majoritinya oleh masyarakat Melayu berketurunan Patani.

Di dokong oleh kampung-kampung sekitarnya yang masih belum terhakis oleh arus pembangunan.

Baling mempunyai dialeknya tersendiri dikenali sebagai 'Loghat Patani'.  Dan sekiranya papan tanda sepanjang jalan ke sana ditulis dalam Loghat Patani maka ianya akan ditulis seperti berikut, contohnya

01.  Wak Keita molek-Molek
02.  Slo-Slo Lemung Litas Jalan
03.  Bawak deghas Caghi Maghu
04.  Jaga-Jaga Eria Than Paku
05.  Begheti Tepi Beghi Dabal Segena
06.  Eria Kabok - Peghidok Lapu
06.  Depan Nung Jalan Mapoh
07.  Depan nung kona Tajan
08.  Takleh Nyebeghang Tang Ni Jalan Kalok
09.  Eria Sekolah Jangan Peceq Hong
10.  Eria Klenek Jangan Preh Minyak
11.  Ceghemat kik Eria Ngusek Kuat

Dan macan² lagi...

Harap anda semua  boleh faham.  Dan anda tidak akan terasa letih apabila ke sana sambil menikmati pemandangan indah serta lokasi lokasi percutian yang menarik yang boleh di dapati di sana - Kenali Baling.(copypaste) ini lah asal usulku, aku bangga Jd warga Baling. Amba. .bangga ,.haba btul oo. , kt muma semua. .

#kreditbalingkinifress

#whatsappgroup

Harga RON95 dan RON97 naik 10 sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing dinaikkan sebanyak 10 sen seliter bermula 12 tengah malam ini hingga 1 Mac depan. 
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit RON95 dinaikkan kepada RM2.08 berbanding RM1.98 seliter sebelum ini dan RON97 dinaikkan kepada RM2.38 seliter daripada RM2.28.
"Harga diesel dikekalkan pada paras  RM2.18 untuk tempoh sama berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan," katanya di sini hari ini.
Tambah kenyataan itu, peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada 
AS$63.11 (RM257.17) setong kepada AS$66.91 (RM272.66) setong.

Katanya, kos purata produk diproses bagi produk diesel turut meningkat secara ketara iaitu daripada AS$74.38 (RM303.09) setong kepada AS$79.11 (RM322.34) setong.
"Sepatutnya harga runcit diesel adalah sebanyak RM2.33 seliter.
"Namun, selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras ditetapkan, maka harga runcit diesel terus dikekalkan untuk tempoh berkenaan," katanya. - K! ONLINE

Rutin Diet Shah Rukh Khan Yang Sangat Ketat, Rasa Macam Mustahil Tapi Hasilnya Memang Badan Six Pack & Awet Muda

7 Rutin Diet Shah Rukh Khan Yang Sangat Ketat, Rasa Macam Mustahil Tapi Hasilnya Memang Badan Six Pack & Awet Muda

Untuk mendapat susuk sebegini rupa dalam usia 50 tahun mungkin suatu yang mustahil. Semuanya hasil kerja keras dan sikap konsisten Shah Rukh Khan dalam rutin diet. Setiap penjagaan tubuh dan kesihatan pasti mempunyai peraturan serta perkara yang dilarang.

Kalau rasa tak mampu nak dapat six pack macam SRK, apa kata tiru diet clean beliau…


1. Tidak ambil daging kambing
Shah Rukh Khan gemar dengan nasi Dum Briyani yang dimasak dengan daging kambing tapi kini beliau dilarang untuk makan daging kambing.

2. Rebus
Tak perlu minyak, tak perlu goreng. Shah Rukh Khan lebih gemar untuk rebus ayam dan tabur dengan garam serta lada hitam. Kemudian disajikan sebagai salad ayam, ringkasnya.

3.Tak pernah tambah
Bagi beliau cukup hanya satu pinggan. SRK tidak pernah minta untuk tambah makanan dan apa yang ada didalam pinggan beliau habiskan.

4. Selamat tinggal karbohidrat
Semua jenis makanan berasaskan karbohidrat beliau tinggalkan samada nasi, gandum dan kentang.

5. SRK makan ini..
Daging ayam belanda, ikan, keju paneer, telur putih dan susu skim. Walaupun dalam tidak bersenam, SRK masih mengamalkan diet dari makanan tersebut.

6. Tiada snek
Bayangkan beliau langsung tidak menjamah snek sampingan. Memang bagi SRK cukup dengan hidangan penuh atau salad tak perlu snek tambahan.

7. Mentega
Apa jua hidangan atau masakan yang dimasak dengan butter SRK tak akan ambil.


Shah Rukh Khan bersama pelatih bina badan beliau, Prashant Sawant. Foto – India Today
Artikel Berkaitan: Wajah awet muda, Shah Rukh Khan akui tidak suntik botox


SHAH RUKH: “Walaupun usia saya kini 51 tahun namun sampai saat ini saya belum pernah melakukan suntikan botox.”

PELAKON popular Bollywood, Shah Rukh Khan akui tidak pernah melakukan suntukan botox pada wajahnya.

Menurut laporan Pinkvilla, meskipun usia Shah Rukh Khan sudah berusia 51 tahun, namun wajahnya masih tampan seperti 30 tahun lalu.

“Saya seorang bintang filem dan itu mungkin antara sebab saya harus menjaga penampilan supaya nampak lebih kemas serta bersih.

“Walaupun usia saya kini 51 tahun namun sampai saat ini saya belum pernah melakukan suntikan botox.

“Orang ramai mungkin melihat saya nampak muda disebabkan watak-watak yang dibawakan oleh saya di dalam filem.

“Saya tiada apa rahsia untuk kelihatan muda namun apa yang penting adalah untuk menjaga pemakanan serta melakukan senaman untuk kekal bertenaga,” katanya.

Shah Rukh Khan juga menegaskan bahwa dia tidak pernah melakukan suntik botox agar wajahnya tidak berkerut.

Google

SINOPSIS VIRAL ALAM MAYA

SINOPSIS VIRAL ALAM MAYA

Kisah Hazmin yang suka memviralkan (fitnah) isu yang tidak betul untuk mendapatkan ribuan "likes". Akibat perbuatannya, Hazmin ditimpa kifarah.

Telefilem istimewa DFKL 2019 bertajuk Viral Alam Maya lakonan Hafidz Roshdi, Mimi Lana pada Sabtu, 23 Februari jam 9:30 malam di TV3.

SINOPSIS AKU YANG KAU TINGGALKAN

SINOPSIS AKU YANG KAU TINGGALKAN

Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Italy lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu ?

Drama adaptasi novel Aku Yang Kau Tinggalkan karya Alina Haizar (30 episod) yang bakal menemukan kembali gandingan Ungku Ismail Aziz dan Elizad Sharifuddin sebagai teraju utama. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini akan menemui penonton pada bulan Ramadan di saluran RTM.

Biji Selasih Sangat Berkesan Atasi Kadar Gula Darah, Gastrik, Sakit Gigi, Ramai Tak Tahu Cara Penggunaanya

Biji Selasih Sangat Berkesan Atasi Kadar Gula Darah, Gastrik, Sakit Gigi, Ramai Tak Tahu Cara Penggunaanya

Biasanya biji kering atau selasih (Ocimum basilicum) yang telah direndam di dalam air mudah diperolehi di pasaran tradisional atau pasar raya, harga juga agak murah, hanya perlu membelanjakan wang RM1.00 setiap pek. biji selasih pas digabungkan / diproses minuman supaya segar semasa puasa, sebagai tambahan kepada rasa tidak selesa, banyak ciri-ciri juga.

Pada asasnya, manfaat biji selasih, terutamanya untuk kesihatan badan kita, dapat dijelaskan berikut:

1) Sebagai ubat herba

Biji selasih digunakan secara meluas untuk gabungan beberapa jenis hidangan seperti jus, buah-buahan campuran ais / ais, puding atau agar-agar.

Biji selasih dalam perkara ini mengandungi banyak nutrien pekat seperti karbohidrat, vitamin, mineral, lemak dan serat untuk penggunaan yang sangat baik sebagai pelega masalah pencernaan herba, sakit tekak, sembelit dan cirit-birit.

2) Mengawal tahap gula dalam darah

Bertindak untuk mengawal gula dalam darah tinggi di kalangan mereka yang membangunkan diabetes jenis 2. Menurut beberapa kajian perubatan, biji selasih boleh membantu melindungi kandungan gula dalam darah sentiasa stabil.

3) Membantu kebuluran

Biji selasih Sangat bagus diberikan kepada mereka yang telah melakukan diet kerana sebahagian untuk membantu menjaga kelaparan.

4) Membantu insomnia

Avail biji selasih baik untuk mengurangkan kebimbangan atau insomnia. Bagi mereka yang mengalami kegelisahan sangat berlebihan atau insomnia, sangat baik dengan cara kerap memakan kebanyakan biji selasih atau makanan / minuman mempunyai benih bahan selasih asas. Kerana benih selasih mempunyai menenangkan.

5) Satu lagi biji selasih manfaat

Sementara itu biji selasih antara lain menurut beberapa kajian perubatan, yang boleh merangsang penyerapan, meningkatkan aliran darah, melegakan sawan pesakit, demam, sebagai pembersih toksin dan meningkatkan daya tahan.

Menurut dari beberapa para ahli dalam beberapa kitab tafsir ayat Al Qur’an yang telah dijelaskan sebelumnya menunjukkan bahwa Allah menciptakan tanaman yang harum yang diantaranya adalah tanaman hijau yang harum yaitu kemangi atau selasih adalah nikmat pemberian Allah SWT untuk para makhluk-Nya di bumi ini, sebagai hamba-Nya kita patut bersyukur terhadap nikmat yang telah Allah berikan.

Memakai biji selasih sebagai Herba

Biji selasih langkah Pengguna sebagai herba penyembuhan yang adalah seperti berikut:
Untuk mengatasi gastrik, menyediakan 5 biji g selasih dan kemudian direbus dengan 200 cc suhu air, campurkan dengan 1 sudu makan madu asli. Minum obat apabila suam, adakah kerap 2 kali sehari, pagi dan petang.


Sebagai herba kecantikan, biji selasih tumbuklah sehingga sebati, tuangkan air panas sederhana. Gaul rata untuk membentuk pes, biarkan sejuk. Pakai sebagai scrub pada muka dan leher, lakukan salah satu selang sehari adalah menghampiri mandi petang.

Untuk sakit gigi, mengambil 10 gram biji selasih, bunga cengkih 4 biji direbus bersama dengan air mendidih seperti yang diperlukan. Kemudian minum air apabila suam dalam tempoh penyakit untuk sembuh dengan sempurna.

Sebagai ubat pelali, anda sering mengalami ketakutan, kebimbangan adalah emosi terlalu berlebihan dan mudah, Selasi benih boleh membuat benih sedatif, langkah 5 g selasih dibancuh dengan 200 cc air. Dan minum apabila panas, boleh digabungkan dengan campuran madu dan jus limau.

Nasihat Ustaz Ebit Liew cara terbitkan kasih sayang kepada isteri tercinta.


Nasihat Ustaz Ebit Liew cara terbitkan kasih sayang kepada isteri tercinta.

Sedihnya..sayunya..bukankah isteri itu Bidadari penyejuk hati kita seorang suami?

Sehingga hari ini soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok hp 8mlm sampai 2 pagi. Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam.

Sampai rumah sibuk pegang hp. Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain.  Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur. Suami main hp.

Takde langusung bantu kerja rumah. Takde langsung nak gurau-gurau dengan anak. Isteri macam orang gaji. Tidak dibelai, disayangi dan diberi perhatian..

Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diambil di akad nikah, mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati..ya Allah bantulah wanita yang diuji begini.

Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Beli buku hadis di kedai dan baca bersama isteri dan anak-anak. Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang..rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi pe ghuni langit.

Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak.. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.

Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga..Allah merahamti keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.

Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30mlm. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta’lim dan Majlis ilmu..

Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak. Suka cuci tandas. Suka khidmat. Suka khidmat anak-anak. Suka mudahkan urusan isteri. Suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita..sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak.

Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi saw sahabat rhum dan kisah teladan.
Setelah itu belai isteri. Picit dan peluk mereka dan ucap i love u sayang. Terima kasih jadi isteri tercinta. Yang setiap hari berkorban. Seorang ketua tidak akan tidur sehingga memastikan semua ahli keluarganya dengan lena..

Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan Allah. Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada Allah. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kurang 2 rakaat dan Solat subuh awal waktu.

Sumber: pesonapengantin

Isteri dah admit nak bersalin. Tapi bos tak bagi cuti. Ini tindakan berani suami.

Isteri dah admit nak bersalin. Tapi bos tak bagi cuti. Ini tindakan berani suami.

Di awal pernikahan aku dengan isteri,aku kerja pemandu lori. Office sebelah rumah jer. Then lepas 2 bulan nikah dapat tahu isteri mengandung. Nak cari duit lebih punya pasal,berhenti kerja lori masuk kerja bas ekspres.

Sepanjang isteri aku mengandung,aku mampu temankan dia pi check up sebanyak 2 kali saja. Selain dari tu semuanya isteri aku settle sendiri. Alhamdulillah aku dapat isteri yang memahami niat aku dan tujuan aku kerja jauh.

Sampai masa isteri aku nak bersalin,aku still atas bas. Dapat call dari isteri memberitahu dah admit nak bersalin. Masa tu aku dalam perjalanan dari Larkin ke Seremban dan TBS. Terus aku call boss aku inform nak kena turun emergency sebab wife dah nak bersalin.

Boss aku cakap tak boleh sebab takde orang nak ganti so kena kerja juga. Aku fikir balik,selama nie aku kerja demi anak dalam kandungan dan isteri aku. Takkan time isteri aku gadai nyawa nak lahirkan anak aku,aku takley duduk di sisi dia bagi dia semangat. Aku letak call teruskan perjalanan.

Sampai toll Port Dickson,aku parking bas kat tepi toll gi kejutkan partner yang tengah tidur suruh dia teruskan perjalanan and then inform dalam group WhatsApp office aku dah resign kerja on the spot. Gaji memang takde sangkut sebab setiap trip bayar cash. Turun dari bas terus booking Grab ke Hospital Sunggala di Port Dickson jenguk isteri aku.

Dan sehari kemudian,16/01/2019 anak lelaki sulung aku lahir ke dunia ini. Sepanjang sebulan selepas itu aku susah dalam kehidupan seharian aku. Sampai terpaksa jual motor aku sebab nak rolling duit.

Alhamdulillah sekarang dah dapat kerja dengan gaji yang lebih bagus dan dekat dengan rumah. Terima kasih sebab sokong abang selama ini isteriku. Rezeki Allah itu luas. Dia Maha Pemurah dan Maha Mengetahui. Sesungguhnya Dia tak akan benarkan hamba-Nya dalam kesusahan.

Sumber: Muhammad Nazri

Sumber

Tengok jawapan tukang gunting rambut ni kalau benar Tuhan itu wujud, kenapa masa manusia dalam susah Tuhan tak bantu

Tengok jawapan tukang gunting rambut ni kalau benar Tuhan itu wujud, kenapa masa manusia dalam susah Tuhan tak bantu

JAWAPAN KEPADA TUKANG GUNTING RAMBUT

Seorang Ustaz ke kedai gunting rambut untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan satu soalan kepada si Ustaz.

Tukang Gunting: Saya nak tanya satu soalan.

Ustaz: Ya, silakan.

Tukang Gunting: Benarkah Tuhan itu wujud?

Ustaz : Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.

Tukang Gunting: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.

Ustaz : “Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala”.

Tukang Gunting: Kenapa Ustaz diam??

Ustaz : Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.

Si tukang gunting pun dengan segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

Tukang Gunting: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

Ustaz: Berapa harga?

Tukang Gunting: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan dari Ustaz)

Ustaz : “Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata”.

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yang agak pelik. Tiba-tiba Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis di tepi jalan dengan rambut kusut masai.

Ustaz : Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni??

Tukang Gunting: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.

Ustaz : Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.

Tukang Gunting: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

Ustaz : Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi.

Tukang Gunting: “Terdiam seketika”.

Ustaz : Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga.

Tukang Gunting: “Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam keadaan menitis air mata”.

Pengajaran kisah: Hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jangan sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.

Sumber

Buah Mata Kucing

Petang-petang santai sambil makan buah mata kucing.

RM12 sekilogram beli kat market pagi tadi.

Tak sedar kemanisannya dah habis separuh dijamah.

Sedap!

Tambahan tengah hujan ni...


Tak rancang tapi sampai


Alhamdulillah
Sesuatu yang tak di rancang tapi sampai jua ke kolam air panas ulu legong .

First sampai di sini . Best juga. Selama ini dalam tanda tanya akhirnya ketemu jua Jawapannya.

Hihihi  (@_-)



Tiga juta bujang dapat RM100

Kerajaan setuju beri Bantuan Sara Hidup kepada individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pengkalan data BSH2018 dengan bayaran permulaan RM100 pada akhir Mac, membabitkan peruntukan RM300 juta.

Bagaimanapun Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan bayaran dan kadar BSH 2019 akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Kabinet untuk dimuktamadkan.

BH.RABU.20FEBRUARI2019.Ms3

Word 118

Word 118

Aku mencintaimu
Akan selalu mencintaimu
Bahkan setelah kematian
Cinta dihatiku takkan berkurang

Aku mencintaimu
Akan selalu mencintaimu
Bahkan setelah kematian
Cinta dihatiku takkan berkurang

Jika teringat padamu
Air mata ku mengalir
Waktu demi waktu mereka mengatakan
Bahwa kita akan bertemu
Apakah kehidupan ini?
Hanya ada ceritamu
Hanya ada ceritamu
Dan kehidupanku

Aku mencintaimu
Akan selalu mencintaimu
Walaupun aku mati
Cintaku ini takkan berkurang

Setiap kata-kata mu
Setiap bukti cintamu itu
Apakah janji dan
Sumpah itu palsu?
Sayang ku, apakah itu benar?
Katakan sejujurnya pada ku
Agar kepercayaan ini tak hancur
Lihatlah ini akibat dari cinta

Aku mencintaimu
Akan selalu mencintaimu
Walaupun aku mati
Cintaku ini takkan berkurang

Saat kenangan dirimu menghampiri ku
Air mata ini mengalir
Waktu demi waktu mereka katakan
Bahwa kita akan bertemu
Kehidupan apa ini?
Yang ada hanya cerita tentang mu
Hanya cerita tentang mu
Yang ada kehidupan ku

Aku mencintaimu
Akan selalu mencintaimu
Walaupun aku mati
Cintaku ini takkan berkurang

SINOPSIS ENCIK IMAM EKSPRES

SINOPSIS ENCIK IMAM EKSPRES



Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang.

Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.

Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.

“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.

Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!

“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.

Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.


Drama adaptasi novel Dia Encik Imam Ekspres karya Cik Tet yang disiarkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria bermula  11 Mac 2019, Isnin-Khamis, 10:00 malam.

Lakonan Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Elisya Sandha, Ben Amir, Adrianna Qasmia, Ruzana Ibrahim, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Sherry Ibrahim, Faiz Nor dan ramai lagi.

Mikrofon Impian bukan sekadar program nyanyian semata-mata.

KEMUNCULAN rancangan realiti baharu, Mikrofon Impian mendapat respons positif daripada kalangan masyarakat Malaysia.

Mereka memuji rancangan tersebut kerana ia bukan sekadar program nyanyian semata-mata, malah ia membantu peserta dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Ini antara respons penonton:

Reaksi penonton yang menonton Mikrofon Impian
Reaksi penonton yang menonton Mikrofon Impian



Penonton tidak dapat menahan sebak mendegar cerita-cerita peserta Mikrofon Impian
Penonton tidak dapat menahan sebak mendegar cerita-cerita peserta Mikrofon Impian


Kebanyakan penonton dapat merasakan apa yang di lalui peserta
Kebanyakan penonton dapat merasakan apa yang di lalui peserta


Mikrofon Impian merupakan program realiti yang diadaptasi dari Thailand iaitu Mic on debt off.

Masih lagi mengekalkan format sama di mana dua peserta akan berkongsi kisah mereka dan nyanyian mereka.

Juri akan memilih peserta terbaik untuk peluang memilih mikrofon impian mereka.







Datuk Aznil Hj Nawawi bertindak sebagai hos manakala Fauziah Latif, Azmi Caliph Busker dan Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali pula menjadi juri tetap Mikrofon Impian bagi memilih seorang pemenang pada setiap episod.

Mikrofon Impian bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

Sumber

Tahun 2019 banyak cerita walaupun masih awal tahun.

Tahun 2019 banyak cerita walaupun masih awal tahun.

Ada yang dah beranak-pinak.

Ada yang tengah bantu sara adik-adik sebab mak ayah dah tiada.

Ada yang kecewa sebab baru putus cinta.

Ada yang happy dengan kawan-kawan.

Ada yang tengah kalot modified yang suku lagi.

Ada yang sambung study.

Ada yang baru melangsungkan pertunangan.

Ada yang akan melangsungkan perkahwinan.

Dan yang paling sedih, ada yang sudah pergi bertemu pencipta-Nya.

Dimana pun kita berada , apa pun yang kita buat, percayalah aturan rezeki sudah ditetapkan mengikut rezeki masing-masing.

Humble betul Dato' Sri Siti Nurhaliza.

"Saya Kan Orang Kampung Je" - Ini Merupakan Sejarah Dato' Sri Siti Nurhaliza Yang Dikagumi

Humble betul Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Sebut sahaja nama Dato' Sri Siti Nurhaliza, pasti ramai mengenali beliau yang telah berkecimpung dalam bidang muzik sejak berusia 16 tahun. Malah, beliau juga disanjungi ramai dengan sifatnya yang rendah diri.

Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Image via Her Inspirasi

Buat pengetahuan semua, sepanjang kerjayanya, Dato' Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. 

Malah, beliau juga turut digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty Kazakhstan pada tahun 2002.

Bukan setakat itu sahaja, sejak setahun yang lalu, Dato' Sri Siti Nurhaliza telah meraih lebih daripada 10 kejayaan besar yang membuatkan beliau dikagumi ramai.

Di bawah merupakan 10 kejayaan terbesar Dato' Sri Siti Nurhaliza sepanjang kariernya sebagai seorang artis terkenal tanah air:

Image via The Coverage

1. Juara Bintang HMI 1995
2. Voice of Asia
3. Anugerah Emas Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival
4. Lebih 200 Anugerah dan Penghargaan dari dalam dan luar negara
5. Pernah mencatat nama di dalam Malaysia Book of Records
6. Telah menghasilkan lebih dari 250 buah lagu
7. Artis pertama dari Malaysia pernah mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London
8. Membuat persembahan di hadapan Queen Elizabeth
9. Merupakan wanita muslim paling berpengaruh selama 3 tahun berturut-turut pada:
- The World's 500 Most Influential Muslims 2016
- The World's 500 Most Influential Muslims 2017
- The World's 500 Most Influential Muslims 2018
10. Mendapat kurniaan darjah kebesaran negeri Pahang seawal usia 21 tahun

Malah, selepas mendapat kurniaan darjah kebesaran sebagai Datuk dan Dato' Sri, nama beliau juga merupakan antara nama yang disebut sebagai Biduanita Negara yang ketiga selepas Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.

Baca fakta menarik tentang Dato' Sri Siti Nurhaliza di bawah:

1. Dato' Siti pernah memberitahu media bahawa beliau tidak selesa bergambar/photoshootdengan mana-mana lelaki

2. Pernah dilabel sebagai artis yang membawa 'Imej Kampung'

3. Pernah mengadakan konsert di Singapura dan tiket habis terjual. Malah, harga tiketnya lebih mahal dari konsert penyanyi antarabangsa iaitu Mariah Carey.

4. Bekerja keras selama 29 hari sebulan untuk membuktikan bahawa walau tanpa ijazah, beliau masih boleh berjaya.

5. Sebuah shopping mall di Indonesia telah membuat pengumuman tentang kehadiran beliau di malltersebut dan beliau juga telah ditunggu oleh peminatnya di sana.

6. Beliau pernah mengadakan konsert Mega di Bukit Jalil dan persembahan tersebut adalah untuk menceritakan tentang cita-citanya sewaktu kecil

7. Perkahwinan adalah suatu keputusan besar baginya. Beliau pernah dikritik oleh orang ramai ketika mengatakan bakal berkahwin dengan Dato' Khalid.

8. Beliau juga kaya dengan sikap sopan santun dan lemah lembut

9. Beliau tidak pernah lupa kepada semua insan sekeliling yang menjadi tulang belakangnya selama ini

Sumber

Meet our AdSense publishers


Meet our AdSense publishers

Around the world, people are using AdSense to help them do more of what they love.
Sign up for AdSense today!

Tonjol keindahan pelbagai budaya

Imej mungkin mengandungi: teks

Tonjol keindahan pelbagai budaya

Colombia, Arab Saudi, Hungary dan Venezuela buat kali pertama menyertai Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Ke-24 yang diadakan mulai 27 Februari ini di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.
Mereka sebahagian daripada 242 peserta antarabangsa membabitkan 45 negara yang turut memeriahkan festival tahunan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor, Liow Cai Tung berkata, peserta antarabangsa termasuk dari Indonesia, Australia, Jepun, Singapura, Jerman, Perancis, England, Belanda, Turki, Poland, Russia, Ukraine, Thailand, Amerika Syarikat dan Brazil.

Menurutnya, festival tahun ini bertemakan Keindahan Budaya.
Katanya, jumlah keseluruhan peserta yang memeriahkan festival kali ini mencecah 1,169 orang.
Selain 46 pasukan antarabangsa, katanya, ia dimeriahkan dengan penyertaan 11 pasukan tempatan, sekolah menengah (60), sekolah jemputan (11), pasukan korporat (29), pasukan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) (32) dan pasukan terbuka (72).
“Festival ini bukan sahaja menyasarkan 10,000 pengunjung, malah menyumbang kepada sektor pelancongan.
“Pada masa sama, ia mempromosikan permainan tradisional, wau dan layang-layang dalam kalangan generasi muda dengan menonjolkan keindahan permainan tradisional itu.
“Antara kelainan kali ini ialah persembahan Joget Wau Merak, persembahan LED Stringless Butterfly dari pelayang Singapura dan persembahan LED Stunt Kite oleh pelayang China,” katanya pada Pra Pelancaran FLLSPG Ke-24 di Capital 21 di sini, semalam.
Turut diadakan, gimik pelancaran Jelajah Bermotosikal Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Bikers (promosi bergerak) FLLSPG Ke-24.
Warga kerja MPPG mempromosikan festival berkenaan dengan menaiki 20 motosikal di beberapa daerah di seluruh negeri ini.
FLLSPG Ke-24 dianjurkan kerajaan negeri Johor menerusi MPPG dan mendapat kerjasama Tourism Johor, Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.
Festival berkenaan menerima tajaan keseluruhan RM235,000 termasuk daripada kumpulan Johor Corporation (JCorp), KFC Malaysia, KPJ Healthcare Berhad, Johor Land Berhad dan TLP Terminal Sdn Bhd.
Turut menaja, Eco World Development Group Bhd, Johor Port Berhad, Bahru Stainless Sdn Bhd, Evyap Sabun Sdn Bhd Envilab Sdn Bhd.

Just Like Like

Just Like Like

Cuba Nama Korang Dalam Bahasa Jepun

A = ka,
B = tu,
C = mi,
D = te,
E = ku,
F = lu,
g = ji,
H = ri, 
I = ki,

J = zu,
K = me,
L = ta,
M= rin,
N = to,
O = mo, 
P = no,

Q = ke,
R = shi,
S = ari,
T = chi,
U = do,
V = ru,
W = mei,
X = na,
Y = fu,
Z = zi

JAMIL HASHIM = zukarinkita rikaaririkirin

Ada Tak Yang Sudi Komen ! ?

Wadah Terkini