Personaliti agama dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM
Personaliti agama dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM
Personaliti agama yang sering muncul sebagai moderator Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Ustaz Mohd Hariri Mohammad Daud, 35, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu.Pegawai Pusat Komunikasi Strategik USIM, Mohd Zaini Othman berkata, selain memberi sumbangan kepada masyarakat melalui lapangan dakwah,Mohd Hariri juga aktif dalam bidang penulisan.
"Beliau telah menulis lebih 12 buah buku dan pernah mendapat Top 5 Buku Paling Popular 2015 serta Buku Pilihan Perpustakaan Negara 2018.
“Antara penulisan beliau adalah ‘Rumah Yang Berkat Membawa Rahmat’, 99 Tips Pembentangan Power dan terkini ‘Menjejaki FirmanMu Di Langit Amerika’.
"Beliau juga turut menyumbang penulisan keagamaan sebagai kolumnis di akhbar perdana dan majalah.
"Pihak universiti merakamkan ucapan tahniah dan mengalu alukan pelantikan ini yakin beliau dapat memberi sumbangan yang signifikan dan membawa USIM ke arah pencapaian kemajuan akademik dan orgnisasi yang lebih cemerlang selari dengan perancangan strategik universiti menjadi institusi rujukan global dalam pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli," katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai rekod, Mohd Hariri anak kelahiran Pasir Mas Kelantan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Dakwah dan Pengurusan Islam) USIM (2009) dan Sarjana Pengurusan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (2016) merupakan Penolong Pengarah Bahagian Maqasid Syariah di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Mohd Zaini berkata, Mohd Hariri yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti atas kapasiti alumni telah memberi pelbagai sumbangan kepada universiti sejak zaman beliau menjadi mahasiswa USIM.
"Semasa pengajiannya di USIM, beliau pernah diberi kepercayaan sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM dan Presiden Kelab Debat selain aktif mewakili universiti sebagai pendebat Bahasa Melayu dengan meraih pelbagai kejayaan diperingkat kebangsaan.
"Manakala sepanjang perkhidmatannya di Jakim, beliau telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perdana Menteri, Anugerah Pekerja Harapan Jakim dan menjuarai Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia," katanya.
EVA Air
SINOPSIS SITI SELFIE
Drama Aku Bukan Geisha gabungan pelakon dari Indonesia dan Malaysia
Lakonan Ben Amir, Disha Devina, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Lia Asmizza, Dania Azmi, Zila Bakarin dan ramai lagi...
Drama Ajak Oh Ijal bakal menemui penonton pada bulan ramadan nanti di slot Iris TV3
SINOPSIS KAMAR KAMARIAH
Kamariah wanita dianiaya sejak muda lagi. Kamariah diperkosa oleh lelaki mabuk yang tidak mengaku perbuatannya. Kamariah menganggap kejadian itu balasan tuhan atas pekara maksiat yang dilakukannya. Kamariah berkahwin dengan Murad.
Murad merupakan seorang lelaki alim dan berhati mulia disisi pandangan orang kampung. Namun sebaliknya Murad berselindung menjalankan perniagaan kelab malam. Dia perlu berkahwin dengan Kamariah atas pilihan ibunya. Konflik bertambah apabila Murad mengetahui kisah silam Kamariah dan Kamariah melahirkan anak yang dianggap bukan darah dagingnya. Keadaan itu menyebabkan Murad menjadi baran dan mendera Kamariah.
Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad kerana Kamariah sentiasa bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang.
Lakonan Nabila Huda, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Syafie Naswip, Riena Diana, Aidil Aziz, Engku Faridah, Shuhanty Hanafiah, Zetty Shahibullah, Ismail Yaacob, Rose Aida, Mohamad Sobri Hussain, Halimah Naim, Syaza Irwinie, Faiz Katek, Shyrim, Nurzahra Aisyah, Maleq Fadhal, Shaiful Aqhil, Halmy Hamizan, Sharifah Nabila, Najwa Jaafar ...
SINOPSIS CASSANDRA
PUNCA NAJIS BERDARAH DAN RAWATAN SESUAI UNTUK ATASINYA
Pernahkah anda mengalami masalah najis berdarah? Apakah yang dimaksudkan dengan najis berdarah dan bagaimanakah cara untuk merawatnya? Dr Rosliza Ghazali, pakar bedah di Hospital Columbia Asia, Klang kongsikan punca najis berdarah dan cara untuk rawatinya.
- Buasir (haemorrhoids) – pembengakkan saluran darah di bahagian anus (lubang dubur)
- Luka pada dubur (anal fissure)
- Diverticular disease- dinding usus yang lama membentuk poket kecil di sepanjang dinding usus besar.
- Colitis – keradangan usus yang disebabkan kuman atau masalah kronik (ulcerative colitis)
- Polip – Ketumbuhan pada dinding usus.
- Kanser usus.
- Sembelit atau cirit birit yang berpanjangan.
- Najis berlendir atau berwarna hitam
- Pemeriksaan pada bahagian abdomen (perut) untuk merasa ketumbuhan/benjolan.
- Pemeriksaan di bahagian dubur untuk melihat sekitar lubang dubur dan warna najis.
- Berusia 40 tahun ke atas
- Mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser usus
- Pernah melalui pemeriksaan awal tanpa menemui sebab sakit
- Colonoscopy/Sigmoidoscop- Skop ini dalah sejenis alat berbentuk tiub yang mudah lentur. Di hujung tiub, dilengkapi kamera bagi membolehkan doktor melihat di dalam usus besar untuk mencari punca pendarahan.
Word 146
CONTOH SURAT PERJANJIAN SEWA RUMAH
Geram dengan Azhan Rani
Saya jadi benci tengok Nur 2.
Geram dengan watak yang di bawa Azhan Rani.
Tapi benar-benar terkesan watak yang beliau bawa.
Alahai Boy...
Di sebuah kelab malam, Boy duduk seorang diri. Ramai gadis cantik di situ. Boy try tackle, tapi langsung tak dilayan.
Boy nampak seorang lelaki masuk ke kelab itu. Slepas lelaki itu duduk, ramai awek cantik seksi datang ke meja lelaki itu.
“Ceh, nak kata hensem, aku lagi hensem. Apasal semua awek pergi kat dia?” keluh Boy hairan.
Masa Boy pergi ke toilet, dia terserempak dengan lelaki tu. Sempatlah mereka berkenalan. Nama lelaki tu Zack.
“Bro, macam mana kau boleh duduk kat meja lepas tu ramai awek cun datang macam tu je kerumun kat lu? Share tips dengan gua sikit,” kata si Boy.
“Senang je. Esok lu masuk kelab ni, masa nak duduk tu lu campak kunci kereta lu atas meja. Gerenti awek cun datang dekat dengan lu,” jawab Zack.
“Tapi bro, gua takde kunci kereta. Kunci motor adalah!” balas Boy.
"Ko belilah kunci kereta. Bukan aku suruh beli kereta. Tengok macam aku ni, kunci kereta Ferrari ni je modal aku,” balas Zack sambil menunjukkan kunci kereta Ferrari di tangannya.
Ooo.. kunci kereta je taktiknya. Oklah. Esoknya Boy terus beli segugus kunci kereta, jenama Jaguar lagi. Perghh! Ni gerenti ramai awek cun dekat nanti. Senyum kambing Boy bila terbayang dirinya dikelilingi gadis-gadis cantik.
Malam tu, dengan bersemangat Boy pun datang ke kelab semalam. Dengan confident giler, Boy duduk sambil mencampakkan kunci Jaguarnya ke atas meja di depannya.
Aikk.. takde respons pun? Boy tengok, gadis-gadis cantik seksi yang jalan di depannya hanya memandangnya sinis, lepas tu ketawa geli hati. Ada yang ketawa terbahak-bahak pulak tu.
Hishh… Kenapa pulak ni? Takkan tak menjadi taktik yang diajar Zack semalam?
“Aku guna kunci Jaguar kot, sorang awek pun tak sangkut. Penipu punya Zack!” bebel Boy.
Tiba-tiba seorang awek cun yang seksi dengan senyuman menggoda berjalan ke arah Boy. Haa… dah mengena dah umpan aku ni, bisik Boy. Perghh! Awek ni memang meletop.
Dengan lirikan manja, awek tu pun berkata : “Hai cik abang… kalau nak campak kunci kereta tu pun, pastikan buka helmet tu dulu ye!”
😂😂😛😛
#whatsappgroup
SINOPSIS KERETA SEWA
Tonton DRAMA KERETA SEWA di Slot Iris TV3, Setiap Isnin Hingga Khamis, 6.30 Petang mulai 9 April 2019
Word 145
DISLEKSIA
DISLEKSIA merupakan satu perkataan yang amat dibimbangi oleh kebanyakan ibu bapa apabila dikaitkan dengan anak. Mereka mengetahui bahawa anak mereka akan menghadapi kesukaran-kesukaran sepanjang persekolahan dan dalam kehidupan. Tiada ubat yang boleh 'menyembuhkan' disleksia kerana ia bukan suatu penyakit. Neurobiologi otak disleksia kekal sepanjang hayat, sama seperti ADHD dan autisme.
Berikut adalah 20 Perkara Tentang Kanak-Kanak/Individu Disleksia:
1. CARA MEREKA MEMBACA BERBEZA
Cara otak disleksia memahami bahasa tidak sama seperti otak normal. Otak kita perlu menterjemah simbol-simbol yang dilihat di dalam buku (contoh) kepada bunyi. Kemudian, bunyi-bunyi tersebut digabungkan menjadi perkataan-perkataan yang mempunyai makna. Bahagian-bahagian otak disleksia yang terlibat dalam proses tersebut tidak berkembang sepenuhnya. Jadi, bahagian-bahagian otak yang lain perlu digunakan untuk membantu proses tersebut. Program pembacaan khas yang berdasarkan kajian dan melibatkan sensori serta buku-buku audio boleh membantu meningkatkan keupayaan membaca kanak-kanak disleksia.
2. LEBIH BANYAK MEMBACA TIDAK DAPAT MENGATASI DISLEKSIA
Mereka yang tidak faham tentang disleksia (termasuk sesetengah guru) berpendapat sekiranya ibu bapa lebih banyak membaca kepada anak-anak dan sekiranya kanak-kanak dipaksa membaca lebih banyak di awal usia, disleksia akan dapat diatasi. Tetapi hakikatnya ialah ia tidak membantu kanak-kanak disleksia untuk membaca dengan lebih baik walaupun aktiviti pembacaan tersebut mempunyai banyak kelebihan (contohnya dapat meningkatkan pengetahuan, pendedahan, rangsangan imaginasi). Memaksa mereka untuk lebih banyak membaca secara tradisional hanya menimbulkan kekecewaan, perasaan marah dan isu tingkah laku. Paksaan sedemikian sama seperti memaksa individu dewasa pergi ke tempat kerja setiap hari tetapi tidak dapat melaksanakan tugasan kerana tidak pernah diberi latihan kemahiran untuk melaksanakan tugasan tersebut. Berapa lamakah individu tersebut mampu bertahan?
3. MEREKA BUKAN PEMALAS
Kanak-kanak disleksia yang tidak didiagnos selalu dilabel sebagai pemalas di sekolah dan di rumah. Walaubagaimanapun, adalah diingatkan bahawa:
• Mereka mungkin tidak mendengar keseluruhan arahan-arahan yang diberi dalam satu masa yang sama. Semasa arahan kedua dan ketiga diberikan, otak mereka masih lagi memproses arahan yang pertama.
• Di sekolah, semasa aktiviti pembacaan di dalam kelas, mereka masih menyahkod ayat pertama sedangkan rakan-rakan yang lain telah sampai ke ayat yang ke-5 atau ke-6.
• Mereka mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan latihan dan ujian. Motivasi dan tumpuan mereka dalam menyiapkan sesuatu tugasan terganggu apabila keletihan (otak). Mereka perlukan masa-masa rehat.
4. MEREKA MEMERLUKAN TUNJUK AJAR KHAS (TUTORING)
Sekiranya kanak-kanak disleksia mendapat tunjuk ajar khas yang efektif dan berterusan, otak mereka akan mengalami perubahan (dipanggil "neuroplasticity") dan laluan-laluan saraf otak akan berhubung semula ("rewires") bagi meningkatkan kemahiran membaca. Tunjuk ajar dalam membaca, menulis dan menjawab ujian mesti diteruskan bagi membantu murid/pelajar disleksia menghadapi penulisan esei/karangan, kerja kursus dan ujian/peperiksaan seragam. Dengan bantuan dan kepakaran seseorang tutor, murid/pelajar disleksia boleh menjawab sebarang soalan peperiksaan dengan baik.
5. MEREKA TIDAK 'MELIHAT' DUNIA INI SECARA TERBALIK
Ya, kanak-kanak disleksia kerap menulis huruf dan perkataan terbalik, tetapi itu adalah disebabkan perkataan dan huruf yang dicetak/dipaparkan kelihatan berbeza kepada mereka. Individu disleksia biasanya melihat sesuatu perkara secara holistik (menyeluruh), berbanding secara terperinci. Mereka juga mempunyai kebolehan melihat apa yang 'tidak kena' pada tempatnya. Carol Grieder, ahli biologi molekul yang mempunyai disleksia memenangi Nobel Prize dalam bidang perubatan pada tahun 2009 kerana beliau menemui sesuatu yang sepatutnya tiada dalam molekul DNA semasa meneliti menerusi mikroskop. Apa yang beliau temui ialah enzim yang baru dan amat penting dalam kajian kanser dan penuaan. Dalam kes ini, otak disleksia beliau merupakan 'hadiah' yang indah kepada dunia.
6. MEREKA MEMERLUKAN "BACAAN PENDENGARAN/AUDIO"
Terma ini biasa digunakan oleh aktivis disleksia yang merujuk kepada buku audio. Kebaikan yang ketara melalui penggunaan buku audio ialah murid/pelajar disleksia dapat menyaingi rakan-rakan sekelas dalam memahami keseluruhan isi kandungan sesebuah buku. Mereka juga boleh membuat kajian dan ulasan buku. Kebaikan yang lain ialah dapat meningkatkan perbendaharaan kata dan kebolehan 'mendengar' tatabahasa yang bagus.
7. MEREKA MEMERLUKAN AKOMODASI DI SEKOLAH
Antara kemudahan-kemudahan yang sangat membantu ialah tambahan masa untuk menyiapkan tugasan dan semasa menduduki ujian/peperiksaan, pengubahsuaian tugasan yang mengikut kemampuan mereka dan khidmat pembaca soalan (atau yang terbaik ialah ujian/peperiksaan secara lisan).
8. MEREKA BOLEH TIDAK TERURUS
Kegagalan individu disleksia untuk menumpukan perhatian secara terperinci telah menyebabkan ketidak terurus di sekolah dan rumah. Bilik mereka di rumah mungkin sangat berselerak dan membersihkannya adalah agak mencabar. Semasa usia kanak-kanak, ibu bapa boleh mendidik mereka mengemas bilik dengan menunjukkan langkah demi langkah. Apabila meningkat usia, mereka biasanya menghadapi kesulitan dalam menyusun dan mengurus masa. Mereka mungkin memerlukan alat bantuan seperti penggera masa di telefon bimbit, carta/jadual bergambar dan sebagainya.
9. MEREKA RASA TIDAK PANDAI
Kanak-kanak disleksia menyedari bahawa rakan-rakan sekelas mereka dapat membaca dengan lebih baik, dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan dan tak mengambil masa yang panjang untuk mempelajari sesuatu perkara. Lama-kelamaan, ini akan memberi kesan negatif kepada keyakinan diri dan menyebabkan mereka menarik diri atau menjadi pasif. Para guru perlu memanfaatkan kekuatan dan minat mereka, serta menonjolkan mereka di dalam kelas. Ibu bapa pula hendaklah mempromosikan kekuatan dan bakat anak mereka dengan aktiviti-aktiviti luar selain akademik. Bidang seni, muzik, sukan, rekacipta, binaan dan sains adalah kekuatan tipikal bagi individu disleksia. Memperoleh kejayaan dan penghargaan/pengiktirafan terhadap kejayaan yang dicapai adalah sangat penting bagi kebahagiaan dan produktiviti individu disleksia.
10. MEREKA PERLU BERSOSIAL
Apabila perasaan negatif menguasai diri, mereka akan mula berhenti melibatkan diri dalam aktiviti sosial atau mencari rakan baru. Adalah amat penting ibu bapa kepada kanak-kanak disleksia mengambil langkah yang proaktif terhadap sosialisasi. Ini termasuklah menyertai kumpulan sokongan atau kelab tertentu, di mana terdapat banyak peluang untuk mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti tertentu, atau menyertai aktiviti bersukan. Mereka yang lebih dewasa perlu digalakkan untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dapat menyokong dan mengukuhkan kekuatan atau bakat mereka. Bagi remaja dewasa, membuat kerja "part-time" adalah sesuatu yang sangat bagus.
11. MEREKA BOLEH MEMPUNYAI TAHAP KEPINTARAN YANG TINGGI
Tidak salah para guru dan ibu bapa berkongsi berita-berita baik dengan kanak-kanak disleksia tentang IQ/kepintaran mereka. Para guru dan ibu bapa hendaklah sentiasa memberi inspirasi kepada mereka tentang kejayaan individu-individu disleksia seperti Thomas Edison, Alexander Graham Bell, Henry Ford, Jay Leno, Whoopi Goldberg, Tom Cruise, Muhammad Ali, Steve Jobs, Tommy Hilfiger, Picasso and Richard Branson. Pendek kata, tiada satu bidang pun yang individu disleksia tidak boleh berjaya.
12. MEREKA PERLUKAN TEKNOLOGI
Di negara-negara maju, terdapat banyak aplikasi dan perisian yang disyorkan oleh ahli-ahli professional dalam bidang psiko-pendidikan dan perubatan. Di antaranya ialah aplikasi yang dapat menukarkan teks kepada audio, program pemprosesan perkataan arahan-suara dan permainan yang membina kemahiran fonetik. Amatlah besar manfaatnya jika pihak KPM/sekolah dapat memahami keperluan & kepentingan teknologi-teknologi ini dan menyediakannya untuk membantu murid/kanak-kanak disleksia.
13. MEREKA KELETIHAN DENGAN BUTIRAN BACAAN YANG PADAT
Ini merujuk kepada bacaan dan helaian kerja matematik yang kelihatan 'serabut'. Membesarkan cetakan/paparan dan menggunakan font yang sesuai sangat membantu murid disleksia dalam memproses maklumat yang dibaca. Mereka juga memerlukan masa rehat yang lebih kerap. Berbanding murid-murid normal yang boleh memberi tumpuan kepada aktiviti yang melibatkan pembacaan dan penulisan serta dapat menyiapkan tugasan dengan banyak dalam masa 20-30 minit, murid disleksia akan menyiapkan tugasan kurang daripada mereka dan perlukan rehat selepas 10 minit memberi tumpuan. Lebih daripada itu, mereka biasanya akan mengadu sakit kepala atau pening.
14. MEREKA MELIHAT PERKARA YANG ORANG LAIN TIDAK NAMPAK
Kanak-kanak disleksia akan menyatakan bahawa perkataan-perkataan di helaian yang dilihatnya bergerak-gerak, kelihatan terang dan gelap silih berganti atau kelihatan melompat-lompat. Mudah bagi kita berfikir bahawa mereka mereka-reka cerita tetapi sebenarnya tidak. Adalah penting untuk membenarkan apa yang mereka lihat itu memang 'benar' bagi mereka. (tanda sokongan/kebersamaan/empati/inklusi)
15. MEREKA MERUPAKAN "VISUAL THINKER"
Individu disleksia belajar melalui gambar dan pengalaman "hands-on". Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai individu disleksia dapat bekerja dengan baik dalam makmal sains. Mereka juga boleh mengingati dalam bentuk gambar. Sekiranya sesuatu konsep diterangkan secara visual, mereka akan mengingati paparan visual tersebut. Apa yang mereka baca kurang diingati, kecuali terdapat deria-deria lain yang terlibat semasa mereka membaca.
16. DERIA PENDENGARAN MEREKA LUAR BIASA
Barangkali disebabkan keupayaan mereka menggunakan mata dengan baik untuk belajar, deria pendengaran telah menjadi bertambah peka, sama seperti deria pendengaran orang yang buta. Walaubagaimanapun, mereka selalunya sukar untuk menapis semua bunyi di sekeliling mereka dan ini memberi kesan yang amat besar terhadap keupayaan mereka untuk memberi tumpuan. Penggunaan headphone semasa mereka sedang belajar dapat membantu mereka untuk fokus dengan lebih baik.
17. MEREKA TIDAK BOLEH DISAMAKAN ANTARA SATU SAMA LAIN
Kanak-kanak disleksia adalah individu-individu yang tersendiri. Kelemahan-kelemahan mereka datang dalam berbagai bentuk. Ada kanak-kanak disleksia yang menunjukkan simptom-simptom ADHD jenis inattentif atau lebih dikenali sebagai ADD, sedangkan kanak-kanak disleksia lain tiada. Ada yang sangat sukar meluahkan idea (fikiran) dalam bentuk kata-kata, manakala ada yang petah berkata-kata. Ada di antara mereka yang mempunyai keupayaan intelektual yang sederhana, namun ada pula yang sangat pintar atau "gifted". Ada yang bertingkah laku keterlaluan, tetapi ada juga yang sangat pendiam. Oleh itu, adalah tidak adil untuk menganggap semua kanak-kanak disleksia/ADHD/autisme sama sahaja.
18. MEREKA TERTEKAN DENGAN KELEMAHAN MEREKA
Anda rasa tertekan dengan kelemahan mereka? Mereka lagi tertekan! Ibu bapa dan sesiapa yang bekerja dengan kanak-kanak disleksia harus mempunyai rasa empati. Cuba letakkan diri anda di tempat mereka dan melihat disleksia dari kaca mata mereka yang hidup dengannya. Kanak-kanak ini memerlukan sokongan dan dorongan, bukan kata-kata yang melemahkan/menjatuhkan semangat mereka.
19. OTAK DISLEKSIA KEKAL SEPANJANG HAYAT
Walaupun otak disleksia kekal sepanjang hayat, dengan intervensi tertentu dan toleransi yang baik daripada pihak guru, individu disleksia boleh membina kaedah/strategi tersendiri untuk mengurus kelemahan mereka, memperoleh kelulusan dalam bidang tertentu dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.
20. MEREKA BOLEH MENAMBAH NILAI KEPADA SESEBUAH ORGANISASI
Disebabkan mereka cenderung menjadi kreatif dan merupakan "visual thinker", mereka selalu dapat melihat jalan penyelesaian yang orang lain tidak dapat lihat. Dalam kes-kes sedemikian, mempunyai otak disleksia adalah satu kelebihan.
Kita semua mempunyai kekuatan, kelebihan, kelemahan dan kekurangan yang tersendiri. Kanak-kanak disleksia juga tidak terkecuali. Namun malangnya, proses pembelajaran kita sangat bergantung kepada pembacaan yang mana secara terang-terangan merupakan satu kelemahan kepada mereka. Di zaman teknologi yang progresif ini, segalanya berubah dengan pantas. Kita sudah sampai ke satu titik di mana kita boleh mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan meraikan kelainan neurobiologi otak seperti disleksia.
#Neurodiversiti #MasyarakatInklusif #PendidikanInklusif
#Disleksia #Dyslexia #Neurodiversity #InclusiveSociety #InclusiveEducation
SEGMEN | Abam Kie's Birthday Giveaway (30april2019)
BBB 2019 : MAMAK PUTIH JUARA MINGGU KE ENAM
BBB 2019 : MAMAK PUTIH JUARA MINGGU KE ENAM
#BINTANGBERSAMABINTANG2019 #TV3
Siniopsis Restu Ayah
Word 143 : NIKAH DAN SEDEKAH
SUATU HARI, MALAIKAT MAUT MENDATANGI NABI IBRAHIM A.S, LALU BERTANYA :
MALAIKAT :
“SIAPA ANAK MUDA YANG TADI MENDATANGIMU WAHAI IBRAHIM ?
NABI IBRAHIM :
ITU TADI SAHABATKU & SEKALIGUS MURIDKU.
MALAIKAT :
ADA APA DIA DATANG MENEMUIMU..?
NABI IBRAHIM :
DIA INGIN MENYAMPAIKAN AKAN MENIKAH BESOK PAGI.
MALAIKAT:
WAHAI IBRAHIM, SAYANG SEKALI, UMUR ANAK ITU TIDAK AKAN SAMPAI BESOK PAGI.
HABIS BERKATA SEPERTI ITU, MALAIKAT MAUT PUN PERGI MENINGGALKAN NABI IBRAHIM.
HAMPIR SAJA NABI IBRAHIM A.S TERGERAK UNTUK MEMBERITAHU ANAK MUDA TERSEBUT, GUNA MENYEGERAKAN PERNIKAHANNYA MALAM ITU JUGA, DAN MEMBERITAHU TENTANG KEMATIANNYA.
TETAPI LANGKAHNYA TERHENTI.
NABI IBRAHIM A.S MEMILIH KEMATIAN TETAP MENJADI RAHSIA ALLAH..
ESOK PAGINYA, NABI IBRAHIM A.S TERNYATA MELIHAT & MENYAKSIKAN ANAK MUDA TERSEBUT MELANGSUNGKAN PERNIKAHANNYA.
HARIPUN BERGANTI, MINGGU BERGANTI, BULAN BERGANTI, & TAHUN PUN BERGANTI TAHUN,
NABI IBRAHIM A.S MALAH MELIHAT ANAK MUDA INI PANJANG UMURNYA SEHINGGA USIANYA 70 TAHUN..
NABI IBRAHIM A.S PUN BERTANYA KEPADA MALAIKAT MAUT,
KENAPA MALAIKAT BERBOHONG TEMPOH HARI,
MENYAMPAIKAN JIKA ANAK MUDA ITU AKAN MATI BESOK PAGI,
TERNYATA TIDAK MATI, BAHKAN UMURNYA PANJANG..
MALAIKAT MAUT :
DIRINYA MEMANG AKAN MENCABUT NYAWA ANAK MUDA TERSEBUT, KERANA ALLAH MENAHANNYA,
DAN KENAPA ALLAH SWT MENAHAN TANGANKU UNTUK TIDAK MENCABUT NYAWA ANAK MUDA ITU (DAHULU)...?
KETAHUILAH WAHAI IBRAHIM,
BAHAWA DI MALAM MENJELANG PERNIKAHANNYA,
ANAK MUDA TERSEBUT MENYEDEKAHKAN 7 DIRHAM UNTUK ANAK2 YATIM, LALU ANAK2 YATIM MENDOAKAN NYA.
ALLAH MENGGANTI SETIAP DIRHAM 10 TH
DAN AKU DI PERINTAH KAN OLEH ALLAH. UNTUK TDK MENCABUT NYAWA ANAK MUDA TERSEBUT SBLM USIA NYA 70 TH.
DAN INILAH YANG MEMBUAT ALLAH MEMUTUSKAN UNTUK MEMANJANGKAN UMUR ANAK MUDA TERSEBUT,
HINGGA ENGKAU MASIH MELIHATNYA HIDUP..
KEMATIAN MEMANG DI TANGAN ALLAH SWT,
JUSTRU ITU, MEMAJUKAN DAN MEMUNDURKAN KEMATIAN ADALAH HAK ALLAH.
DAN ALLAH MEMBERITAHU LEWAT KALAM RASULNYA, MUHAMMAD SAW BAHWA SEDEKAH ITU BISA MEMANJANGKAN UMUR
SAUDARAKU, MARILAH KITA PERBANYAK BERSEDEKAH
MARI KITA AWALI SEDEKAH KITA INI, DENGAN MENGIRIMKAN KISAH YG BERMANFAAT INI, BAIK KEPADA KELUARGA, SAUDARA & HANDAI TAULAN KITA...SEMOGA YG BILANG AAMIIN DIBERI REZEKI YG MELIMPAH BESOK PAGI AAMIIN.
SELAMAT BERSEDEKAH DENGAN TULISAN INI,
SEMOGA DICATAT SEBAGAI IBADAH...
#whatsappgroup










