April 18, 2019

Alahai Boy...

ALAHAI BOY...

Di sebuah kelab malam, Boy duduk seorang diri. Ramai gadis cantik di situ. Boy try tackle, tapi langsung tak dilayan.

Boy nampak seorang lelaki masuk ke kelab itu. Slepas lelaki itu duduk, ramai awek cantik seksi datang ke meja lelaki itu.

“Ceh, nak kata hensem, aku lagi hensem. Apasal semua awek pergi kat dia?” keluh Boy hairan.

Masa Boy pergi ke toilet, dia terserempak dengan lelaki tu. Sempatlah mereka berkenalan. Nama lelaki tu Zack.

“Bro, macam mana kau boleh duduk kat meja lepas tu ramai awek cun datang macam tu je kerumun kat lu? Share tips dengan gua sikit,” kata si Boy.

“Senang je. Esok lu masuk kelab ni, masa nak duduk tu lu campak kunci kereta lu atas meja. Gerenti awek cun datang dekat dengan lu,” jawab Zack.

“Tapi bro, gua takde kunci kereta. Kunci motor adalah!” balas Boy.

"Ko belilah kunci kereta. Bukan aku suruh beli kereta. Tengok macam aku ni, kunci kereta Ferrari ni je modal aku,” balas Zack sambil menunjukkan kunci kereta Ferrari di tangannya.

Ooo.. kunci kereta je taktiknya. Oklah. Esoknya Boy terus beli segugus kunci kereta, jenama Jaguar lagi. Perghh! Ni gerenti ramai awek cun dekat nanti. Senyum kambing Boy bila terbayang dirinya dikelilingi gadis-gadis cantik.

Malam tu, dengan bersemangat Boy pun datang ke kelab semalam.  Dengan confident giler, Boy duduk sambil mencampakkan kunci Jaguarnya ke atas meja di depannya.

Aikk.. takde respons pun? Boy tengok, gadis-gadis cantik seksi yang jalan di depannya hanya memandangnya sinis, lepas tu ketawa geli hati. Ada yang ketawa terbahak-bahak pulak tu.

Hishh… Kenapa pulak ni? Takkan tak menjadi taktik yang diajar Zack semalam?

“Aku guna kunci Jaguar kot, sorang awek pun tak sangkut. Penipu punya Zack!” bebel Boy.

Tiba-tiba seorang awek cun yang seksi dengan senyuman menggoda berjalan ke arah Boy. Haa… dah mengena dah umpan aku ni, bisik Boy. Perghh! Awek ni memang meletop.

Dengan lirikan manja, awek tu pun berkata : “Hai cik abang… kalau nak campak kunci kereta tu pun, pastikan buka helmet tu dulu ye!”

😂😂😛😛

#whatsappgroup

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut