April 02, 2019

RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT

RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT 

​1. Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi:​

- dahi,
- hidung,
- kedua telapak tangan,
- lutut, dan
- kedua hujung jari kaki

​2. Sujud adalah konsep:

- merendahkan diri,
- memuji Allah SWT, dan
- memohon segala macam hajat kepada Allah swt.

​3. Sekaligus, mengikis sifat tercela:

- riya,                                                                                      
- sombong,
- ujub, dan 
- takabur dan lain-lain.

​4. Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University telah peluk Islam selepas mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan.​

​5. Dalam kajiannya, ditemukan bahawa ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud.​ (lebih lama setelah Solat Subuh).

​6. Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja, iaitu pada waktu solat yang telah ditetapkan (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya').​

​SubhanAllah...​

​7. Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal.​

​8. Salah satu indikasinya adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yg tidak solat saat ini.​

​9. Kerana kedudukan otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu menyalurkan 20% darah ke otak manusia, maka dibantu lagi dengan sujud yang lebih lama agar dapat menambah kekuatan aliran darah ke otak.​

​10. Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah saw, supaya kita sujud berlama-lama pada raka'at terakhir.

​11. Manfaat sujud berlama-lama ini adalah untuk:​

- Mencegah pening, 
- Terhindar migrain,
- Menyegarkan otak,
- Menajamkan akal dan fikiran (lebih sensitif),
- Melonggarkan sistem pernafasan,
- Memperbaiki kandung rahim yang turun,
- Menjaga dan menguatkan kedudukan bayi dalam kandungan.
- Menghindarkan kandungan songsang dan lain lain.

​12. Dan yang menakjubkan, jika kita memperhatikan, bentuk saraf yang ada dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud.

MasyaAllah

Sumber | [ @Kelas Al Quran-Al Baghdadi Telipok, KK ]
#Facebook 



0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!