April 19, 2019

SINOPSIS SITI SELFIE

SINOPSIS SITI SELFIE 
Siti adalah watak seorang gadis cantik yang sangat ceria. Siti sentiasa membawa telefon bimbitnya dan sering berswafoto atau berselfie dalam apa sahaja yang dilakukannya seharian. Apabila berselfie Siti akan memuat naik dalam facebook, twitter, instagram dan semua laluan media sosial.
Akibatnya, dia ditonton oleh ramai orang. Bagi Siti, apabila lebih ramai orang 'like', bererti dia akan lebih popular. Namun, di sebalik niat tersebut Siti akhirnya menerima padah.
Pada masa sama Siti bekerja di syarikat kepunyaan bapa saudaranya, Datuk TJ sebagai kerani kewangan. Siti mempunyai seorang teman lelaki bernama Jamal yang baru sahaja bekerja sebagai pegawai kewangan dalam syarikat Datuk TJ.
Dalam diam Datuk TJ berasa curiga kalau-kalau Jamal akan membocorkan rahsia kewangan dan hutang di syarikatnya dan persahabatan antara Siti dan Jamal dicurigai oleh Datuk TJ.
Keceriaan Siti dalam facebook dan Instagram, akhirnya diintip oleh seorang penggodam internet yang bernama Faez. Faez menjadi cemburu melihat gambar-gambar Siti yang sering berselfie dengan Jamal dan Faez ingin menggoda dan mendapatkan Siti. Faez cuba memikat Siti tetapi gagal kerana Siti sangat menyayangi Jamal.
Pada suatu hari berlaku kejadian Siti diculik. Apabila diselidik, Datuk TJ berjaya menjejak di mana lokasi Siti dikurung. Mujur gambar selfie yang diambil oleh Siti dapat dicam oleh Jamal lokasinya dan mereka cuba untuk menangkap penculik itu.
Adakah Siti bejaya diselamatkan? Siapakah yang bertanggungjawab menculik Siti?
Telemovie Siti Selfie disiarkan pada Jumaat,19 April 2019, pukul 9:30 malam di TV2.
Lakonan Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Adam Shahz, Rahim Omar, Emma Akma, Zalfa Zin ...

2 ulasan:

  1. Oo telemovie ke. Ni yang tak sabar nak tahu kesudahannya ni

    BalasPadam
  2. Bahaya juga kalau terlalu mendedahkan kehidupan peribadi di media sosial.

    BalasPadam

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut