Adab menziarahi kubur

Adab menziarahi kubur.

Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari khamis selepas asar, sepanjang hari jumaat dan hari sabtu sebelum zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Iman al-Bukhari meriwayatkan daripada  Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yang menziarahi kubur ibubapanya pada  hari-hari  tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada  kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yang taat.

Ketika dikubur

1. Memberi salam kepada  simati dengan  panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti " Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yang baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin,

Sumber


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”