April 09, 2019

Sinopsis Filem BU

Sinopsis Filem BU


Impian Kak Mah untuk mendukung cucu mula retak apabila menantu perempuannya, Diana bercadang menangguh pelan mengandung bayi demi masa depan kerjayanya. Walaupun dapat sokongan daripada suaminya, Zack, namun Kak Mah tidak setuju dengan keputusan itu. Lebih teruk lagi, Kak Mah dan Diana juga tidak tahu tentang syarikat arkitek kepunyaan Zack dah gulung tikar dan kini dia masih menganggur.
Aishah, seorang suri rumah berasa hidupnya semakin tertekan dan tidak dihargai apabila suaminya, Norman yang bekerja sebagai doktor lebih fokus pada kerja daripada dirinya. Anak perempuan remaja, Julie pula jarang berada di rumah dan suka bergaul dengan komuniti cosplay. Hubungan di antara Aishah dengan Norman dan Julie yang semakin renggang menyebabkannya mula meragui keputusan sendiri yang sanggup lepaskan impian sendiri demi keluarga tetapi pengorbanannya tidak dihargai sepenuh oleh mereka.

Hasrat untuk menimang cahaya mata oleh Hafiz dan isterinya Norimah terkabul apabila Norimah disahkan dah hamil selepas mereka mencuba beberapa tahun. Walaupun Hafiz yang bekerja sebagai tukang masak dipecat tetapi hubungan mereka semakin rapat malah Norimah menyokong Hafiz untuk mengejar impiannya menjadi seorang novelis. Tetapi disebabkan Norimah yang dah berumur 40 tahun, kandungan bayinya berdepan dengan risiko tinggi dan perlu dijaga dengan sebaik mungkin.
Kandungan Norimah juga dalam bahaya apabila dia dan Hafiz hampir dilanggar kereta yang meluncur laju di depan mereka…
Keadaan menjadi semakin serius dan garisan kehidupan mereka mula bersilang apabila Zack sedang mengejar Diana yang tengah mengamuk itu terlanggar Aishah yang tertekan dengan layanan ahli keluarganya. Keadaan Aishah tidak stabil dan kemungkinan besar tidak akan sedar lagi.


Filem BU arahan Jeany Amir bakal menjengah pawagam bermula 11 April ini. Filem ini menerapkan nilai-nilai kasih sayang antara ibu dan anak. Dibintangi oleh Remy Ishak, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Nadiya Nisa, Wan Hanafi Su, Dian P Ramlee dan ramai lagi.

1 ulasan:

  1. menarik movie ni.. tp x tau kemunculan movie ni sbb x pernah tgk iklan..

    BalasPadam

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut