Pages

April 19, 2019

PUNCA NAJIS BERDARAH DAN RAWATAN SESUAI UNTUK ATASINYA

PUNCA NAJIS BERDARAH DAN RAWATAN SESUAI UNTUK ATASINYA



Pakar bedah dari Hospital Columbia Asia, Dr. Rosliza Ghazali kongsikan penyebab najis berdarah dan rawatan yang perlu dilakukan untuk mengatasinya

Pernahkah anda mengalami masalah najis berdarah? Apakah yang dimaksudkan dengan najis berdarah dan bagaimanakah cara untuk merawatnya? Dr Rosliza Ghazali, pakar bedah di Hospital Columbia Asia, Klang kongsikan punca najis berdarah dan cara untuk rawatinya.

Dr Rosliza Ghazali
Menurut Dr Rosliza, najis berdarah adalah tanda pesakit mengalami masalah usus. Pendarahan mungkin disebabkan daripada usus besar atau dubur. Sebahagian besar gejala najis berdarah adalah disebabkan masalah yang tidak serius seperti buasir dan ‘anal fissure’ (luka pada dubur) di mana rawatannya adalah asas dan tidak kompleks.

ING Image
Tambah Dr Rosliza lagi, masalah najis berdarah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjadi tanda penyakit usus yang merbahaya seperti kanser usus. Mendapatkan rawatan awal untuk kanser usus adalah penting untuk penyembuhan sepenuhnya. Berikut adalah fakta mengenai najis berdarah.
Punca Najis Berdarah
  1. Buasir (haemorrhoids) – pembengakkan saluran darah di bahagian anus (lubang dubur)
  2. Luka pada dubur (anal fissure)
  3. Diverticular disease- dinding usus yang lama membentuk poket kecil di sepanjang dinding usus besar.
  4. Colitis – keradangan usus yang disebabkan kuman atau masalah kronik (ulcerative colitis)
  5. Polip – Ketumbuhan pada dinding usus.
  6. Kanser usus.
Tanda Amaran Lain Untuk Penyakit Usus Besar Selain Najis Berdarah.
  • Sembelit atau cirit birit yang berpanjangan.
  • Najis berlendir atau berwarna hitam
Pemeriksaan Yang Akan Dilakukan Oleh Doktor.
  • Pemeriksaan pada bahagian abdomen (perut) untuk merasa ketumbuhan/benjolan.
  • Pemeriksaan di bahagian dubur untuk melihat sekitar lubang dubur dan warna najis.
Pesakit Yang Memerlukan Rawatan Lanjutan
  • Berusia 40 tahun ke atas
  • Mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser usus
  • Pernah melalui pemeriksaan awal tanpa menemui sebab sakit
Jenis Ujian Lanjutan Yang Diperlukan
  • Colonoscopy/Sigmoidoscop- Skop ini dalah sejenis alat berbentuk tiub yang mudah lentur. Di hujung tiub, dilengkapi kamera bagi membolehkan doktor melihat di dalam usus besar untuk mencari punca pendarahan.

SUMBER : HERINSPIRASI

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!