Pages

April 06, 2019

SINOPSIS SARA KIRANA

SINOPSIS SARA KIRANA

Kisah Maisarah, isteri yang patuh dan taat pada suaminya, Zulfakar dicerai tanpa sebab. Sara yang kecewa, bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel. Dia dibantu oleh Zahrin, adik Zulfakar yang selama ini menyimpan hati kepadanya. Cinta mula berpaut, namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentuanya, Puan Zulaikha dan Haji Salam yang tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup.

Namun kerana sayangkan anak, mereka enerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidaklah begitu bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan dan terlantar koma.

Drama bertajuk Sara Kirana adaptasi daripada novel karya Ramlah Rashid.

Menampilkan lakonan Mia Ahmad, Hafreez Adam, Jaslin Puasa dan Eyka Farhana dan ramai lagi.

Drama 26 episod terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini akan menemui penonton bermula 6 April 2019, bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 7 malam di slot Widuri TV1.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!