Pages

April 16, 2019

SINOPSIS KERETA SEWA

SINOPSIS KERETA SEWA

Mengisahkan mengenai Ramli yang mempunyai perniagaan kereta sewa. Dia sangat menyayangi kereta yang dimilikinya itu kerana itu lah satu-satunya punca pendapatan Ramli. Ramliperlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan. 

Antara ragam penyewa kereta Ramli adalah seorang gadis cantik yang mahu menyewa kereta Ramli tetapi dia tiada lesen memandu. Ramli terpaksa menjadi pemandu gadis berkenaan dalam membantu gadis itu mengintip bakal tunangnya yang disyaki curang.

Tidak cukup dengan itu, Ramli juga dikejutkan oleh rakan sekampungnya, Bell yang datang ke rumah untuk meminjam kereta bagi membawa isterinya, Shery yang hendak bersalin.

Perjalanan menjadi kelam kabut apabila mereka tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat kemalangan. Mereka terpaksa menggunakan jalan alternatif yang jauh. Ramli akhirnya terpaksa menjadi bidan terjun bersama-sama Bell untuk menyambut kelahiran bayi itu.

Pelbagai lagi ragam pelanggan Ramli antaranya, pasangan yang ingin kahwin lari dengan meminjam kereta Ramli, rombongan kumpulan marhaban menggunakan kereta Ramli, bayi dijumpai dalam kereta Ramli dan kisah gadis misteri yang menghubungi Ramli untuk menyewa keretanya di tengah malam!

Bukan mudah rupanya menguruskan kereta sewa, macam-macam karenah pelanggan yang Ramli jumpa sejak memulakan perniagaan kereta sewanya itu. Ada juga pelanggan Ramli yang terisi minyak diesel hingga menyebabkan keretanya rosak dan menyebabkan dia lebih berwaspada untuk bagi sewa keretanya.

Adakah Ramli dapat menyelesaikan masalah yang dibuat oleh setiap pelanggannya?


Tonton DRAMA KERETA SEWA di Slot Iris TV3, Setiap Isnin Hingga Khamis, 6.30 Petang mulai 9 April 2019

Lakonan Hairi Safwan, Amyza Aznan, Along Eyzendy, Fadzil Hamdan, Chacha Maembong, Bell Ngasri, Wan Sharmila, Hafiz Nolan, Razak Ahmad, Jaja Ilyes, Reen Rahim, Azar Azsmi, Kazar Saisi, Dalimawati, Nina Iskandar, Keith Foo, Izzue Islam, Shikin Kamal, Taufik Hanafi, Oktovia Menrose, Syawan Zulkifli, Marissa Yasmin, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Fezrul Khan, Shashaa Raman dan ramai lagi.

1 comments:

ejulz berkata...

terbaek :)

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!