Azeem Fahmi Cipta Rekod Dalam Acara 200m Pula

Azeem Fahmi Cipta Rekod Dalam Acara 200m Pula

Sebelum ini Azeem cipta rekod dalam acara 100m dan lompat jauh!

Atlet 15 tahun yang tular kerana mencipta rekod peribadi dalam acara 100m sebelum ini, sekali lagi menarik perhatian ramai.

Muhammad Azeem mencatatkan bacaan masa 21.24 saat bagi acara akhir 200 meter untuk kategori B-15 MSSM di Iskandar Puteri, Johor.

Rekod ini menempatkan Azeem dalam kelompok empat teratas dunia bagi kategori bawah 18 tahun, berdasarkan rekod IAAF World Youth Championships.

Azeem sebelum ini telah mengumpulkan dua pingat emas dalam kejohanan tersebut dalam acara 100m (10.63s) dan lompat jauh (6.93m). Ini emas ketiga Azeem dalam acara 200m. 

Sumber: Adrian Sprints

https://era.je/interaktif/trending/azeem-cipta-rekod-dalam-acara-200m


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”