Assalammualaikum & Hi
Sedar tak sedar, tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kita sampai ke bulan Ramadhan.
"Semoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini."
Dan seperti biasa, bila tiba bulan Ramadhan nanti, ramai yang akan cuba untuk menjana pendapatan tambahan atau sampingan dengan cara berniaga.
Kalau ada terfikir untuk buat apa-apa projek sampingan pada bulan Ramadhan nanti.... inilah waktunya untuk mulakan langkah.
Maklumlah, pada waktu ini, sudah ada beberapa tempat yang akan mula membuka pendaftaran untuk sewa tapak bagi bazar ramadhan nanti. Lebih-lebih lagi bagi tempat yang HOT! Memang kena cepat, kalau lambat hantar borang permohonan tapak.. memang melepaslah jawabnya.
Jadi... sudah ada terfikir untuk buat apa-apa projek sampingan?
Jika belum ada.... saya nak cadangkan buat projek bisnes air balang.
Bisnes air balang ni memang sudah sebati dengan bazar ramadhan.
Pergi mana-mana bazar ramadahan, mesti ada orang jual air balang.
Sebab apa?... Sebab air balang ni memang ada permintaan...dan memang orang cari di bazar ramadhan. Tambahan lagi bila cuaca tengah panas dan haus.. memang berebut orang beli!
Jadi, bila jual air balang ini...memang tidak timbul persoalan.. "Ada ke orang nak beli?"
Sebab, memang mesti ada orang yang akan beli.
Persoalan yang lebih utama ialah... "Ada ke orang nak beli dari aku?"
Maklumlah, nak buat bisnes air balang ini tidak perlukan modal yang besar, biasanya sekitar RM1,000 sahaja sudah mencukupi. Sebab itu ramai juga peniaga yang cuba menjual air balang.
Maka, wujudlah sedikit persaingan antara peniaga!
Hah! Maka disinilah anda perlukan ilmu & strategi jika mahu berniaga air balang!
Macam mana nak tarik pelanggan untuk membeli air dari anda?
Apa kelebihan air anda berbanding air orang lain?
Air apa yang paling ramai orang suka dan paling laris untuk dijual?
Benda-benda tu semua kena tahu....
Kalau tak tahu.. kenalah cari ilmu dan belajar!.
Berita baiknya!
Ada brader ni sudi berkongsi ilmu dan strategi yang dia gunakan di dalam menjual air balang di bazar ramadhan.
Tahun ini dah masuk tahun ke-10 dia menjual air balang!
Tahun lepas, untung dia berniaga air balang di bazar ramadhan, Alhamdulillah.. dapat RM7,000 lebih.
Malah, ramai juga peniaga yang amalkan ilmu & strategi brader ini.. habis licin air balang yang mereka jual!
Kalau nak tahu macam mana brader ini jual air balang di bazar ramadhan sampai boleh untung besar.. boleh klik link dibawah..!
Jumpa disana!
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.